
Exco kerajaan negeri Pulau Pinang mengancam mahu menyaman akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, berikutan satu pertuduhan mendakwa beliau berlaku kasar di pejabatnya dekat Butterworth bulan lalu.
Pada 22 Disember lepas, akhbar tersebut menyiarkan berita bertajuk "Lelaki dakwa dipukul wakil rakyat DAP” dan lelaki itu dipercayai G. Paradase, 36, yang dipukul oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Utiliti, Kerja Raya Pulau Pinang Lim Hock Seng.
Laporan itu mendedahkan, Paradase pergi berjumpa Lim di pejabatnya di Jalan Raja Uda kira-kira jam 9.20 malam bagi meminta kebenaran mengadakan Pesta Ponggal.
Lelaki itu mendakwa beliau menunggu Lim selama dua jam yang kemudian ditengking, dipukul dan dihalau dari pejabat tersebut, lapor Utusan.