Friday, February 4, 2011

Polis halang demo anti Mubarak, adalah Umno akan adakan demo sokong Mubarak ?

7 Ditahan Polis Demo Desak Mubarak Undur, Kenaikan RON97


KUALA LUMPUR 4 Feb. : Dalam perkembangan terkini, tujuh ditahan polis dalam himpunan besar-besaran membantah campur tangan Amerika Syarikat ke atas pentadbiran Mesir.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Zulkarnain Abdul Rahman, mereka yang ditahan kesemuanya lelaki kerana tidak mahu bersurai dari perhimpunan.

Antara mereka yang ditahan ketika itu berada di dalam bangunan Kompleks Tabung Haji.

Sebelum itu difahamkan, tiga telah ditahan dalam himpunan berkenaan yang bermula dari Masjid As-Syakirin KLCC menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Hari ini, kira-kira 5,000 orang yang diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor bagi menyerahkan memorandum di Kedutaan Amerika Syarikat, membantah campur tangan kerajaan itu terhadap pentadbiran Mesir.

Turut serta di barisan hadapan ialah ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Himpunan hari ini selain daripada rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat, ia disertai kira-kira 50 NGO di negara ini.

Memorandum itu untuk mendesak Amerika Syarikat di bawah pimpinan Barack Obama menggunakan kuasa 'memaksa' Hosni Mubarak supaya melepaskan jawatannya segera.

Setelah berjaya menyerahkan memorandum tersebut, mereka kemudiannya mengambil keputusan berundur.

Sebelum itu, kira-kira 30 anggota polis simpanan Persekutuan (FRU) berbaris di hadapan kedutaan Amerika Syarikat.

FRU yang lengkap dengan meriam kemudiannya mengepong ribuan rakyat Malaysia yang berhimpun untuk memperjuangkan hak rakyat Mesir dan Malaysia.

Difahamkan empat orang ditahan dalam himpunan tersebut.

Tiga desakan yang dibuat ialah menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Himpunan besar-besaran ini pada masa sama juga mengutuk kerajaan Malaysia yang menaikkan harga petrol RON97 tanpa memikirkan keadaan rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

6 comments:

joecharlie said...

Friday, February 4, 2011
KRISIS MESIR : DAP PARTI SUNDAL.
11 ribu pelajar malaysia di mesir terkandas.
95% boleh dikatakan melayu.
melayu yang sebagiannya pelajar yang menyokong pas.

kenapa DAP senyap dan tak menggesa agar bantuan segera dihulurkan ?

pasal yang terlibat dalam krisis ni semuanya melayu.

dalam kes teoh beng hock, pas diperlakukan macam keldai demi mengambil hati dap. tetapi dalam kes cemas yang melibatkan 11 ribu pelajar melayu, kenapa pas tak suruh DAP ikut stail yang sama ?

DAP senyap,
malaysiakini senyap
malaysianinsider senyap.

bayangkan kalau 11 ribu pelajar yang terlibat ini kesemuanya cina
konpem meletop lah satu malaysia.

DAP memang anjing rasis nombor satu, dan pas pulak penjilat tegar lubang buntut kit siang. memang hebat politik pas. macam keldai.
Posted by GAP KEMBALI at 1:00 PM

Anonymous said...

satu komen dari pencacai yang kerjanya mencuci punggung umno. Cara cuci ada pelbagai , salah satu yang paling menjijikkan adalah jilat punggung umno. Itula joecharlie si penjilat umno

Anonymous said...

joecharlie, biarkan DAP senyap mungkin depa anggap itu urusan orang melayu dan muslims, so elok senyap. Tapi gimana dengan MCA dan MIC pun senyap jugak, hang tak tala mereka ? awatnya ?

che ni mai dari Kubang Pasu dok perhati dari menara telekom Alor Setar komen lu !..

Anonymous said...

Cara ini akan membantu misi MAS dan AirAsia serta Kerajaan Malaysia membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Kaherah ke Jeddah dari dirogol dan kebuloran?

Hamdan Rukun said...

DEMO TU BUKAN ANTI MUBARAK. TAPI NAK WUJUDKAN GERAKAN PEMBERONTAKAN DI MALAYSIA TETAPI GAGAL.

MEREKA NAK TUTUP CERITA NUAR BRAHIM MELIWAT. TUTUP KISAH MAT SABU LARIKAN DUIT WARIS MEMALI JUTAAN RINGGIT.

TUTUP KISAH RASUAH ANAK MENANTU NIK AZIZ DI KELANTAN.

Anonymous said...

ALAHAI LUNCAI MARAH SANGAT LA TU.PIRAAAAH