Sunday, December 25, 2011

UMNO KINI!!! Parti yang suka fitnah, maki dan porno

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcr290IyOwAfiJ1AFRSxzGlqelRW_r9Lku6-eHwRHtkCPyYtHmytcxgaAZT8GsFMX3IB31cX8MhZFH3stl0sZVfVr_q2_5V9eOPPRp2QEoMBCYfJGMEvFuAbKiHi4cb2xAi0U60-VAA2g/s1600/kartun+zunar+porn+culture.jpgOleh: Kedah Time Bomb

PASik, DAPig, Parti Kian Rebah. Inilah ungkapan pejuang-pejuang UMNO dan BN. Ini disusuli dengan ungkapan kebencian melampau seperti penghinaan Mat Sabu Komunis diceramah-ceramah bagi membangkitkan kebencian.

Ungkapan-ungkapan yang penuh dengan kebencian ini sekarang sudah makan tuan. Rakyat bertambah2 benci dengan Umno/BN. Populariti blog-blog pembangkang semakin meningkat di samping tak dinafikan ada satu dua blog upahan Najib yang pro BN agak tinggi kerana golongan sex maniax teruja nak tengok bahan2 lucah yg saban hari diupload.

Dalam Facebook juga, Anwar (jika dijumlahkan semua akaun yang menggunakan nama beliau sama ada tulen atau palsu) telah mencapai lebih sejuta likes, sedangkan Najib baru 900,000 likes.


Harakah yang terkenal dengan "hanya berita benar" semakin meningkat hit alam maya tetapi jatuh sedikit jualannya untuk akhbar bercetak daripada edaran asal, selepas Harakah mengadakan edisi Harakah maya yang boleh didownload dalam Harakahdaily.

Orang nak baca Harakah tak payah pergi kedai orang PAS yang terpaksa jual Harakah mcm jual ganja, akibat dasar ala komunis kjaan BN yang takutkan kebenaran tersebar luas. Download saja dalam web.


Retorik berlebihan tentang demokrasi, kebebasan dan hak hak sivil hanya propaganda pemerintah. PAS dan PR sudah jadi kerajaan di Kelantan, dan kini juga kerajaan di Kedah telah berjaya melakukan yang terbaik meskipun dianaktirikan oleh Pusat.

Sebenarnya umum sudah naik muak dengan retorik berlebihan sehingga menghina lawan yang dipakai BN dan Umno. Melainkan penyokong taksub BN, majoriti masyarakat tidak dapat menelan gambaran buruk terhadap PR sehinggakan tidak ada satu pun yang baik dibuat PR.

Sedangkan rakyat memerhati, BN melalui Dato' Najib tidak semakin kering idea untuk memperbaiki kehidupan rakyat kononnya. Kos sara hidup makin meningkat, inflasi naik mendadak, ikan Temenung pun sampai RM12 sekilo sedangkan isteri Najib selesa berpoya-poya dengan segala kemewahan.

Duit khazanah rakyat diagihkan untuk kroni Umno bina kekayaan, misalnya dalam isu projek lembu RM250 juta.


Sedang BN dan Umno yang tertinggal bas masih menjaja isu PR merintah orang DAP jadi PM, raja2 dihapuskan, kristian akan jadi agama rasmi (org bengong yang pecaya propaganda bodo Umno ni), Ustaz Azizan menikah budak umog belasan tahun..ihh macam2 lagilah fitnah, rakyat semakin muak dekat Be End dan mereka semakin syok sendiri...


Maksud Ayat:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim”. (Surah Al-Hujuraat: 11)

Kedah La

No comments: