Wednesday, December 14, 2011

PUKULAN MAUT BUAT UMNO!!! Blogger UMNO secara terbuka isytihar diri sertai PAS


Blogger dan aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar.

Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata.

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat. Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO.

(HH dan AA bergabung kekuatan mewujudkan Blog Kedah Kita... siap BN Kedah lepas ni kena londeh sampai tinggai tel**)


http://lynx.my/blogger-umno-sertai-pas

4 comments:

Anonymous said...

APABILA TELAH DATNG KEBENARAN... MAKA HANCURLAH KEBATILAN...

Anonymous said...

Boleh percaya ker mereka nie...kena hati2 sebab,umno ni byk muslihat.

Anonymous said...

Allah menjanjikan azab yang pedih kepada mereka yang ingkar terhadap perintah dan hukum Nya. Adakah ini merupakan azab yang perlu ditanggung oleh umno dalam saat PRU13 semakin hampir!

Anonymous said...

padan muka PAS..amik la ejen umno tue...snang la sket umno nak korek rahsia hgpa..hahahaha

-blogger Kedah