tag:blogger.com,1999:blog-2404051926562532344.post1672230935070845427..comments2023-12-18T02:19:21.349-08:00Comments on PASPB: PATUTNYA DISOKONG!!! Tapi polis kepung Dataran Merdeka, tahan peserta Flashmob Tolak PerkaumanPASPBhttp://www.blogger.com/profile/11489818143547695070noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-2404051926562532344.post-76538258056058670622013-05-13T05:28:32.845-07:002013-05-13T05:28:32.845-07:00Saya adalah anak Melayu. Tanggal 13 Mei 1969 meman...Saya adalah anak Melayu. Tanggal 13 Mei 1969 memanglah menjadi titik sejarah hitam Negara kita. Itu adalah 44 tahun yang lalu. Tanpa kemudahan media massa dan media sosial waktu itu, kita semua (tidak kira Melayu, China, India dll) mudah sahaja terpengaruh dan termakan dengan macam2 dakyah dan hasutan api permusuhan dan perkauman. Namun, lama-kelamaan, semua bangsa, setelah didedahkan dengan hakikat sejarah dan kenyataan semasa, dapat menerima keadaan seadanya dan dapat hidup dengan aman damai. Kita patut bangga sebagai sebuah Negara dengan begitu banyak latar belakang etnik dapat hidup dengan suasana harmonis, sentosa dan saling bertolak ansur. Tapi keadaan ini hanya dapat bertahan setiap 5 tahun sekali sahaja. Apabila tiba pilihanraya, maka akan bertiup dan bernyala kembalilah api-api yang sebelum ini hanyalah bara yang hampir padam. Siapakah peniup-peniup api ini? (Kalau dari pandangan Islam, mereka adalah kawan Syaitan, kerana Syaitan itu jadi dari api.) Kawan-kawan Syaitan ini adalah orang-orang yg berkuasa dlm politik yang ingin mempertahankan kuasa politik mereka. Apaa saja cara adalah halal bagi mereka asal kedudukan mereka SELAMAT! Bakal baik atau buruk untuk bangsa dan Negara, itu belakang kira. Bagi rakyat jelata yang tidak pentingkan kedudukan SELAMAT ini, mcm che gu, petani, penoreh, nelayan, peniaga dan pekerja, jarang kita dengar mereka memulakan tiupan api sentimen perkauman atau racisma ini. Tiupan api ini mudah bersemarak apabila rakyat tidak berpeluang mendapat gambaran atau penjelasan sebenar di sebalik sentimen berkenaan. Kasihanlah rakyat luar bandar yang hanya bersandar maklumat kepada media utama seperti akhbar, siaran radio atau tv yang ada kalanya kurang tepat dan kerapkalinya berat sebelah. Mereka umpama rumpt kering yang mudah lembik jika dijirus air dan mudah terbakar bila terpercik api. <br />Semua pihak hendaklah bertanggungjawab ke atas ketenteraman dan keselamatan Negara kita yg dicintai ini. Hentikan api-api permusuhan dan perkauman dan marlah kita bersatu padu. Kita semua adalah makhluk Allah, tidak kira apa warna kulit, bangsa dan agama, kita adalah dari Nabi Adam a.s. Fiman Allah:"...dan kami jadikan kaumu berpuak-puak, bersuku-suku supaya kamu saling berkenalan dan berkasih sayang ...". Saya sangat setujulah agar 13-5-69 sebagai titik hitam itu kita lupakan dan jadikan titik nokhtah permusuhan. Marilah kita jadikan 13-5-13 sebagai titik putih dan titik permulaan perpaduan dan kasih sayang kita semua rakyat Malaysia ... <br />POLITIK ASABBIYAH DAN PERKAUMAN SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI DALAM DUNIA MODEN, DUNIA BERTAMADUN, DUNIA BERTEKNOLOGI, DUNIA CYBER, DUNIA GLOBALISASI DAN “DUNIA MENUJU AKHIRAT” INI.Anonymousnoreply@blogger.com