Monday, February 17, 2014

KASIM AHMAD SEMAKIN BIADAP!!! Siapa ulama PAS, UMNO atau Mufti yang sanggup sahut cabaran Kasim Ahmad berdebat?


Pemikir kontroversi Dr Kassim Ahmad mempertahankan kenyataan beliau dan mencabar pihak yang menuduhnya sesat dan murtad supaya berdebat.

Beliau menyatakan kesediaan untuk berdebat secara terbuka di depan khalayak awam "di mana-mana dan bila-bila masa".


"Nanti kita tengok dalam perdebatan itu siapa yang celaru dan siapa yang tidak," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

TINGGALKAN UMNO!!! Adik Mat Idera serah borang sertai PAS


Adik Mat Indera, Baharom Shah Indera menyerahkan borang sertai PAS kepada Naib Presiden, Salahuddin Ayob malam tadi, Sabtu 15 Feb 2014.

AKHBAR FITNAH!!! NST kena bayar RM 350 000 kerana fitnah Husam Musa

























Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan akhbar New Straits Times (NST) agar membayar RM350,000 kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) kerana memfitnahnya.

Hakim Datuk Su Geok Yiam, dalam perintahnya hari ini mengarahkan pembayaran itu sebagai gantirugi am,  teladan dan kerosakan teruk akibat berita yang dilaporkan oleh akhbar itu.


Hakim juga memerintahkan kos sebanyak RM10,000 bagi bicara taksiran ganti rugi hari ini dan faedah dari tarikh pemfailan tindakan ini di mahkamah.