Wednesday, April 6, 2011

Suruhanjaya Diraja siasat dakwaan hubungan seks Ro$mah dan Deepak ?

Ini dakwaan besar melibatkan isteri PM, jika Nazri Aziz minta ditubuhkan Suruhanjaya Diraja siasat dakwaan video seks Ketua Pembangkang.

Maka , Suruhajaya Diraja juga perlu ditubuhkan untuk siasat dakwaan seks isteri PM dengan Deepak.

Keadilan untuk pemimpin kerajaan dan pembangkang

Deepak yang Terkenal di Malaysia Today Nafi Tuduhan Raja Petra

[TMI] KUALA LUMPUR, 6 April – Seorang ahli perniagaan berprofil rendah yang pernah dikaitkan dengan kes bunuh wanita Mongolia dan hubungannya dengan keluarga perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tiga tahun lalu, hari ini muncul di khalayak untuk mempertahankan keluarga dan perniagaannya.

Pengedar permaidani dan ejen hartanah Deepak Jaikishan mendakwa tulisan terbaru blogger Raja Petra Kamarudin dalam Malaysia Today semalam sebagai satu fitnah dan pembohongan.

“Pertama, adalah benar saya kenal Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.


“Saya pembekal permaidani dan produk-produk hiasan dalaman sejak beberapa tahun lalu. Apa yang dikatakan dalam Malaysia Today mengenai saya adalah tidak benar,” katanya pada sidang media di sini petang ini berhubung tulisan di bawah tajuk “ Carpetman, bagman, toyboy has been bagged”.


Ahli perniagaan itu mengaku memang benar syarikatnya pernah memperoleh pinjaman RM600 juta dari Kuwait Finance House untuk disalurkan ke dalam pelaburan-pelaburan hartanah di luar Malaysia selain perniagaan permaidani keluarganya, dan kini pinjamanannya berjumlah RM200 juta.


Deepak berkata beliau seorang ahli perniagaan yang tidak memihak mana-mana parti politik atau cenderung kepada elit politik bagi mendapatkan faedah kewangan.


Malah beliau juga menafikan tulisan Malaysia Today bahawa beliau memainkan peranan dalam ‘membisukan’ penyiasat persendirian P. Balasubramaniam dalam kes berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam tulisannya, Raja Petra mendakwa Deepak sebagai dalang rasuah yang turut terlibat dalam hubungan seksual dengan isteri perdana menteri tetapi sudah tidak lagi disukai Rosmah apabila meramalkan politik Najib akan berakhir Julai ini.


Deepak menafikan dakwaan Raja Petra itu.


Katanya, beliau mesra dengan Rosmah sejak hari isteri perdana menteri itu melangkah ke pusat permaidaninya di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira tujuh tahun lalu.


“Rosmah, saya melayan dia sebagai kakak saya,” katanya.

Deepak berkata dia tidak bergantung pada perdana menteri atau keluarganya untuk berniaga kerana ada pelanggan di seluruh dunia termasuk kerabat diraja dan ahli-ahli politik pembangkang seperti Karpal Singh dan keluarganya.


Ahli perniagaan ini menambah, beliau hanya tampil sekarang kerana merasakan reputasinya dalam komuniti perniagaan antarabangsa sudah mula terjejas.


“Dakwaan dalam Malaysia Today membawa mudarat, menjejaskan hubungan perniagaan antara saya atau syarikat-syarikat saya dan bank-bank dan sekali lagi ini usaha orang yang iri hati dengan saya atau bisnes saya untuk merosakkan saya,” katanya lagi.


“Kami berurusan dengan bank-bank di rantau ini. Kami tidak boleh menerima ini. Saya tidak boleh menerima yang ini,” katanya lagi.


Pun begitu beliau belum bercadang mahu mengambil tindakan ke atas Raja Petra.


“Dia seorang pelarian. Apa saya boleh buat?” katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau akan berbuat demikian jika keadaan semakin serius.


Deepak berkata beliau tidak pernah merisau mengenai tulisan-tulsain dalam Malaysia Today sebelum ini khususnya yang berkaitan dengan kes bunuh Altantuya kerana kesemuanya bersifat politik, bukannya bisnes.


Malah katanya, beliau juga telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan terbukti tidak bersalah.


Deepak berkata beliau mengesyaki seseorang yang memusuhi bisnesnya memanipulasi Raja Petra dalam menghasilkan artikel-artikel terbaru.


“Mungkin ada orang menghasut beliau. Ia bukan artikel politik, ia pembunuhan karakter ke atas seorang ahli perniagaan,” katanya lagi.

10 comments:

Anonymous said...

ini bukan fitnah ke???

mana hadis-hadis dan ayat Quran korang tu...

"jika ada orang fasik (r.petra) bawak berita....."

sgt dabel standard (munafik)

Anonymous said...

mungkin fitnah, macam orang fitnah Anwar jadi untuk puas hati jangan double standard tubuhlah suruhanjaya diraja untuk kedua-dua kes

Hamdan Rukun said...

KALAU YER PUN NAK FITNAH BIARLAH PADAN SIKIT. INI ZURAIDAH TALIBAN PUN TAK DE SELERA !

Anonymous said...

ya la sapa yang selera dengan Ro$mah kecuali mamat karpet ni

Ummi Habiesda said...

MEMANG CELAKA ANON 6 APRIL 2011, ROS KATEK DULU TU BINI ORANG SAMPAI NAJIB TUYA TU NAIK SYOK DAN CERAI BINI TUA KONONNYA SAKIT GILA BABI. ABIS MADU SEPAH DIBUANG. MEMANG CELAKA PUNYA PENYOKONG UMNO HARAM JADAH.

raja dilautan said...

kena siasat ni....najib pun dapat bekas org juga dulu.....tempat kapal terbang mendarat

Anonymous said...

sori.suruhan diraja awal2 lagi akan kata no kes..

Anonymous said...

kah kah kah negara ni mmg sudah jadi negara badut sarkas kapla botak jembul didepan yg didepan tu lah bininya......

Anonymous said...

orang2 PR... ada video depan mata boleh tak percaya.

tak ada video boleh percaya... fanatik tak berakal namanya tu.

Anonymous said...

lebih teruk orang umporno percaya video seks palsu, hari2 dok tgk dosa