Saturday, October 27, 2012

PERJANJIAN SYAITAN!!! Kumpulan Penyembah Syaitan bekerja memenangkan Syaitan Yang Dikenali

Dalam babak akhir filem Rosemary’s Baby, kita melihat Mia Farrow seorang ibu telah anak syaitan. Sang Suami telah memberikan isterinya untuk diperkosa oleh satu kumpulan penyembah syaitan. Sang Ibu cuba mendapatkan bantuan dari polis, dari tuan doktor, dari jiran tetangga. Semuanya gagal kerana mereka ini semuanya penyembah syaitan.

Minggu lalu, saya menulis tentang siapa musuh yang dilawan dan cuba dikalahkan oleh penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat dalam PRU 13 akan datang. Untuk saya amat jelas, musuh mereka bukan Barisan Nasional. Bukan parti United Malays National Organisation. Bukan Najib, Muhyiddin, Soi Lek atau Taib Mahmud. Musuh mereka ialah satu sistem pemilihan yang diwujudkan khusus untuk menipu Pakatan Rakyat.

Sistem pengundian yang diwujudkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dirancang dan dibentuk dengan tujuan memustahilkan parti mana pun dari berjaya mengalahkan
United Malays National Organisation. Ini bukan padang berat sebelah. Ini bukan pengadil tumbuk rusuk. Apa yang sedang dirancang lebih licik dari semua ini.

Mari kita kaji dan lihat kawasan Lembah Pantai. Dalam PRU 12, Shahrizat Jalil, menteri kabinet Abdullah Badawi dikalahkan oleh Nurul Izzah dengan kemenangan majoriti 2,895 undi. Ini satu kemenangan hebat untuk pendatang baru saperti Nurul Izzah. Hari ini, Shahrizat Jalil bukan sahaja terpinggir, malah sedang disingkirkan oleh Raja Nong Cik yang mahukan kerusi Lembah Pantai.


Lembah Pantai dipilih Raja Nong Cik kerana semuanya telah disusun dan dirancang dengan baik oleh SPR dengan kerjasama Jabatan Pendaftran Negara (JPN) dan PDRM. Dalam perancangan ini, secara tetiba 13,486 pengundi baru mendaftar di Lembah Pantai.


Ini seolah-olah 21 tahun dahulu, 13,486 pasangan warga Kampung Kerinchi, Pantai Dalam dan Abdullah Hukum telah bersenggama pada malam dan hari yang sama. Hasilnya 21 tahun kemudian – anak-anak ini semuanya mendaftar untuk menjadi pengundi di PRU 13 ini. Apakah ini betul?


Jawabnya tidak. Kemasukan pengundi baru ialah perancangan SPR yang licik. Pengundi Melayu dari Bukit Bintang, Seputeh – kawasan yang mustahil untuk dimenangi oleh United Malays National Organisation diloroh masuk ke Lembah Pantai. Ini satu kerja lojistik yang berat, justeru memerlukan kerjasama rapat dengan JPN.



Tidak cukup dengan itu – di Lembah Pantai ada 2,000 pengundi pos. Pada 2008 dahulu hanya 148 sahaja. Hantu manakah yang menjadi pengundi pos ini? Mereka ialah pegawai polis. Apakah Lembah Pantai kawasan jenayah? Tidak. Bangsar yang ‘ chic’ dan ‘trendy’ termasuk di Parlimen Lembah Pantai. Justeru, dari mana 2,000 ekor Mat Kampau ini datang?

Jangan terperanjat. Jangan mengeleng-geleng kepala apabila saya nyatakan bahawa Rumah Pasong di Bukit Jalil yang 15 batu dari Lembah Pantai juga dikira sebagai pengundi pos untuk Lembah Pantai. Bunyinya lawak tetapi inilah hakikat perancangan penipuan di Lembah Pantai.


Justeru, jangan terperanjat apabila saya nyatakan: 15,000 lebih pengundi baru ini akan mengalahkan Nurul Izzah. Ini bukan kerana si Nurul tidak berkemampuan. Atau dibenci oleh warga Lembah Pantai. Tidak. Nurul Izzah adalah seorang YB yang amat-amat popular dan disayangi oleh penduduk Lembah Pantai. Di Parlimen Nurul mengajukan pelbagai soalan dan dilihat bergerak cergas sebagai wakil rakyat. Tetapi, Nurul Izzah akan dikalahkan kerana sistem pengundian yang diwujudkan khusus untuk menipu dan memenangkan calon United Malays National Organisation.

Jika kurang yakin dengan apa yang saya labonkan tentang Lembah Pantai, maka biar saya surahkan pula kawasan YB Sivarasa dari Subang. Kawasan ini lagi pelik bin takjub. Telah ada penambahan 30,000 pengundi baru. Ini bererti 30,000 warga Subang dengan penuh takzim berikrar untuk mengambil bahagian dalam pesta demokrasi. Jadi apa yang dihairankan?


Yang menjadi takjub bin hairan ialah sebelah kawasan Subang ialah Petaling Jaya Utara yang warganya tidak ramai mendaftar untuk menjadi pengundi. Di PJ Utara, hanya ada 5,000 penambahan pengundi baru berbanding dengan 30,000 kawasan di sebelahnya. Apakah warga di PJ Utara malas dan sembab? Jawabnya tidak. Pendaftaran pengundi baru di Subang jelas menipu. Rancangan jahat ini akan mengorban bukan sahaja, Sivarasa malah Dr Nasir dan Elizebeth Wong juga akan terkorban sama.


Mari beralih ke kawasan YB Charles Santiago di Klang. Mengikut laporan YB Charles kepada Bersih 2.0, kawasan ini tetiba terdapat 5,000 pengundi hilang entah ke mana? Pelik bin Melik ke mana perginya 5,000 pengundi itu? Apakah mereka disambar Geruda atau diculik oleh UFO?


Jawabnya tidak. Nama ini sengaja dihilangkan untuk memastikan Rodziah Ismail dari N41 Batu Tiga dan Dr Rani dari N42 Meru akan bungkus. Mereka berdua ini Adun dalam Parlimen Charles Santiago.


Sekali lagi saya katakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan jatuh. Ini bukan kerana kerajaan Pakatan tidak popular. Atau kerajaan Pakatan Rakyat mengamalkan rasuah. Sama saperti Nurul Izzah di Lembah Pantai – kekalahan ini disebabkan sistem penipuan yangh diwujudkan SPR. Khalas.

Saya ingin mengingatkan kembali pembaca tentang 8 tuntutan Bersih. Hingga hari ini hanya – pengunaan dakwat kekal – yang dikatakan akan digunakan. Pengunaan dakwat ini pun dirancang penuh dengan tipu muslihat untuk memastikan kertas undi akan kotor. Untuk memastikan banyak undi rosak. Semua disusun untuk memastikan Pakatan Rakyat akan kalah.


Minggu lalu, orang ramai diberitahu oleh SPR bahawa akan diwujudkan – kerajaan sementara – sesudah Parlimen dibubarkan. Ini langkah yang baik. Tetapi bukan ini yang dituntut oleh Bersih. Kenyataan SPR jelas untuk mendodoi dan mengalih pandangan orang ramai. Kelentong baru ini dibuat untuk menutup sistem penipuan yang telah dipasang.


Kenyataan dibuat untuk melalaikan orang ramai dari 8 Tuntutan yang belum dilunaskan. Ini bukan sandiwara. Ini bukan lawak seram. Ini terang-terang buat kerja tipu.


Muhyiddin Yassin juga membuat kenyataan mengatakan bahawa semua tuntutan Bersih telah ditunaikan. Muhyiddin ini sebenarnya terberak di mulut dan bercakap di buntut. Muhyiddin berbohong. Muhyiddin sengaja terberak di padang sebagai usaha membantu SPR. Kemudian berkali-kali Najib dan Muhyiddin berkata: kalau pilihan raya ini tipu macam mana di PRU12 – Pakatan Rakyat boleh menang lima negeri. Nampak sangat Najib dan Muhyiddin masih lagi terberak di mulut. Hujah terberak di padang ini dijaja ke hulu ke hilir sebagai bukti bahawa SPR dan pilihan raya Malaysia bersih dan telus.


Jawabnya cukup senang – dalam PRU 12 dahulu – jika tiadaa penipuan, maka Pakatan Rakyat akan mendapat kemenangan mutlak. Pakatan akan menubuhkan kerajaan baru. Ini hakikat. Ini diketahui orang ramai.


Justeru, sesudah melihat keputusan PRU 12 dahulu, United Malayas National Organisation mengarahkan dua orang ahlinya yang menjadi kepala SPR untuk menutup semua lubang yang mungkin memenangkan Pakatan Rakyat. Undang-undang Kecil Pilihan raya diubah, peraturan baru diwuujudkan. Bukan untuk menambah baik pilihan raya tetapi untuk memustahilkan Pakatan mencapai kemenangan.


Peraturan baru ini termasuklah melarang logo parti yang tidak bertanding dipasang. Menjauhkan lagi bilik panas dari tempat mengundi. Kalau dulu jaraknya hanya 50 meter, kali ini 100 meter. Ini untuk memastikan pekerja parti Pakatan tidak akan dapat melihat Mat Bangsa, Mat Indon atau Mat Burma masuk menyeludup mengundi.


Dalam barong mengundi wakil parti didudukkan bukan untuk melihat muka dan meneliti kad pengenalan si pengundi. Kerusi dan meja mereka disusun untuk memastikan mereka hanya nampak punggung dan belakang pengundi. Sekali lagi peraturan baru ini bertujuan untuk memastikan Mat Bangla, Mat Indon atau Mat Burma tidak dapat dilihat muka mereka.


Pasti pembaca akan menjadi hairan dan bertanya: kenapa tidak buat laporan polis. Kenapa tidak ambil tindakan undang-undang?


Untuk menjawabnya saya bawa kembali kepada filem Rosemary’s Baby. Si Ibu yang melahirkan anak syaitan telah pergi ke rumah pasong untuk membuat laporan polis. Sayangnya Tok Sarjan dalam balai pun adalah penyembah shaitan. Si Ibu menelefon OCPD. Rupa-rupanya Tuan OCPD juga penyembah Syaitan. Lalu si Ibu lari mencari Tuan Doktor. Si Tuan Doktor ini juga dari kumpulan penyembah syaitan.


Pada ketika ini kedudukan Pakatan Rakyat sedang di kelilingi oleh kumpulan Penyembah Syaitan. Justeru membuat laporan polis tentang pengundi hantu tak ada guna kerana PDRM juga di bawah telunjuk syaitan. Pergi ke mahkamah untuk melaporkan pendatang haram ada kad pengenalan biru juga tidak ada guna kerana mahkamah juga milik syaitan. Cuba mendapatkan data dari JPN untuk membanding senarai pengundi adalah kerja sia-sia. JPN juga adalah anak syarikat syaitan.

Kepala syaitan ini saperti kata Mahathir Muhamad ialah
United Malays National Organisation sendiri. Ini syaitan yang kita kenali. Kalau semuanya dimiliki syaitan di mana masa depan Pakatan Rakyat.Rakyat Marhaen

3 comments:

Anonymous said...

Terbaik!!!hapuskan puak syaitan...

Anonymous said...

Satu perkara yang kita sering terlupa ...bahawa manusia tidaklah mempunyai kuasa mutlak terhadap sesuuatu...keyakinan pada yang maha pencipta amatlah penting.... kenyataan tentang doa Tuan Guru dan rakyat bahawa setiap niat jahat mereka akan memakan diri.. cuba buat analisis semenjak doa ini sering diamalkan oleh PR khususnya PAS dalam pertengahan 2011 hampir semua isu dan propaganda mereka akhirnya memakan diri.. sehinggalah berlakunya perubahab luar biasa di Johor dan Sabah maka tidak mustahil dan saya yakin dan amat yakin segala perancangan jahat SPR dan JPN sebenarnya akan memberikan kelebimhan dan kemenangan kepada PR... InsyaAllah..ab-mt

Anonymous said...

Secara kasar dari keterangan diatas seolah oleh menjejaskan keyakinan rakyat...tapi apa yang berlaku ialah rakyat akan menjadi lebih ke BERTWAKALAN KEPADA ALLAH ini adalah satu senjata yang tiada tandingannya.. kata harus ingat ..manusia merancang ...maka Allah juga ada perancangannya...yakinlah pada pertolongannya dan kemenangan pasti akan mencul....wallahualam ab-mt