Wednesday, April 2, 2014

KAPAL SELAM MAHAL SAJA!!! Negara asing hantar kapal selam, mana kapal selam negara sendiri?

Kapal SelamSHAH ALAM 2 APRIL: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata membaca berita negara asing yang menghantar kapal selam untuk membantu mencari pesawat MH370 terasa alangkah indahnya jika Malaysia juga mempunyai kapal selam yang boleh berfungsi baik.

Dr Asri berkata, pelbagai isu kapal selam negara sudah lama kedengaran dengan kos pembelian Kapal Selam Scorpene daripada Peranchis dianggarkan berjumlah USD580 juta.

“Dalam keadaan seperti ini alangkah cantiknya jika ia dapat memberi sedikit sumbangan sepadan dengan harganya yang mahal,” tulis Dr Asri di laman sosial Facebooknya.

Beliau berkata, walaupun ada yang berkata ia tidak sesuai kerana tidak seperti yang dimiliki oleh ‘jiran sebelah’, tapi jawapan itu tidak memberikan kebanggaan pada negara.

Sebelum ini, Kapal selam kelas Trafalgar Britain, HMS Tireless, telah tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang hilang di kawasan itu masuk hari ke-26 hari ini.

MALUNYA MALAYSIA!!! Mai baca sistem pilihanraya Indonesia berbanding Malaysia


Oleh Prof Dr Mohammad Agus Yusoff
Indonesia mengamalkan sistem proportional representation (perwakilan berimbang). Calon yang bertanding dicalonkan oleh parti dan tidak ada calon bebas (calon tidak boleh bertanding sendirian).

Calon yang bertanding tidak perlu membayar wang deposit. Tempoh kempen adalah selama sebulan. Seminggu sebelum hari mengundi ialah tempoh bertenang dan kempen tidak dibenarkan lagi. 

Tempoh bagi setiap penggal pilihan raya ialah lima tahun. Setiap rakyat yang berumur 17 tahun layak mengundi. Tapi bagi sesiapa yang sudah berkahwin, jika pun belum mencukupi umur 17 tahun layak mengundi. Pendaftaran mengundi adalah secara automatik.