PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan
rayuan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap
keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang sebelum ini telah
menolak tuntutan beliau ke atas seorang blogger bernama Faisal Rohban
yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF).
Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed dan turut dianggotai Datuk Ariff Md Yusof dan Datuk Dr.Hamid Sultan Abu Backer telah memutuskan bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh plaintif sepanjang perbicaraan adalah mencukupi untuk mahkamah membuat keputusan di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan merupakan pemilik blog "Ruang Bicara Faisal" tersebut.
Mahkamah seterusnya membatalkan kesemua perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini termasuk perintah mengenai kos. Selain itu, mahkamah turut memerintahkan kos sebanyak RM50,000 dibayar kepada pihak perayu/plaintif.Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar jumlah ganti rugi ditaksirkan di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu.