Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberi perhatian secara
serius masalah dalaman PAS di mana dalam sejarahnya beberapa tokoh,
termasuk yang berpendidikan agama, meninggalkan parti.
Walaupun
parti telah mengenengahkan mereka dan mereka telah berkembang hingga
menjadi pemimpin, malangnya akhirnya mereka meninggalkan parti, sama ada
menyeberang dengan menyertai Umno, menubuhkan NGO, terus menerus
mengkritik PAS atau berdiam diri.
Pada hal, kata Haji Mohamad
Sabu, sepanjang sejarahnya para tokoh yang meninggalkan PAS ini telah
mendapat tarbiyah malah pernah memberi tarbiyah kepada ahli, menjadi
pemimpin penting dan sebagainya.
Ertinya, katanya, parti telah mendidik
mereka, menyuburkan bakat mereka sebagai pemimpin polilitk, memberikan
mereka ruang dan kesempatan untuk membina kekuatan sebagai tokoh dalam
PAS yang akhirnya dikenali ramai. Akhirnya mereka meningalkan parti
dengan pelbagai alasan.
Mereka ini, termasuk yang berpendidikan tinggi agama dan ada juga di kalangan professional serta ahli veteran.