Saturday, April 19, 2014

BERITA DEMO BERGEGAR TV3!!! Bila disiasat tiada seorang pun pelajar Unisel, semuanya macai upahan


Kesian.. terpaksa UPAH orang untuk buat demo.

UNiSEL di tubuhkan dan dirangka perjanjian RUGI zaman BN..

2 ANAK RAJA!!! Senarai penuh calon , siapa bakal terajui bolasepak negara?

Penyandang presiden FAM Sultan Ahmad Shah bakal dicabar anakanda baginda, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada kongres tahunan ke-50 FAM, 25 Mei ini.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tiga calon bakal bersaing untuk mengisi dua slot jawatan Timbalan Presiden iaitu Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Seri Afandi Hamzah yang merupakan penyandang Naib Presiden, selain Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.


Katanya lapan calon akan bersaing merebut empat jawatan Naib Presiden iaitu Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Sudarsono Osman, Datuk Rozabil Abdul Rahman, Datuk Astaman Abdul Aziz, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.


"Nama-nama itu merupakan pencalonan yang kita terima (daripada anggota gabungan) sebelum tarikh tutup 23 Mac lepas, namun ada beberapa calon yang menarik diri di saat akhir atas beberapa faktor," kata Hamidin.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ke-11 FAM bagi penggal 2010-2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini hari ini.

 
Ia dipengerusikan Sultan Ahmad Shah dan turut dihadiri Tengku Abdullah serta anggota gabungan FAM.


Senarai Penuh Calon Pada Kongres Tahunan FAM ke-50:

------------------------------------------------
Presiden:
Sultan Ahmad Shah (penyandang)
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (penyandang Timbalan Presiden)
Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Presiden PBNJ)