Blog ini mengadakan undian untuk calon Presiden dan Timbalan Presiden PAS bagi pengunjung blog.
Pengunjung boleh membuat undian , namun keputusan bagi undian ini hanya mengambarkan corak undian pengunjung blog bukan mengambarkan keputusan perwakilan yang bakal pengundi
Terima Kasih
Sunday, March 15, 2015
PEMILIHAN PAS : SHAH ALAM CALON KEKALKAN LIMA JAWATAN TERTINGGI PAS
SHAH ALAM : Mesyuarat Agung Tahunan Pas
kawasan Shah Alam di sini hari ini sebulat suara mengekalkan kesemua
penyandang lima jawatan tertinggi parti itu dalam pencalonan yang akan
dibawa ke Muktamar Pas ke-61, Jun depan.
Lima penyandang jawatan tertinggi itu ialah Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mohamad Sabu (Timbalan Presiden); dan tiga naib presiden iaitu Datuk Husam Musa, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Yang Dipertua Pas Shah Alam, Azli Yusof berkata, pencalonan kelima-lima penyandang jawatan itu diputuskan atas kehendak perwakilan.
"Walaupun pada mesyuarat hari ini Abdul Hadi mendapat undi majoriti, namun ada juga perwakilan mencalonkan Ahmad Awang bagi mencabar jawatan presiden parti," katanya kepada pemberita.
Ahmad Awang pernah menjadi Naib Presiden Pas, bekas Pesuruhjaya Pas Perak, dan bekas anggota Majlis Syura Pas. - Bernama
Penyandang kerusi presiden itu mendapat 78 undi manakala bekas naib presiden PAS itu mendapat 72 undi pada satu proses pengundian yang dijalankan untuk pencalonan jawatan tertinggi dalam parti itu.
Pencalonan Ahmad yang sudah lama melepaskan semua jawatan dalam PAS itu disifatkan sebagai usaha mengenepikan Hadi ekoran perpecahan ketara yang sedang berlaku dalam PAS sekarang.

PEMILIHAN PAS : KOTA BHARU NAMAKAN CALON PRESIDEN BARU
Keputusan itu diputuskan menerusi mesyuarat khas PAS Kawasan Kota Bharu dipengerusikan Yang Dipertua, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, sebentar tadi.
Keputusan itu sekali gus mengejutkan ramai pihak dan PAS Kawasan Kota Bharu menjadi kawasan pertama yang mencalonkan nama lain selain Abdul Hadi.
Menjelaskan keputusan itu, Wan Rahim berkata ia dibuat berikutan Abdul Hadi kini semakin keuzuran dan yakin keputusan itu turut dipersetujui presiden parti.