Sunday, January 16, 2011

PAS angkat Normala, Umno angkat Umi Hafilda

Bukti PAS Iktiraf Sumbangan Wanita


SHAH ALAM 17 Jan. : Pemilihan wanita sebagai calon, Pilihanraya Kecil DUN Tenang membuktikan PAS mengiktiraf sumbangan wanita.

Perkara ini dinyatakan Norlama Sudirman,37, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala selepas beliau diumumkan sebagai calon yang mewakili Pakatan Rakyat.

Ditemui selepas Majlis Penamaan Calon PAS di Tenang malam tadi beliau memutuskan untuk meletak jawatan sebagai guru setelah 13 tahun berkhidmat kerana merasakan kebajikan dan keperluan warga Tenang perlu dibela dan dipertahankan.

"Saya percaya dan penuh optimis bahawa pemilihan saya sebagai calon wakil DUN Tenang ini satu pengiktirafan daripada Pas dan Pakatan Rakyat (PR) yang mengiktiraf kepimpinan wanita muda untuk menerajui landskap politik negara akan datang demi kelangsungan anak bangsa kita," kata beliau.

Katanya lagi, usaha beliau akan ditumpukan dalam membela kebajikan rakyat dan membawa suara masalah rakyat di peringkat akar umbi dari aspek kebajikan, sosial dan sebagainya, khususnya bagi warga DUN Tenang.

Ibu kepada tiga anak, Normala yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Labis difahamkan telah meletakkan jawatannya sebagai guru semata-mata untuk berkhidmat sepenuh masa di dalam PAS, yang antara lain adalah sebagai Penyelaras Pusat Aduan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Suaminya, Makrof Abdul Mutalib serta ibubapanya turut hadir menyatakan sokongan penuh kepada Normala yang juga menyandang jawatan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PASPusat.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ditemui wartawan selepas majlis penamaan berkata, pemilihan calon wanita adalah kerana PAS mendapati wujudnya keperluan untuk meletakkan seorang calon wanita dalam pillihanraya kecil kali ini.

"Ini bukan kali yang pertama, PAS meletakkan calon wanita. Kita melihat bukan strategi, ini keperluan. Keperluan bagi negeri Johor dan kita mendengar pandangan dari PAS Johor, dan kita menyedari bahawa wanita juga adalah pengundi bukan sahaja kaum lelaki. Mereka juga perlu suara di dewan negeri dan dewan rakyat," jelas beliau.

Ditanyakan berkenaan isu baru-baru ini di mana MCA mendakwa terdapat percanggahan pendapat di antara parti rakan Rakatan Rakyat berkenaan isu penubuhan negara Islam dan beliau menjelaskan perkara itu telahpun diperjelas dan dipersetujui oleh kesemua parti rakan PR semasa konvensyen PR tahun lalu.

"Isunya bukan nama negara, isunya ialah apa yang kita laksanakan. Kita utamakan titik persamaan mengutamakan konsep negara kebajikan yang adil untuk semua, ini yang perlu diutamakan, tanpa mengira perbezaan agama dan kaum. MCA menggunakan isu ini kerana dia ketandusan modal," tegas beliau lagi.

No comments: