Wednesday, February 19, 2014

KERANA AHLI UMNO?!!! Kasim Ahmad terlepas dari laporan polis UMNO, PERKASA DAN NGO PRO UMNO

DI MANA UMNO...?? Hanya isu terpilih menjadi DAKYAH..

1. Video Teressa Kok di dakwa menghina Perdana Menteri. NGO dan penyokong Umno sibuk buat lapuran polis. Satu NGO yang mendakwa membela Islam menyembelih ayam untuk di sapu darah pada banner dan membuat tawaran kepada sesiapa yang boleh menampar Teressa Kok akan di berikan RM 500.

2.  Dakwaan Kuliah menghina Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Seorang Ust di dakwa berpolitik di dalam Masjid kerana di anggap menghina Khairy Jamaluddin. Exco Agama Kedah buat lapuran polis.

3. ISU Kalimah Allah. PERKASA, UMNO dan lain-lain NGO Pro BN sibuk dengan lapuran polis dan pelbagai lagi kecaman bermula sebelum PRU13 sehingga sekarang sambil bertempik mendabik dada kononnya mereka membela Islam..

4. Isu Kangkung. Replika Najib di sumbat kangkung. Himpunan di adakan oleh juak-juak Umno di Pulau Pinang sambil memberi amaran tragedi 13 Mei 1969 boleh berulang kembali..

5. HImpunan TURUN malam tahun baru 2014.  Mufti Harussani mengeluarkan kenyataan, darah peserta TURUN halal kerana mereka adalah BUGHAH (Pendehaka).

6. Kassim Ahmad hina Nabi MUHAMMAD SAW....!
UMNO, MUFTI, PERKASA DAN NGO YANG MENDAKWA MEMBELA UGAMA ISLAM dimana...???

Retorik mereka dalam memperjuangkan Ugama semakin jelas..!!
DI MANA UMNO...?? Hanya isu terpilih menjadi DAKYAH..

1. Video Teressa Kok di dakwa menghina Perdana Menteri. NGO dan penyokong Umno sibuk buat lapuran polis. Satu NGO yang mendakwa membela Islam menyembelih ayam untuk di sapu darah pada banner dan membuat tawaran kepada sesiapa yang boleh menampar Teressa Kok akan di berikan RM 500.

2. Dakwaan Kuliah menghina Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Seorang Ust di dakwa berpolitik di dalam Masjid kerana di anggap menghina Khairy Jamaluddin. Exco Agama Kedah buat lapuran polis.

3. ISU Kalimah Allah. PERKASA, UMNO dan lain-lain NGO Pro BN sibuk dengan lapuran polis dan pelbagai lagi kecaman bermula sebelum PRU13 sehingga sekarang sambil bertempik mendabik dada kononnya mereka membela Islam..

NAJIB MAKIN TERTEKAN!!! Pemimpin Sabah desak PM letak jawatan diganti Tengku Razaleigh

Pengerusi Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebelum membuat lebih banyak kerosakan, dan mencadangkan agar ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menggantikan beliau.

"Jika Najib enggan berbuat demikian, Majlis Tertinggi Umno patut bermesyuarat dan memecat beliau sebagai presiden parti dan mencadangkan alternatifnya."Dalam keadaan ini, Star Sabah fikirkan tidak ada calon yang lebih baik melainkan Tengku Razaleigh menjadi Perdana Menteri," kata Jeffrey.

Bagi beliau, ahli parlimen Gua Musang itu sepatutnya sudah menjadi perdana menteri pada tahun 1987 jika Mahkamah Tinggi mengambil kira 30 cawangan haram yang menyokong Dr Mahathir, memberikan jawatan itu kepada Tengku Razaleigh.

HARUSSANI HAIRAN!!! Bagaimana Tun Mahathir terpengaruh ajaran sesat ?


IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Perdana Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang, Kassim Ahmad.

Menurutnya, tindakan itu telah memberi ruang untuk menyegarkan semula fahaman terpesong itu walaupun ianya telah difatwakan oleh kebanyakan negeri sebagai pemikir yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.

"Saya hairan bagaimana Mahathir boleh terpengaruh dengan ajaran sesat Kassim Ahmad hingga sanggup mempertahankannya.

"Saya mengecam bekas perdana menteri (Mahathir) yang menyokong dan mempertahankan (kenyataan Kassim)," kata beliau dalam sidang media di pejabatnya, dekat sini hari ini.

NAK JADI CALON!!! Isteri Zaid kata OK, isteri Herman Tino kata KO


Noraini Ibnu (kanan) bersama Herman Tino. Gambar dari Facebook milik Noraini
[mstar]- Isteri kepada penyanyi Herman Tino iaitu Noraini Ibnu berharap agar suaminya tidak meneruskan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.

Noraini yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM berkata, dia tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat.

"Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik, Dia bukannya ada wang yang banyak untuk 'melayan' perkara-perkara politik macam itu.

"Saya tidak suka dia 'membakar diri' dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli.

DEMI BN PERKASA RELA BERUBAH!!! Inilah calon 'Melayu' pilihan Brahim Ali di Kajang

 
 Inilah calon 'Melayu' pilihan Brahim Ali

Ahli politik veteran Datuk Ibrahim Ali berpendapat, pemimpin kanan MCA Chew Mei Fun calon terbaik BN bagi menentang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya keci; Kajang.

“Calon BN siapa pula? Kalau tanya saya, Chew Mei Fun, naib presiden MCA. Dulu (beliau) letak jawatan timbalan menteri kewangan atas isu malu video seks presiden MCA ketika itu.

“Hebat moralnya kalau nak dibanding dengan Anwar,” kata Ibrahim (kiri).

Chew pada 2010 meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan ketua wanita MCA selepas Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden parti.

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim melihat kelebihan Chew itu dapat digunakan bagi menarik sokongan terhadap BN berbanding Anwar yang berdepan rayuan terhadap pembebasannya dalam kes Liwat II.