Tuesday, January 17, 2012

DAKWA PARASIT!!! PAS tak kacau ceramah Hasan Ali, tapi dia nak ceramah atas pentas apa?

Hasan Ali dalam kenyataan medianya akan jelajah untuk ceramah seluruh negara. Sabah dan Serawak pun dok menanti ceramah beliau.

Mahfuz dah bagi jaminan PAS tak akan ganggu ceramah Hasan Ali. Ceramah lah sebanyak mana dia nak ceramah.

Namun masalahnya, di pentas mana dia nak ceramah. Siapa yang akan sediakan pentas dia ceramah. Tak kan PAS nak sediakan pentas untuk dia pecah belahkan parti PAS dengan dakwaan Parasit.

Hanya tiga organisasi yang mungkin boleh sediakan pentas untuk beliau. Pertama, PERKASA tapi pendengarnya bukan ahli PAS kerana PERKASA kebanyakannya ahli UMNO.

Kedua , UMNO tapi tak kan beliau nak dedah parasit dalam PAS kepada ahli UMNO.

Ketiga, ISMA yang tidak puas hati kepada PAS kerana pecat Hasan Ali . Mungkin ISMA boleh sediakan pentas macam pentas HIMPUN. Namun, sudi kah ISMA berubah menjadi pentas politik kerana ISMA hanya sebuah NGO.

Atau pun pembina blog Berani Berubah Selamatkan PAS dan Facebook Selamatkan Harakah yang merupakan penyokong kuat Hasan Ali akan sediakan pentas untuk Hasan Ali. Namun , beranikah mereka keluar zahirkan diri di sebalik blog dan facebook yang dibina.

Kita nantikan ceramah pertama Hasan Ali..... Admin

Dedah 'parasit': Pakatan jamin keselamatan Hasan


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyambut baik keputusan bekas Pesuruhjaya Selangor Datuk Hasan Mohd Ali yang membayangkan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya sebagai ahli PAS seperti dilapor media.

Bagi beliau, Hasan mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk memilih.


Ketika diminta mengulas gesaan dari sesetengah pemimpin PAS yang mahu Hasan merayu, Mahfuz berkata beliau tidak boleh memberi respon kerana turut terbabit dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat yang memutuskan supaya Hasan disingkirkan.

"Saya boleh kata begini. Kalau betul seperti dilapor media semalam, saya menyambut baik keputusannya yang tidak mahu merayu.

"Saya juga mendoakan agar beliau diberi kekuatan untuk terus berjuang seperti apa yang beliau cakap sebelum ini," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena pada sidang media di pejabat Agung PAS, semalam.


Ketika ditemui selepas itu, Mahfuz turut memberi jaminan bahawa negeri-negeri Pakatan Rakyat akan membenarkan Hasan yang mahu menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan isu pemecatannya itu.

"Saya bagi jaminan, bahawa Pakatan Rakyat akan jaga keselamatan beliau (Hasan) jika beliau mahu berceramah di negeri-negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Kumpulan itu dakwanya telah memesongkan PAS dari perjuangan Islam.

Hasan juga membayangkan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya mereka berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

"Kita tidak akan bertindak seperti PERKASA yang mengganggu ceramah (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu seperti sebelum ini.

"Jadi Hasan tidak perlu risau," kata Mahfuz lagi.

http://malaysiakini.com/news/186784

14 comments:

Anonymous said...

dia kata org PARASIT tapi dia tak sedar bahawa dia tu PELESIT.

Hamdan Rukun said...

MAHFUZ ? HE!HE!HE!

BIASALAH..SRP JER..

Anonymous said...

LUNCAI MEROYAN MAI KOMEN, MACAM ORANG BODO

pengundi parit buntar (bkn pro anwar) said...

PASti parasit dlm PAS yg tgh meleleh air liur nk ke putrajaya tu rasa tergugat..

Anonymous said...

KEPALA PARASIT TU DAH DIPECAT

JAKA said...

mari kita turun beramai2 dengar ceramah fitnah hassan ali.

kita bagi dia perasan dia lebih hebat dari anwar.

selepas dia ceramah, di depan pendengar, kita tanya dia satu demi satu soalan2 yg boleh menyebabkan dia cirit birit dan senggugut keputihan anunya.

Soalan pertama utk hassan :

Datuk, adakah datuk rasa lebih hebat dari anwar dan layak jadi PM sedangkan datuk belum pernah rasa penumbuk dan mata lebam?


jawab hassan jawab

Dulu PAS sekarang bebas said...

Syabas DrHasan, kau cerita lah yang sebenar! Punca segala masalah dalam PAS adalah Anwar... kerana terpengaruh dgn dia segala asas perjuangan PAS dah terpesong, gara2 nakkan kuasa!

Skopio said...

Dah patut pun Anwar kena penumbok! Dia ingat dia masih boss kpd IGP... lalu perlekeh kawan tu... kena belasah lah!!!

Moristo said...

Aku kesian tengok JAKA. Taksub kat Anwar sampai tahap kokot. Apalah sangat dia tu... bukan maksum pun. Pada hal jadi ancaman kpd pemeliharaan kedaulatan Islam!

Anonymous said...

pencacai umporno komen seolah-olah macam ahli pas.

sekilas komen tahu bau busuk umporno

Nyah Alkafiruun said...

KaU lah hero orang2 yg bersederhana dan tidak taksub kpd mana2 parti. Yang penting memelihara kepentingan agama Islam... dan terkini PAS sudah lari jauh daripada apa yang dilandaskan oleh arwah uztaz Fadhil Noor. Teruskan perjuangan Dr Hasan dan terus berpegang kpd AlQuran dan ASSunnah... Islam milik semua dan bukan milik ahli PAS sahaja. Selamat tinggal PAS... tidurlah engko bersama kawan jahanam DAP kau tu!!!

Anonymous said...

kah kah kah pencacai umporno cuba membela hasan ali. nak perjuang agama ke perjuang benda lain.

macam bersungguh rupanya habuk pun tarak

Anonymous said...

aku pengundi atas pagas..sebelum ni undi pas..tapi rasa mcm kena pijak je melayu kat selangor ni..kontraktor kelas kecil2 dah start bukak kat orang cina..apa mcm nak fight? cina berleluasa..pertikai azan kat subang dan damansara..hassan ali ni aku sokong dari aku zaman budak sekolah lagi..dia tibai umno dan pas..dia tak setuju selangor d kuasai oleh ronnie liu dan teresa kok..yg bnyk halang amar makruf nahi mungkar..tokey club marah kat selangor pasal hasan ali selalu rush club cari budak2 ISLAM yang mabuk2..dan juga cari budak2 melayu ISLAM yang beromen kat hotel murah sekitar selangor..hassan ali cuba amar makruf nahi mungkar..tapi tangan kena ikat..skarang PAS dah takde kuasa langsung..pasal hanya portfolio ADAT RESAM MELAYU..apa kejadah? dulu infrastruktur pembangunan dan hal ehwal Islam..ADAT RESAM MELAYU portfolio apa kejadah bai? TS khalid ibrahim tak hormat pegawai kerajaan yang berkhidmat bawah dia..dia panggil pegawai dia dgn nama2 yang menghina..aku cerita betul ni bro..hasan ali cerita apa kerosakan PKR dah buat..kena ingat antara dua pihak..kena pilih yg kurang mudarat..bn mmg rasuah korup tapi dia tak kacau pernah pijak dan hina orang melayu islam sampai mcm ni..pilihanraya lepas umno kena boikot orang melayu..this time aku nak boikot PAS plak..tempat aku shah alam..dua ni je ada ..kalau ada orang cina aku undi cina je..alang2 nak bagi negara ni kat cina..bagi betul2 la..melayu makan tahi dok dalam hutan diam2..hahahahahaha

Anonymous said...

kalau tak fitnah bukan la namanya pencacai umporno.

bersungguh tulis komen fitnah, berharap sangat orang percaya fitnah tak laku tu.

kat orang umno dungu boleh diorang percaua, umno yang cerdik pun tak percaya