Saturday, December 24, 2011

ADAM ADLI JADI WIRA!!! Jiwa Najib bergelora, UMNO bagai nak gila

Salah seorang daripada pelajar yang menunjuk perasaan menuntut pemansuhan AUKU pada Sabtu lepas, Adam Adli telah menurunkan bendera Najib Tun Razak. Tidak jelas mengapa Najib Tun Razak mahukan gambar dirinya dikibarkan sebagai bendera. Adakah dia menyangka bahawa dia adalah sebuah negara?

Ini mungkin kali pertama ramai di antara kita yang melihat amalan itu dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia. Najib Tun Razak telah membenarkan dirinya dikibarkan sebagai bendera di hadapan ibu pejabat parti itu. Ia adalah lebih kepada perbuatan yang dilakukan oleh mendiang Kim Jong-il, pemimpin komunis Korea Utara.

Kes muka Najib pada bendera ini agak menjengkelkan apabila ia juga disertai lagu yang dipanggil 'PM Kita' yang sedang dimainkan di saluran propaganda biasa BN.

Sangat jelas keangkuhan Najib. Beliau bolehlah dikatakan memulakan pemujaan personaliti! Atau mungkin kita harus jujur, dan memanggil ia sebagaipemujaan kekurangan-personaliti. Antara salah satu sifat yang membezakan Najib dari Anwar Ibrahim, adalah karisma Anwar, personaliti dan kecerdasan beliau yang tiada pada Najib.

Kim Jong Il Malaysia


Jika kita dalam rancangan Oprah, kita bolehlah mengkaji sejarah kanak-kanak najib yang telah menjadikan dirinya sangat haus kepada perhatian. Memandangkan kita bukan dalam rangcangan Oprah, kita bantu Najib untuk mendapatkan cara lain untuk mendapat perhatian.


Boleh dihasilkan cawan Najib, topi Najib, lukis Najib pada tepi LRT dan KTM ataupun pada kapal terbang Air Asia. Boleh juga pada bas, beg sekolah, bola golf dan nama Najib ditulis oleh kapal terbang yang menulis di langit biru.

Sekiranya ini tidak cukup, beliau boleh terbitkan buku bagaimana beliau telah berjaya mendapatkan 12-hole in one sewaktu pertama kali bermain golf (Kim Jong Il mendakwa dirinya mendapat 11), atau, bagaimana tahi bintang jatuh semasa beliau dilahirkan.

Polis dan UMNO mengamuk kerana insiden


Adam Adli yang cuba untuk membuat laporan polis terhadap ugutan yang dia terima telah cuba diserang oleh seorang polis berpakaian biasa (ada dalam Youtube). Polis yang sama, mendakwa namanya Ruslan Mokhtar menyamar sebagai orang awam yang marah kerana perbuatan Adam yang menurunkan bendera Najib.

Ruslan juga menepis dakwaan bahawa beliau adalah gangster UMNO walaupun beperlakuan seperti itu. Sukar untuk mempastikan bahawa Ruslan itu adalah Gangster UMNO ataupun polis berpakaian biasa kerana kedua-dua entitiitu tidaklah eksklusif secara mutual. Ruslan juga mengugut bahawa beliau akan mencari Adam dan mengajar Adam.

Polis yang ada di situ tidak sedikitpun berminat untuk menguatkuasakan undang-undang dengan menahan Ruslan kerana membuat kenyataan seperti itu. Kemungkinan mereka menunggu aduan barulah mereka bertindak.

Tidak lagi menjadi wakil tunggal orang melayu

Apa yang pasti adalah perbuatan Adam telah menaikkan kemarahan orang UMNO yang sudah pun goyah. Mereka telah bertindak balas dengan memanggil Adam “Kurang Ajar” dan mengugut untuk mencederakan

Adam secara fizikal dan memburu budak itu. Mungkin tidak pernah lagi kita dengan seorang Melayu masuk ke ibu pejabat UMNO danmenurunkan bendera presiden itu. Tetapi masa sudah berubah dan UMNO terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tidak lagi menjadi wakil tunggal kepada orang Melayu.

Mereka sebenarnya sudah lama tidak menjadi wakil tunggal orang Melayu. Sudah pasti UMNO tidak mewakili 70% daripada orang Melayu yang berada di bawah paras kemiskinan di Malaysia. Sebaliknya,

UMNO mewakili minoriti Melayu kaya yang telah dibantu olej polisi dan layanan istimewa dan menidakkan majoriti orang Melayu dan juga kaum lain.

Bagaimana beliau negara harus menghormati seseorang yang sombong dan tidak cekap?

UMNO sekarang membiarkan menteri yang pasangan mereka serta anak-anak mereka melaburkan wang berjuta-juta ringgit kepada kondo di KL, Singapura dan entah di mana lagi. Penyalahgunaan kuasa sebegini bukanlah sesuatu yang dilakukan oleh individu-individu tertentu tetapi menjadi sistem yang dipraktikkan mereka di akar umbi.

Sebagai contoh, NFC telah dianugerahkan kepada keluarga Shahrizat Jalil tetapi Muhyiddin lah yang meluluskan wang awam tanpa apa-apa syarat walaupun perjanjian belum dimetrai.

Ia juga kelihatan seperti telah di atur oleh Khairy Jamaluddin yang telah beriya-iya mempertahankan Shahrizat Jalil. Rakyat yang juga sedang berhadapan dengan kenaikkan harga boleh dimaafkan kerana membuat kesimpulan bahawa mereka juga ada bahagian dalam penyalahgunaan ini.


Bagi Adam Adli yang disifatkan sebagai kurang ajar, beliau sebenarnya adalah seorang wira Melayu dan Malaysia sejati. Meletakkan wajah beliau pada bendera semestinya lebih berbaloi berbanding si Najib yang angkuh, berangan dan tidak berdaya itu.

Written by Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle

5 comments:

Anonymous said...

1- jgn lupa lak kat tandas awam dan kondom pun letak gambar tn hj najib.
2- ruslan adalah salah seekor anjing peliharaan umno.
3- tn hj najib komunis ke? kalau komunis dia tiada agama.
4- puak2 umno ni dapat upah rm10 pun sanggup buat apa saja kalau disuruh jilat jubor najib pun dia sanggup asalkan dpt duit.
5- khairil jamaludin? lagi tak boleh pakai. tak sempadan dgn kelulusan tinggi tapi bodoh macam lembu. tah2 ijazah beli kat oxford kok.

Anonymous said...

Nmpk sgt lembunya mrk yg unjuk rasa di depan UPSI. Najib x mrh pun gambo dia diturunkan (mane ade bendera resmi PM) tu lah melayu, dasar kaki ampu sana ampu sini... yg sibuk berdemo wat ape? yg umporno trengganu 'natang' kan sultan ko membisu aje, melayu melayu bila tersepit meroyan.. jgn lupa rezab melayu yg tergadai, saham bumi hilang/tergadai angkara sape tu? pemimpin setaraf dgn Najib pyn angkara bkn cina DAP tau, ko org membisu jugak.... melayu berjiwa hamba betoi le... patutle senang diperbodohkan pemimpin umporno ....

ramliomar said...

Ini kerja budak sekolah yang nakal sahaja janganlah ambil berat sangat suruhlah cikgu dia rotan atau dengan tok ketapi sahaja. Kita orang tua jangan layan feel budak-budak macam ni, nanti kita jadi budak.

gmu said...

Ramliomar..
Dah tua-tua gitu jadi budak pulak...
Kata orang tua-tua dulu..
Berkawan dengan budak air liur habis dulu..
Tidur dengan budak kain lucut dulu..
Berdemo dengan budak suara habis dulu..

Anonymous said...

Adam Adli's brave man. He never affaid to fight stupid giant UMNO, and jab knoks down "the old man sick".