Sunday, October 7, 2012

KES CULIK!!! Siapa ahli politik di Kedah yang ditahan polis?

Seorang ahli perniagaan yang juga pemimpin sebuah parti politik di Kedah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan anak seorang doktor pakar kulit berusia 13 tahun, dua minggu lalu..

Siapa agaknya pemimpin yang dimaksudkan itu?.. biasanya kalau ianya melibatkan pemimpin dari Pakatan Rakyat, nama parti yang diwakilinya akan jelas dipaparkan tapi kali ini disembunyikan..

Ini laporan dari Lidah Rasmi UMNO @ Utusan

http://1.bp.blogspot.com/-CkPKAF1jN6E/TwblBuK-WOI/AAAAAAAAEXA/Rf-qMBZmChs/s1600/tanda-soal+kepala.jpg
ALOR SETAR 7 Okt. - Seorang ahli perniagaan yang juga pemimpin sebuah parti politik di Kedah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan anak seorang doktor pakar kulit berusia 13 tahun, dua minggu lalu.

Lelaki yang juga kontraktor berusia 52 tahun itu ditahan selepas menghadiri satu mesyuarat parti di sebuah restoran di Jalan Sekerat, Sungai Petani kira-kira pukul 6 petang semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, penahanan tersebut bagi membantu siasatan kes setelah pihaknya berjaya menangkap lima suspek sebelum ini.


"Lelaki itu adalah suspek keenam ditangkap berkaitan dengan kes ini. Dia ditahan reman selama lima hari sehingga 11 Oktober ini bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini ~
Utusan
Ini pula laporan berkaitan kes culik tersebut di atas..
ALOR SETAR - Polis menahan empat lelaki yang disyaki terlibat menculik anak seorang doktor pakar kulit berusia 13 tahun dengan menuntut wang tebusan RM500,000 di sini Selasa lalu.

Kesemua suspek (gambar di atas )yang terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan seorang warga negara Myanmar itu ditahan dalam serbuan berasingan Khamis lalu dan awal pagi semalam.


Suspek pertama ditahan di sebuah rumah di Kuala Kedah di sini malam Khamis lalu manakala tiga lagi rakannya dicekup di sebuah kuil yang dalam pembinaan di Taman Sutera, Sungai Petani pukul 2 pagi semalam.


Dalam serbuan di Taman Sutera, salah seorang suspek dikatakan cuba menyorok di dalam kuil itu selama hampir dua jam sebelum polis memberkasnya dengan kerjasama anggota bomba.


Menurut sumber, kanak-kanak lelaki itu diculik ketika pulang dari kelas tuisyen di sini kira-kira pukul 10 malam Selasa lalu.

Bagaimanapun.. tak kiralah walau dari parti mana sekalipun pemimpin tersebut.. undang-undang harus ditegakkan tanpa memilih bulu, jangan pula jika beliau dari pihak Barisan Nasional, siasatan berakhir ditengah jalan..ASD

2 comments:

rakab said...

ASD dah kehabisan modal ke sampai terpaksa kutip bahan dari utusan ??

aku ingat blogger pakatan dah tak percaya utusan lagi. Rupa-rupanya temberang jer...

Utusan memang berkredibiliti !

AJib said...

syaitan yg dilakhnat Allah ada gak sibuk2 buat komen kt sini..celah mana utusanng ada kredibiliti..bdk sek men rendah jauh lg berakal klu tulis berita...knp utusan tak kuar terus nama org yg terlibat..dan xkesah sesiapa pun yg terlibat..be end atau org dr pr ker haruslah diadili..jgn disebabkan org be end atau umngok yg umporno yg buat diam begitu shj..tp apabila ia melibatkan org dr pr..ia dijaja beritanya setiap hr..dr suratkhabar sehinggan lar tv...