Wednesday, July 4, 2012

TUDUHAN PALSU!!! Kerajaan Selangor akan saman MCA




Kerajaan Selangor memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap MCA dan pihak yang mendakwa berlaku penyelewengan berhubung isu Talam Corporation Bhd, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik kerajaan Selangor," kata menteri besar


Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri, tidak akan membuat apa-apa ulasan buat masa ini demi untuk tidak mengganggu proses perundangan.


Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam, Khalid berkata pihaknya akan memfailkan saman tersebut dalam masa terdekat.


MCA semalam mendedahkan dokumen yang menunjukkan Selangor menggunakan lebih RM260 juta untuk menyelamatkan syarikat Talam melalui proses perakaunan rumit.

Anggota jawatankuasa pusat parti itu, Datuk Chua Tee Yong (gambar atas, kiri sekali) mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak menjelaskan perkara sebenar berhubung usaha memungut hutang melibatkan Talam itu.Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa jumlah tersebut bukanlah skandal RM1 bilion yang disebutnya sebelum ini.


Selangor akan menyediakan kertas putih menerangkan penyusunan semula hutang Talam dalam Bajet 2013 pada November ini.



BERITA ERKAITAN:


BN Selangor tidak gentar tindakan saman
WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Julai 2012

Mohd Zin Mohamed menegaskan pendirian Barisan Nasional (BN) pada sidang media di Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar berhadapan tindakan saman berhubung pendedahan skandal RM1 bilion yang didakwa digunakan Kerajaan Selangor untuk menyelamatkan syarikat pembinaan, Talam Corporation Bhd (Talam).

Koordinatornya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana, BN mempunyai tanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan salah laku urus tadbir kewangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR).

Malah, katanya, mereka juga akan membuat laporan dan mengemukakan fakta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Saham Kuala Lumpur berhubung perkara itu, dalam tempoh terdekat ini.

“Silakan jika beliau (Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) hendak ambil tindakan apa pun, kita juga ada tanggungjawab (kepada rakyat).

“Kita tidak takut (tindakan) saman, sebaliknya kami hanya mengemukakan soalan secara berhemah (mengenai skandal RM1 bilion) dan memerlukan jawapan munasabah, bukan hendak serang beliau,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

No comments: