Friday, April 4, 2014

MH370!!! Mendarat di Diego Garcia, dakwaan penduduk Maldives kukuh!

Spekulasi berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.
Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.


Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

MANGSA KUASA BESAR!!! Najib , kami tahu kamu terhimpit jadi bercakap benarlah kepada rakyat

Kenyataan Umum

4 April 2014

MH370 ; MANGSA KUASA BESAR. NAJIB KAMI TAHU KAMU TERHIMPIT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini merakamkan setinggi tinggi simpati dengan semua pihak yang terlibat khususnya anggota keluarga penumpang dan krew MH370 yang tidak diketahui nasib sehingga kini.

Peristiwa kehilangan MH370 ini merupakan satu tragedi amat malang. Sejak dari awal ia telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran, pertahanan negara.
  • Pasport palsu
    • sehingga hari ini tidak terjawab persoalan bagaimana secara mudah warga negara asing memasuki negara ini dan keluar semula dengan identiti palsu. Longgarnya keselamatan negara ini ?
    • dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas Polis dan DCA sendiri 'bertengkar' dalam media. Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian Kapal Selam negara yang ketika perbicaraan kes pembunuhanya , rekod kemasukan wanita itu didapati hilang .

MAHU KEBENARAN!!! Keluarga Ahmad Sarbani saman Putrajaya, SPRM RM8 juta

Maziah Manap (tengah), balu pegawai Kastam Diraja Malaysiam Ahmad Sarbani Mohamed, menghadiri sidang akhbar bersama peguamnya di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 April, 2014.Keluarga penolong pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiga tahun lalu memfailkan tuntutan saman RM8 juta ke atas kerajaan, SPRM, ketua pesuruhjaya dan enam pegawainya hari ini.

Dengan mendakwa Ahmad Sarbaini dibunuh tanpa mengikut undang-undang oleh SPRM, isterinya, Masiah @ Maziah Manap berkata, dia mahu tahu apa sebenarnya berlaku ke atas suaminya.

Peguam N Surendran yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak Masiah dan anaknya, Shahril Ahmad Sarbaini berkata, secara alternatifnya defendan perlu bertanggungjawab kerana menyebabkan Ahmad Sarbani jatuh dari tingkap bangunan SPRM ke atas gelanggang badminton di premis pejabatnya di Jalan Cochrane pada 6 April 2011.

Keluarga juga mendakwa defendan membuat serangan mental ke atas Ahmad Sarbani yang menyebabkan kematiannya.