MCA menyertai musuh politiknya DAP apabila mengecam rakannya dalam
Barisan Nasional (BN), Umno selepas ahli parti Melayu itu menyerbu Dewan
Undangan Negeri Pulau Pinang semalam, dengan memberi amaran, tindakan
barbarik (kasar dan kuno) itu akan menjauhkan lagi pengundi daripada
parti pemerintah itu.
Dalam kenyataan keras empat paranya, Timbalan Pengerusi MCA Pulau
Pinang, Tan Teik Cheng, berkata tindakan ahli Umno itu barbarik,
menghina Dewan Udangan Negeri dan tidak menghormati prinsip yang
bertamadun.
"Tindakan barbarik dan ganas oleh ahli Umno dan Pemuda Umno hanya akan
membuat pengundi menolak BN, selaku ahli komponen parti, MCA dan Gerakan
selalu terdedah kepada kerosakan nama baik apabila turut dikecam dan
dikrtitik oleh pengundi.