Sunday, May 11, 2014

PARTI KOMPONEN TAK BERANI!!! BN akan turunkan calon Bebas hadapi DAP

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau menerima keputusan MCA untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor namun ia tidak bermakna akan memberi laluan mudah kepada DAP.

Najib yang juga pengerusi BN berkata akan ada calon lain yang akan bertanding dan keputusan akan dibuat bila tiba masanya.

Ditanya adakah BN akan menurunkan calon daripada parti-parti komponen, Najib menjawab: "Bukan daripada komponen tapi pihak-pihak lain akan bertanding mungkin sebagai calon Bebas. Kami akan putuskan kemudian".