Sunday, March 13, 2011

Ini la sebabnya Umno, Perkasa, GAPS sanggup berdemo tuntut Anwar beri DNA

Amaran Ahli Sains: Bukti DNA Boleh Dipalsukan Dan Diletakkan Di Lokasi Jenayah



Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.

Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.

Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.

Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.

Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: 'Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.

Dr. Frumkin - yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu - menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti.

Pada peringkat awal, mereka akan akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.

Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.

Kini sel darah ini mengandungi cap jari genetik milik individu pertama, demikian menurut laporan Journal Forensic Science International: Genetics.

Secara teori, ianya boleh diletakkan di tempat kejadian jenayah. Rambut, gula getah, puntung rokok, cawan dan gelas boleh membekalkan sampel awal DNA.

Syarikat ini juga telah membangunkan satu teknik yang rumit, yang mana bergantung kepada pengetahuan mengenai cap jari DNA - satu 'kod bar' genetik daripada 20 set kedudukan-kedudukan pada satu rantaian DNA seseorang individu.

Ahli sains ini telah membina 'perpustakaan' yang mengandungi ratusan cebisan DNA yang merangkumi semua kod genetik yang muncul di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh polis. Untuk membuat padanan satu-satu cap jari, mereka hanya perlu mencari dari 'perpustakaan' untuk gabungan yang betul dan dicampurkan di dalam tabung uji.

Para pengkaji percaya, lambat laun teknologi ini bakal digunakan oleh penjenayah.

Mereka memberi amaran: 'Bukti DNA adalah kunci kepada sabitan atau pembebasan suspek daripada pelbagai bentuk jenayah, waima dari rogol hinggalah bunuh. Namun begitu, kita telah terlepas perhatian akan kemungkinan yang menggusarkan bahawa bukti DNA boleh dipalsukan.

'DNA dengan profil genetik yang diinginkan dengan mudah disintesis (baca: dihasilkan melalui makmal) dengan hanya menggunakan teknik biologikal biasa dan yang baru dibangunkan, diintegrasi ke dalam tisu manusia atau dibubuh pada permukaan-permukaan objek, dan kemudiannya diletakkan di tempat kejadian jenayah.'

Namun pakar British berpendapat adalah suatu yang hampir mustahil bagi mana-mana penjenayah untuk melakukan sesuatu seperti itu. Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik Kerajaan menyatakan:

'Anda memerlukan satu makmal biologi molekul yang lengkap, peralatan yang bernilai ribuan pound dan seorang ahli sains biologi molekul yang cekap atau juruteknik makmal.'

'Dan majoriti daripada mereka yang terlibat dengan jenayah tidak akan mempunyai akses kepada bahan-bahan ini.'

Dr. John Manlove, seorang ahli sains forensik dan saksi pakar di dalam kes-kes mahkamah, berkata: 'Ya, ianya satu kemungkinan dari segi sains, tetapi ia adalah untuk seseorang yang benar-benar terdesak.

'DNA adalah sangat penting di dalam sesuatu kes, tetapi penyiasatan tidak harus berasaskan kepada bukti DNA semata-mata.'

Diterjemahkan oleh Dr. Afif Bahardin dan Najwan Halimi dari artikel berjudul "DNA evidence can be fabricated and planted at crime scenes, scientists warn" tulisan Fiona Macrae yang diterbitkan di laman The Daily Mail UK pada 19 Ogos 2009.

9 comments:

dankuala.com said...

Pelbagai teknologi telah manusia cipta untuk mencapai kepuasan peribadi mereka.

Saya rasa bimbang dengan penemuan ini kerana umum menyedari bahawa Anwar Ibrahim mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai pakar terutama di Amerika Syarikat.

Ada kemungkinan Anwar akan gunakan teknologi ini untuk selamatkan diri.

Bagaimanapun mari kita berpegang dan yakin dengan peringatan Nik Aziz bahawa di mana mana, pada bila bila masa akan ada campurtangan ALLAH memenangkan kebenaran, insyaallah.

Rakyat said...

Yang Paling merisaukan, rakyat malaysia semua tahu, kerajaan Umno Apco yang mengawal semua badan2 kehakiman. peguam dan polis ikut je telunjuk arahan mereka. Dengan mudah mereka boleh senang2 jer ubah bukti dan DNA.

Anonymous said...

Kerja yahudi Apco ni Umno yang bayar bukan Anwar

Anonymous said...

hi dankuala...
anwar guna teknologi nak palsukan bukti...hahhaha...gua rasa lu mcm dok USA je..lu sedar tak ni kat malaysia..mana boleh bro anwar mtak tlg USA..hahah geli hati aku...gua nak tanya lu dankuala anwar dibicarakan di mahkamah mana??malaysia kan...hahaha PM pun ada hbgn baik dgn USA siap salam dgn obama lagi..x baca ke akhbar jujur n telus serta TV1 n TV#3...sape yg ada hbgn baik?PM pun boleh mintak bantuan As lah mcm tu...

Anonymous said...

kepada GAPS,PERKOSA n UMNO...DNA!dna!DNA!hahaha minta org serah DNA baik buat keja lain je..mcm ni jika anwar serah DNA ada jaminan ke ia x dimanipulasikan?.khak ptuih..kompom dna beruk pun dikatakan dna anwar...

juli2.. said...

Siapa la yg bodoh smpai kata Anwar boleh buat bukti palsu..
Ne Polis punya kerja la bhaii..Anwar ada akses ker dgn forensik pihak pendakwa?
Kerisauan ko tuh melalut-lalut..
Sepatutnya ko risaukan Polis ble wat naya kt sedara mara ko nanti dgn teknologi hapus bukti neh..
Klu ko x percaya Anuar,aku lg x percaya dgn PM kita tuh..

Anonymous said...

30 ngo tu NGOK kepala penuh najis kelawar kes anwar semata2 politik fitnah dan fitnah akan undang bala ke negara ni puak umno wajib dihapuskan amin

Hamdan Rukun said...

MUDAHNYER NAK KENAI AKAI ORANG PAS.
KALAU NUAR BRAHIM TAK KAN BUAT. KALAU KERAJAAN DAN UMNO BOLEHLAH PULAK.

KONON NUAR TAK ADA HUBUNGAN DENGAN US. BISNES DIA DI SANA, HUBUNGAN DENGAN BANK DUNIA, IMF DAN MACAM MACAM LAGI.

PERBICARAAN DIA PUN DIPANTAU RAPAT OLEH US DAN AURTRALIA.

KENA TIPULAH HANGPA DENGAN NUAR.

Anonymous said...

hang tak da bukti jangan nak menuduh luncai.

umno buat hubungan dgn yahudi apco dah terbukti, dah la ada hubungan ambil duit rakyat bg kpd yahudi apco