Thursday, May 15, 2014

PENING LA NAJIB!!! Selesai masalah Mat Said, timbul masalah baru

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2014/01/najib-sakit-kepala.jpegKUALA LUMPUR 15 MEI: Krisis peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu belum berakhir, sebaliknya babak kedua baharu sahaja bermula dan mungkin menjadi lebih buruk, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

Katanya, terdapat desas desus tiga Adun yang mengikuti Ahmad Said dan keluar daripada Umno dijanjikan jawatan sebagai Exco sekiranya kembali semula ke pangkuan parti itu.

“Ini menimbulkan rasa sangat tidak berpuas hati di kalangan Adun yang tidak dilantik sebagai exco dan menyebabkan muncul beberapa kumpulan kecil (di kalangan Adun).

“Jadi masalah ini tak akan selesai, malah akan memburukkan suasana. Babak kedua adalah apabila pelantikan exco baru menggantikan exco yang lama.

“Episod ketegangan dan pergaduhan mungkin lebih berpanjangan. Babak kedua ini akan diikuti babak ketiga di dalam DUN apabila menteri besar yang baru akan diuji dengan undi tak percaya,” ujar Azan.

Katanya, sama ada undi tidak percaya itu diusulkan Pakatan atau BN sendiri, beliau yakin kalangan ADUN yang tidak terpilih sebagai exco akan memberontak.

PRK TELUK INTAN!!! Berjasa nak bertanding, adakah calon ISMA Melayu berwibawa jadi calonnya ?


IPOH: Barisan Jamaah Islamiyah SeMalaysia (Berjasa) mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini.
  
Presidennya Mohd Yusuf Harun berkata parti itu akan bermesyuarat di Kuala Lumpur esok bagi menentukan calon yang akan bertanding pada PRK.
  
"Kita akan umum dan perkenalkan calon pada Majlis Pengenalan Calon Parti Berjasa bagi PRK Teluk Intan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
  
Beliau berkata parti itu yang selama ini menjadi pemerhati pasif kepada senario politik semasa, mengambil keputusan untuk menyertai gelanggang politik secara aktif, proaktif dan inovatif.