Wednesday, February 5, 2014

SPR BARUA UMNO?!!! Ini sebabnya, SPR lewatkan PRK Kajang

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2013/03/Abdul-Aziz-Yusoff-SPR-barua-umno-bn-penipu.jpgDalam langkah yang dianggap sedikit luar biasa, SPR akhirnya mengumumkan tarikh pembuangan undi bagi pilihanraya kecil DUN Kajang ialah pada 23 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula pada 11 Mac. 

Luar biasanya tarikh yang diumumkan ini ialah kerana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang pada 27 Januari dan hampir dua bulan dari tarikh itu iaitu 23 Mac, baru ditetapkan sebagai hari pengundian.

Meskipun perkara ini dibenarkan iaitu SPR mesti menetapkan tarikh pilihanraya dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang oleh Speaker Selangor, namun menetapkan tarikh sehingga ke penghujung tempoh tidak pernah berlaku sebelum ini.

Biasanya SPR akan menetapkan tarikh sesebuah pilihanraya hanya beberapa minggu selepas mereka dimaklumkan mengenai kekosongan sesebuah kerusi itu.

Dalam pilihanraya kecil terakhir iaitu di Kuala Besut berikutan kematian ADUNnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar pada 26 Jun 2013, SPR yang membuat pengumuman mengenai tarikh pilihanraya kecil tersebut pada 5 Julai, telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 12 Julai dan pengundian pada 24 Julai.

Jarak masa daripada tarikh pengumuman dibuat dengan tarikh penamaan calonnya seminggu sahaja.

NAJIB LEMAH TAPI LEGA!!! Usaha Mahathir kembali menjadi PM sukar kerana usia

Datuk Seri Najib Razak kini berdepan tekanan yang kuat dari dalam serta luar partinya.Malah, adiknya sendiri Datuk Nazir meluahkan kebimbangannya, sambil menasihati Najib melakukan yang terbaik buat negara.

Penentangan terhadap pentadbiran Najib datang daripada pihak konservatif Umno yang diterajui bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun.

Isu Allah yang ditimbulkan pimpinan veteran parti itu dilihat senjata paling ampuh bagi menumbangkan Najib.

Di samping itu, tekanan dari luar Umno turut menyebabkan Najib dilihat tidak lagi stabil.

Rakyat Malaysia menghentamnya berhubung kenyataan harga kangkung yang dibuatnya. Kini Najib berdepan cabaran bagi mengemudi BN bagi menghadapi pilihan raya kecil Kajang yang ditandingi penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.