Berapa orang hadiri ceramah Ketua Ulama Muda UMNO, Ostad Fathul Bari di
Bandar Tun Razak 30 Disember 2012. Mungkin gambar ini tak sempat diedit oleh
blogger UMNO heh heh...
Tahun 2013 pun sama, Fathul Bari gagal tarik peminat baru. Sebab tu la, Najib nak ambil Ostad Kazim sebab Fathul Bari hanya diminati macai ameno.
Jika Kazim dah tolak, adalah lebih baik suruh mufti negeri pasir berdengung letak jawatan jadi MT ameno
|
Di Cheras
|
Selama
ini, pihak paling setia dan sentiasa menjadi pembela Umno adalah
Pertubuhan Pribumi Perkasa atau Perkasa. Namun dengan kenaikan kos sara
hidup oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka juga tidak tahan.
Perkasa memberi amaran kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak, mereka tidak akan teragak-agak lari daripada BN dalam
pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan terus menaikkan harga
barang dan perkhidmatan.
Setiausaha Agung Syed Hassan Syed Ali (gambar) berkata, Perkasa
sememangnya tegas dengan pendirian memperjuangkan ekonomi Bumiputera dan
tidak pernah bersetuju dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang
dan perkhidmatan kerana yang paling terjejas teruk pastinya orang
Melayu.
"Kita beri amaran kepadaDatuk Seri Najib Razak untuk mengubah
pentadbirannya dalam meningkatkan ekonomi kaum Melayu kerana kita sudah
beri tempoh lima tahun namun tiada perubahan malah situasi kini
bertambah teruk.