Mohamed Nabi, 63, seorang ahli perniagaan yang telah bersara, merupakan orang kedua mengumumkan hari ini hasrat untuk bertanding di Bukit Gelugor selepas Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan melancarkan pusat operasinya di Air Itam hari ini.
Bagaimanapun, pemimpin PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahimterkejut dengan tindakan Mohamed Nabi itu, dengan berkata bahawa parti itu akan melancarkan jentera dan pusat operasi untuk menyokong DAP di Bukit Gelugor.
DAP akan menamakan calonnya esok, manakala MCA masih membisu sama ada akan bertanding di kerusi tersebut, di mana calonnya Teh Beng Yeam kalah kepada mendiang Karpal Singh dengan majoriti 41,778 undi dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas.