Saturday, December 8, 2012

MACAM-MACAM NAJIB TABUR UMPAN!!! Yang dapat hanya seKatak Penang, nanti tabur umpan di Kelantan untung dapat Raja Katak


Bekas pemimpin KEADILAN, Zahrain Mohamed Hashim hari ini menyerahkan surat sokongan kepada Perdana Menteri, Najib  menyatakan niatnya untuk menyertai semula Umno, lapor The Star Online.

Beliau dilaporkan membawa bersama 346 ahli yang kununnya dikatakan dari Cabang KEADILAN Bayan Baru, Jelutong dan Bukit Gelugor. Menurut akhbar dalam talian berbahasa Inggeris itu lagi, surat hasrat telah diserahkan kepada Najib selepas majlis makan tengah hari awam di pejabat Umno Bahagian Bayan Baru.

Bekas pemimpin KEADILAN keluar dari parti itu pada Februari 2010, dan menjadi ahli parlimen bebas mesra-BN.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut disertai oleh bekas Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang meletak jawatan dari parti itu pada tahun 2007.

Selepas acara itu, Zahrain dilaporkan berkata orang Melayu kununnya tidak mempunyai pilihan selain menyokong Umno kerana parti adalah satu-satunya kumpulan yang melindungi kepentingan mereka.

Di majlis yang sama, bekas pemimpin Pemuda PAS negeri Hafiz Nordin telah menyerahkan memorandum kepada Najib menggesa beliau supaya melindungi prinsip-prinsip Islam di negara ini.

Selain Zahrain, turut keluar dari parti itu kununnya sudah hilang kepercayaan terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ialah ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Shamsuri, ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dan ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Kesemua mereka dikatakan mempunyai masalah kewangan peribadi dan sejurus keluar dari KEADILAN, masing-masing menjadi jutawan segera setelah dijanjikan habuan lumayan jutaan ringgit bagi melunturkan semangat perjuangan rakyat terhadap pengkhianat agama, bangsa dan negara iaitu Umno.

Contoh paling nyata ialah kemampuan Gobalakrishnan membeli dua keping tanah bernilai RM1.4 juta beberapa hari selepas keluar dari KEADILAN pada Mac tahun lalu yang sehingga ke hari ini yang gagal dijelaskannya. ~jalanpulang

13 comments:

Anonymous said...

Lompat si katak lompat !.

Anonymous said...

kalau setakat katak gendut sekor ni..x leh pun x dok hal lahhh..

insafdoh67 said...

Habis r Pakatan lagu ni... Habis YB... Rm... Lari ke UBN... Ramai ke pengikut yg Dungu ikut... Jenis Fulus blke ni wei.. Jgn Heran r.. Katak bunyi je Bising.. Hujan pun tadok.. Kih.kih.kih...

Anonymous said...

Alhamdulillah, ramai pemimpin yg sudah sedar kembali kesilapan lampau. Selamat kembali bersama umno

Anonymous said...

Umno berjuang memartabatkan Islam, tapi pas hanya berjuang memartabatkan kebajikan. Parti mana pilihan anda?

Anonymous said...

KAH KAH KAH UMNO MEMERTABATKAN ISLAM. MEMERTABAKKAN ISLAM ADA.

SOI LEK HINA HUDUD , UMNO SOKONG. MEMERTABAKKAN ISLAM LA TU

Anonymous said...

Soi lek mempertikaikan hudud acuan pas yg berat sebelah dan tidak telus. Ulasan dan wawancara penuh blh dibaca di mingguan malaysia.

Tulah sbbnyer jgn hanya baca harakah, beritanya tidak tepat dan putar belit

Anonymous said...

Bercakap pasal hudud Pas, hudud Umno mana? Sibuk pasal jamban org, jamban sendiri takde. Teberak dlm seluar bro

Anonymous said...

nak suruh baca minguan malaysia, tak payah la bagi free pun orang tak baca. kasihan utusan dah nak mampos ada juga pencacai nak selamatkan

insafdoh67 said...

Bro.. Soi lek Tok Iman Umno ke.. Dungu punya komen.. Org Melayu tadok ke nk ckp psl Agama.. Pii...rah.. Wat malu je.. Ada Hj gok ke soi lek... Kih.kih.kih...

Anonymous said...

hanya katak sajer boleh menyelamatkan utusan meloya dan UMNO/BN.....onk...onk...onk....hihihihi

rakab said...

Bekas Pengerusi dan ketua wanita PKR negeri, Zahrin dan Aminah dah masuk Umno. Apa lagi yang tinggal dalam PKR Penang sekarang nih ??

Orang melayu Penang semakin mantap bersama BN !!

Anonymous said...

Mantap ke mantat ?.