Friday, March 28, 2014

MUSA HITAM BONGKAR!!! Mahathir berada di KL bukan di China semasa kes Memali

Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014. Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.  

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.

Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.

Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.