Saturday, December 8, 2012

PECAH BERITA!!! Kubu kuat BN berjaya dipecahkan lagi di Sabah


Bekas Sarjan Mejar, Eddie Maringking mendahului senarai bekas pemimpin BN menyerahkan 68 borang keahlian menyertai KEADILAN dari penduduk Kampung Togop, di DUN Kuilu, dalam parlimen Tuaran dalam satu majlis ceramah di kampung itu malam tadi.

Borang tersebut diserahkan kepada ahli majlis pimpinan KEADILAN negeri, Ansari Abdullah yang juga merupakan Ketua Cabang Tuaran dan disambut dengan laungan "Ini Kalilah Tukar" oleh ratusan hadirin yang membanjiri tapak ceramah di kampung itu.

Eddie dalam ucapannya mewakili kesemua bekas ahli BN menyifatkan gelombang kebangkitan rakyat di negeri ini sudah tidak dapat disekat lagi hingga satu majlis yang serupa bakal diadakan di beberapa kampung sekitar Tuaran dalam masa terdekat.

Malah, satu lagi majlis penyertaan beramai-ramai keluar BN dan menyertai KEADILAN akan diadakan hari ini kira-kira jam 4 petang bertempat di Kampung Guakon dalam DUN Tamparuli, juga dalam parlimen Tuaran.



Menurut Ansari, kebangkitan rakyat luar biasa negeri ini membuktikan Umno dan BN tidak lagi boleh dipercayai membela nasib rakyat setelah 49 tahun diberi peluang memerintah Sabah yang merdeka dari penjajah British pada 1963.

Kesan daripada keputusan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang keluar dari BN awal Julai lalu nampaknya kini memberi kesan teruk kepada BN hinggakan majlis ceramah yang diadakan parti reput itu sejak akhir-akhir ini langsung tidak mendapat sambutan walaupun menyalahgunakan harta kerajaan seperti menggunakan van Jabatan Penerangan untuk mengadakan hebahan kepada penduduk kampung.

Bekas timbalan presiden UPKO itu yang kini memimpin Angkatan Perubahan Sabah (APS) mesra Pakatan Rakyat dijangka akan dicalonkan bertanding sekali lagi di parlimen Tuaran tetapi akan turun sebagai calon KEADILAN dalam pilihanraya umum akan datang.


Dalam masa yang sama, Umno dan BN masih tercari-cari pemimpin yang sesuai yang boleh menandingi kredibiliti Bumburing yang semakin mendapat sokongan rakyat setelah keluar dari BN, petanda khidmatnya masih diperlukan rakyat di parlimen itu.


Tuaran merupakan salah satu daripada 10 kerusi parlimen yang disasarkan Pakatan Rakyat untuk menang kali ini selain Kota Kinabalu, Tenom, Pensiangan, Kota Belud, Beaufort, Kota Marudu, Kinabatangan, dan lain-lain.


Dengan perkembangan terbaru ini, ketua menteri, Musa Aman kini semakin tertekan dalam misi mempertahankan Sabah dari dirampas Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum yang mesti diadakan sebelum 28 April tahun depan.


Ini kalilah TUKAR!


JALAN PULANG

18 comments:

Anonymous said...

Semuanya gara-gara keputusan Pas Pusat hairah meletakkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13, ahli-ahli Pas akar umbi mula bertelagah.

Strategi Pas Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan baru selepas Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi Dun Selama, terpaksa digugurkan.

Calon baru di kerusi Dun Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli akar umbi tidak senang duduk.

Semalam menjadi kemuncak bantahan apabila kira-kira 1,500 ahli Pas di enam cawangan utama dalam Dun Selama nekad tidak keluar mengundi pada PRU13 rentetan pengguguran Mohd Dhari.



Anonymous said...

semangat sungguh beruk umno copy paste. tunjuk la berita ahli pas larut masuk umno ka baru la ada nilai. setakat tak puas hati umno lagi teruk siapa baling kerusi.

Deepak said...

Orang Pas berebut nak jadi calon.
Fauzi Shaari baru empat bulan masuk Pas dah nak dijadikan calon. Patutlah orang lama tak puashati !

Menantu Hj.Hadi tu nak letak kat mana ??

Pas oh Pas

Anonymous said...

beruk mengaku deepak, tak payah la meroyan kat sini. pergila jaga umporno yg dah nak mampus

Deepak said...

aih, marah jer bunyinya...puak hang tak dapat jadi calon ke ?

memang tak patut Fauzi Shaari tu yang dipilih....baru empat bulan ! apa yang dia tau tentang susah payah perjuangan Pas ??

Tapi bila Anwar nakkan Fauzi, pemimpin Pas terpaksa turut saja,...maklum laa ..dah takdak telo!

Anonymous said...

Tanya sama Najib apa sebab goyang ?

Anonymous said...

Ini kalilah !.

Anonymous said...

Bujur lalu melintang patah !.

Anonymous said...

Madu di tangan kananku PR
racun ditangan kiri ku BN

Takkan nak meracun diri kot.

Anonymous said...

Aku pun tak puas hati! Mcm mana si fauzi tu blh diletak jadi calon! Ni mesti ada campur tgn anwarinas. Dulu kitaorg sibuk baring atas jln raya, jaga parking. Bendera dap pun kitaorg kibar. Duit pun dah habis sbb asyik derma dana akhirat. Tapi.. Kenapa anwarinas layan kita mcm keldai? TAK PUAS HATI!

Anonymous said...

apa ada kena mengena tajuk
"PECAH BERITA!!! Kubu kuat BN berjaya dipecahkan lagi di Sabah" dengan fauzi shaari?,nak meroyan pun carilah tempat lain beb,yang pasti Sabah bukan lagi fixed deposit buat Umporno lagi dah.

Anonymous said...

Tanya Najib kenapa goyang? mana Najib nak tahu beb? Rosmah yg kaki goyang.. goyang pelior...

insafdoh67 said...

Depak... Org Pas x peduli sape calon.. Pas x kejar Dunia.. Bukan mcm Umno Berebut... Lama doh kenal Um. No.No.No... Kih.kih.kih.

Anonymous said...

Kira-kira 10,000 rakyat negeri Melaka membanjiri perkarangan Pejabat DAP Melaka pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Melaka malam tadi.

Anonymous said...

Buat apa kamu layan Deepak tu bro !,

nanti berjangkit banggangnya.

Biarkan dia menyalak nak punahkan umno.

Umno pun dah tak terbela anjing yang sekor ni.

itu pasal di cari makan kat sini konon.

insafdoh67 said...

Saje layan.. Puas gok... Duk sje..kih.kih.kih..

Deepak said...

insafdoh,

Kalau Pas tak pentingkan dunia, kenapa sibuk nak berpilihanraya ??

Anonymous said...

Kambing Pas 00.26 dah tensioa !!

hahahahaaaa