Sebuah
akhbar yang rapat dengan pemimpin China membidas Malaysia ekoran
kehilangan pesawat MH370, dan berkata Malaysia tidak boleh lari dari
tanggungjawab serta perlu membekalkan maklumat terkini tentang kapal
terbang yang hilang itu.
Dalam lidah pengarang akhbar itu hari ini, Global Times berkata
kehilangan pesawat "harus disiasat dengan teliti dan pokok masalahnya
perlu dipertanggungjawabkan kepada Malaysia".
"Pihak Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawabnya. Sehingga
semalam, ia tidak dapat memastikan maklumat yang tepat mengenai
penumpang. Respon awal dari Malaysia tidak cukup pantas.
"Terdapat kelemahan dalam kerja Malaysia Airlines dan pihak berkuasa
keselamatan," kata akhbar pro-Beijing dalam laman beritanya.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tawar diri tanding jawatan presiden PKR, hari ini. Gambar fail. Walaupun
didapati bersalah dakwaan liwat dan dijatuhkan hukuman penjara lima
tahun, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara rasmi
menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden PKR pada pemilihan
parti Mei tahun ini.
Beliau membuat pengumuman tersebut di depan pemimpin PKR daripada semua peringkat hari ini.
Majis taklimat tersebut diadakan di dewan serbaguna, Bandar Utama bermula jam 2 petang tadi.