Thursday, February 27, 2014

RASUAH LAGI!!! Dua Pegawai Polis hadapi tuduhan rasuah di mahkamah


 Gambar hiasan
Dua anggota polis masing-masing berpangkat penolong penguasa dan inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini atas tuduhan rasuah dua tahun lepas.
 
Shuib Abdl Samad @ Zainul, 51, yang bertugas sebagai penolong penguasa Polis di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar menghadapi tiga pertuduhan melibatkan rasuah berjumlah RM1,100.

Dia mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Madihah Hairullah.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM500 secara bulanan daripada Tan Tiong An untuk mengelak daripada gangguan terhadap kerja nombor ekor haram yang dijalankan oleh Tan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Dila Tomyam, No 5, Gerai MPKK Medan Selera, Stesen Keretapi, Jalan Raja Idris, Kuala Kangsar pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 5 Julai 2012.

Bagi pertuduhan kedua Shuib didakwa bersetuju untuk menerima RM300 secara bulanan daripada Tan untuk tujuan yang sama pada tempat dan tarikh yang sama.

BLOGGER FITNAH PRO UMNO!!! PAPA GOMO bakal PAPA KEDANA kena bayar RM 800 ribu kepada Anwar



Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.

Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos.

Pada 21 Mac tahun lalu, Anwar memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap Wan Muhammad Azri kerana memuatnaik empat siri tulisan yang memfitnahnya pada 16, 17, 19 dan 20 Mac dengan salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan lucah dan melampau.

Menurut penyataan tuntutan itu juga defenden telah meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar.

SPR 'ANJING' UMNO!!! Taib Mahmud tak letak jawatan lagi, SPR dah tetap tarikh mesyuarat


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgE5Eq7U2FF6YpJEUxl36PEmjrREWYza95k-kqhywsbG2GzpUjspO22Hhp2iPCVZTJl-2xiKOpV7Nwq8HO6yBRVH89zfHFCYGzan1QX7nrmef3g-JqDl2JvfP6yUfFPRq6I4YCfJJ1MpLI/s320/budakbalun.jpg



mStar melaporkan:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Mac bagi membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Sarawak yang akan dikosongkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Jumaat.
Mesyuarat yang dijadual bermula 10 pagi itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR, Putrajaya.

Ia akan diikuti dengan sidang akhbar selepas itu, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan di sini, Khamis. - mStar.  


Hangpa nampak dah betapa 'anjing'nya aksi SPR kali ni. Taib Mahmud belum pun letak jawatan lagi tapi SPR dah sibuk tetap tarikh nak mesyuarat pasai PRK Balingan tu.

Biasanya kalau wakil Rakyat mati sekali pun SPR akan tunggu sampai Speaker DUN keluarkan surat pemakluman rasmi bagitau pasai kekosongan kerusi baru SPR pilih tarikh untuk mesyuarat.

Kalau tengok kes Kajang lagi CELAKA, nampak sangat SPR buat loi ja. Adun Kajang letak jawatan pada 27 Januari, lebih seminggu baru SPR buat mesyuarat pada 5 Februari, selepas 9 hari selepas tu.

GAMBAR TERKINI!!! Apa yang berlaku di Lapangan Terbang Narita sungguh menyakitkan UMNO

 
Hebat sambutan para wartawan. 

 
Dato' Seri Anwar Ibrahim dikerumuni oleh para wartawan ketika sampai di Lapangan terbang Narita, Jepun. 
 
Dsai disambut hebat selepas isu Dsai dihalang memasuki Jepun tidak lama dulu.