Sunday, February 9, 2014

MACAI FITNAH FB TG NIK AZIZ!!! Tapi ada juga ahli MT UMNO yang percaya bulat-bulat

 

Macai-Macai makin mengila menabur fitnah, ditampalnya poster fitnah kemudian disebarkan kepada umum. 

 Namun, walaupun ianya jelas fitnah , ada pemimpin UMNO  bertaraf AJK Majlis Tertinggi boleh percaya , kemudian nak tunjuk dia bagus nasihat admin FB tok Guru.

* posting tersebut tidak pernah ada dalam page TGNA. Ia boleh dilihat dengan mudah dgn melihat pada tulisan masa '25 minutes ago' akan ditulis di sebelah bawah dan bukan di sebelah nama. Tulisan itu juga warnanya grey dan bukannya hitam. Simpati saya kepada Pengerusi YADIM.

MACAI TAK DA KERJA!!! Anwar tazkirah di surau pun nak lapor JAIS


Gambar yang dimuatnaik Datuk Seri Anwar di facebook digunakan portal peminat Umno dan BN, Mynewhub untuk membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Gambar yang menunjukkan Anwar tazkirah Maghrib di Surau At-Taqwa, Taman Kota Cheras Fasa 2 pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Jawapan JAIS dan MAIS tentunya mereka akan menyiasat kerana ia melibatkan Anwar. JAIS  berjanji akan melakukan siasatan melalui laman Facebook dan blog Anwar berkenaan butiran program beliau yang mempunyai program ceramah.

KATA UMNO HEBAT SANGAT!!! MCA senarai pendek calon PRK Kajang, calon UMNO tak tersenarai


Jentera MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Kajang hanya akan dikerah berkempen selepas penamaan calon selesai, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  
Beliau berkata MCA akur kepada peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan akan berkempen mengikut saluran yang betul dengan aktiviti dan perancangan yang diatur.
  
"Kita belum mula kempen, kita akur kepada SPR...(Buat masa sekarang) kita hanya akan adakan persiapan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco Badan Perhubungan MCA Selangor di Bilik Gerakan MCA Hulu Langat di Kajang, hari ini.
  
Namun, Liow berkata beliau dimaklumkan ada 'sesetengah' pihak yang tidak mengikut peraturan SPR dan telah memulakan kempen.
  

ZAHID KATA BUKAN ANCAMAN!!! Macai-macai pro UMNO makin berani serang Rafizi pula di Bukit Gedung




SAMM Pulau Pinang menyelar tindakkan kurang cerdik individu (pro umno) membuat provokasi kecoh dengan memaki hamun di Program Ceramah bersama YB Rafizi, YB Sim Tze Tzin YB Tkm1 Haji Rashid Hasnon dan Pemimpin Pakatan Rakyat Setempat di Bukit Gedung Pulau Pinang.

Program Penerangan Isu Semasa Rafizi di Bukit Gedung, Pulau Pinang - http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/02/program-penerangan-isu-semasa-rafizi-di.html

Dalam kekecohan semalam terdapat tindakan kurang cerdik dari puak-puak terdesak untuk mencipta isu.

Dalam kancah politik Malaysia belum pernah kita lihat tindakan ganas dan kurang cerdik seperti ini dari Rakyat Pro Pakatan Rakyat.