Friday, March 21, 2014

10 000 DI KAJANG!!! 'Kajang Move' diteruskan, Reformasi 2.0 bermula , UMNO bertahan di Putrajaya

BjQe-KZCYAAfFZ2KAJANG, 21 MAC: Stadium Kajang malam ini mencatat sejarah dengan gema  laungan reformasi daripada segenap lapisan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang hadir pada Pelancaran Reformasi 2.0.

Bukan sekadar dari Kajang, ribuan rakyat hadir daripada seluruh negara bagi menyatakan sokongan kepada PR ekoran bantahan terhadap keputusan kes Anwar yang diputuskan Mahkamah Rayuan, pada 7 Mac lalu selain sokongan terhadap Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang .


Pimpinan PR yang hadir antaranya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Husam Musa, Azmin Ali, Rafizi Ramli, Datuk Saifuddin Nasution dan Tian Chua.


PETUNJUK BARU!!!Objek bersaiz besar kira-kira 2,500 dari barat daya Perth, Australia

Pakar tersebut, David Gallo (gambar) berkata, rumusan itu dibuat selepas sebuah satelit berjaya mengesan beberapa objek bersaiz besar di satu lokasi di Lautan Hindi kira-kira 2,500 dari barat daya Perth, Australia semalam.

Gallo merupakan ketua penyiasat AS yang membantu mencari sebuah pesawat Air France yang hilang selepas terhempas di Lautan Atlantik pada 2009.

Katanya, berdasarkan gambaran yang diberikan oleh para pegawai Australia, terdapat dua objek besar dengan sebuah objek berkenaan berukuran lebih 20 meter panjang dan dikelilingi beberapa objek kecil terapung di Lautan Hindi. Objek tersebut dipercayai serpihan kapal terbang.
Ujarnya, beberapa pakar marin yang mengkaji angin dan ombak memberitahu bahawa keadaan lautan di lokasi objek itu dikesan adalah tenang sejak beberapa hari lalu.