Saturday, February 1, 2014

DASAR MULUT BUSUK!!! Jika membazir tak perlulah bertanding

 SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) memegang prinsip 'lawan tetap lawan' biarpun belum memuktamad calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata walaupun secara lazimnya kerusi Dun Kajang diperuntuk kepada MCA namun kuasa mutlak pemilihan calon terletak di tangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan akan diputus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

"Saya berpendirian bahawa jika BN putuskan untuk letakkan calon dalam PRK Dun Kajang dari parti mana sekalipun, terutama jika parti itu pernah meletakkan calonnya dalam PRU lalu di Dun itu, maka kita akan hormati keputusan tersebut.