KUALA LUMPUR: Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengaku bahawa
juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai kaitan dengan
menantunya.
“Saya tidak menafikan bahawa dia (Zaharie ) mempunyai kaitan dengan
salah seorang daripada menantu saya dan saya pernah bertemu dengannya
beberapa kali. Malah, dia juga merupakan rakan kepada R. Sivarasa (Ahli
Majlis Tertinggi PKR dan Ahli Parlimen Subang) seperti yang kita katakan
sebelum ini,” katanya Anwar ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen
di sini.
“Bagaimanapun, untuk mempolitikkan perkara itu bukan perkara betul.
Kita harus menghormati keluarganya dan berdoa untuk mereka tanpa membuat
sebarang dakwaan sehingga siasatan selesai,” jelasnya.
Anwar turut mengaku bahawa Zaharie merupakan penyokong tegar
pembangkang dab beliau pernah menemui juruterbang itu beberapa kali
dalam majlis parti.
Polis sedang menyiasat kemungkinan juruterbang membunuh diri sebagai
punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata pemangku
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini Isnin, Hishammuddin berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan itu.
“Ya, kami sedang menelitinya (kemungkinan juruterbang membunuh diri),” kata Hishammuddin.
Namun, ketika ditanya, Hishammuddin enggan menyatakan jika terdapat
mana-mana daripada 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat
tersebut mempunyai masalah peribadi.
“Tidak, saya tidak boleh komen buat masa ini,” kata Hishammuddin. – mStar Online
KUALA LUMPUR - Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima
penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie
Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu,
lapor Berita Harian.
Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira
penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan
pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini.
Beliau berkata, menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan
berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat
sekolah.
"(Akan) Ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan
digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid ke tingkatan 4
sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT)
dan Kolej Vokasional.
"Di samping PT3, kemasukan ke sekolah tersebut juga akan menggunakan
Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid
bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," katanya.
Muhyidddin yang juga menteri pendidikan berkata, demikian pada sidang
media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara
seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan
Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.