Wednesday, February 16, 2011

“Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT,” Kata Mursyidul Am PAS

Saya Simpati Beliau, Kata Nik Aziz Kepada Dr M


KUALA LUMPUR , 17 Feb. : “Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT,” Kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT.

“Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini,” tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman Twitter.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am PAS itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

‘‘Orang Umno beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam,’’ ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk ‘Jawapan Kepada Nik Aziz’ di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

3 comments:

Hamdan Rukun said...

AKUILAH KENYATAAN BAHAWA NIK AZIZ TAK MAMPU NAK JAWAB HUJAH TUN M.

NAMUN BEGITU BAGUIHLAH KITA SAMA SAMA DOA ALLAH BERI HIDAYAH. MULAKAN UNTUK KITA DULU. NIK AZIZ PUN DAH MENGAPU BANYAK NAMPAKNYER..

Anonymous said...

ajak berdebat penakut, kemudian cakap orang tak boleh berhujah.

Umno yang tak da hujah, termasuk la mu luncai

Anonymous said...

der. Pelik la. Kalau dah fanatik politik ni. Kita kena fikir. Mana baik mana buruk, toksah la dok tala ja. PAS, Umno ka, 2 2 parti politik. Semua ada kepentingan politik. Parti politik. Ada kepentingan. Tapi, nasib baiklah kita ada Tun M, sekurang-kurangnya, MCA, MIC tidak pijak kepala kita. Skang, DAP sudah mulakan langkah-langkah "senyap" utk menidakkan "hak melayu islam", mereka mau tukar "melayu islam" ni jadi "melayu bukan islam" pula perlahan-lahan. Korang baca paper apa? Kalau setakat harakah saje, mmg korang akan banned kerajaan semata-mata. Asyik kata "harga barang naik, menindas rakyat, bla bla". Apa la Pakatan Rakyat dah buat? Aku bukan fanatik BN. Dan korang punya komen aku terima~ Rindu kepimpinan Dr M. Dia pandai cakap dan pandai buat. Korang ada?