Tuesday, May 13, 2014

PEMBUBARAN DUN TERENGGANU?!!! Semua media 'berkampung' di luar Istana Nur Nadhirah tunggu MB mengadap Sultan

KUALA TERENGGANU - Media mula berkumpul di hadapan Istana Nur Nadhirah di sini menantikan kemungkinan Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Wakil media berkumpul sejak 11 pagi menunggu ketibaan menteri besar yang dijangka mengadap Sultan Mizan dipercayai bagi mendapat perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.
 
Ahmad Razif dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan, semalam.