Monday, April 30, 2012

ANGKARA SB!!! Siapa lagi yang pakai gelang kuning , lengkap dengan pemotong dawai dan gloves?

Pemotong kawat duri macam profesional

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu yang bertindak memotong dawai penghalang pada perhimpunan Bersih 3.0, semalam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.

"Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan.

Dakwanya, pengalaman menyertai beberapa perhimpunan sejak mahasiswa, perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang hanya meningkatkan bilangan keganasan pihak polis.

"Dengan laungan kerajaan kononnya ingin melakukan transformasi terhadap institusi polis, jelas ia hanya mainan dengan tindakan ganas polis yang ditunjukkan pada perhimpunan semalam," tegas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0.

Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai.

"Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka. Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau yang turt serta pada sidang media tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Penolong Setiusaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli; dan beberapa wakil peguam PAS. -HD



Ulasan GB

kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

4 comments:

Anonymous said...

Apa sb sb, apa tu sb, siput babi, siapa beruk, engko la berok,BABI,ANJING AMBIGA KELING BERSHIT!!!!

Anonymous said...

Semoga allah turunkn bala pd semua polis yg pukul peserta...kalau xkena pd polis itu sendiri turunkanlah bala dan balasan yg teruk keatas anak dan isteri atau cucu2 mereka...seperti lumpuh atau sakit yg xkan sembuh lg...amin

Anonymous said...

Jgn jadi melayu mudah lupa, ingat semasa zaman reformasi 98.... sekumpulan pemuda berjaket hitam telah memecahkan gambar2 peminpin umporno di lobi PWTC, rakaman CCTV tiada ke di PWTC, smpi skrg polis tiada membuat dakwaan ke atas mrk.. semua ini lakonan SB (Siput babi kelas terendah) dlm PDRM...susah sgt ke nak siasat dgn rakaman CCTV.... jgn dah BODOHkan rakyat... begitu gak lakonan SB di Bersih 3.0.....

siamang gagap said...

sorry nak mencelah..perhimpunan 3.0 tiada permit ok, bila tiada permit penganjur kena bertanggungjawab terhadap apa2 perkara yang berlaku termasuklah kerja2 provokasi yang dikatakan kononnya oleh polis (SB) senang nak menuduh..tahukah tuan2 semua berapa banyak gengster2 diluar sana yang akan mengambil kesempatan memporakperandakan negara supaya semua org leka dengan perhimpunan yang tiada faedah ini. Tahukah tuan2 berapa banyak kejadian jenayah dan rompakan yang berlaku pada hari tsb kerana semua polis beri perhatian kpd perhimpunan ini? siapa yang rugi? SEMUA BODOH DAN TOLOL PAKAI AKAI SAMA LA SEBELUM NAK MENUDUH.kesimpulannya penganjur bersih 3.0 perlu bertanggungjawab di atas apa2 yang berlaku..kecederaan, kerosakan, kerugian, imej negara, kematian (jika ada), semua pemimpin politik tak kira UMNO, PAS, PKR, MCA, MIC,GERAKAN, DAP, PPP, DAN LAIN2 LAGI SEMUANYA BANGANG DAN TOLOL tak layak menerajui parti kerana tidak langsung bertanggungjawab di atas apa yg berlaku (kerana menyebabkan negara dalam keadaan gawat dan rakyat dalam ketakutan).