Saturday, January 12, 2013

PARIT BUNTAR!!! Warga Parit Buntar prihatin realisasikan pelebaran jalan rakyat


PARIT BUNTAR : Hasrat untuk melebarkan jalan rakyat Dataran Purnama Kampung Kedah direalisasikan hasil sumbangan warga prihatin Parit Buntar dan kawasan sekitarnya. 
 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Jalan Rakyat Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, kutipan derma dari masyarakat prihatin dibuat bagi meneruskan rancangan pelebaran jalan rakyat walaupun tanpa bantuan kerajaan.
 

“ Jalan sepanjang 700 kaki ini perlu dilebarkan bagi membolehkan kenderaan seperti kereta berselisih tanpa perlu masuk ke bahu jalan.



"Kita lancarkan kutipan derma bagi menanggung kos pembiayaan yang besar dan kita berusaha kurangkan kos dengan melaksanakan secara bergotong royong” katanya ketika ditemui di lokasi gotong-royong, di sini.
 

Fakhrurrazi berkata, program gotong-royong melebarkan jalan berkenaan dihadiri lebih 30 orang penduduk kampung, ahli Jamaah Surau Mujahidin, anggota Unit Amal dan ahli-ahli PAS sekitar Parit Buntar. 
 

“ Kos melebarkan jalan rakyat ini melibatkan hampir RM 15 000 bagi membeli simen konkrit.
 

“ Gotong royong melebarkan jalan ini dipermudahkan dengan mendapat bantuan jentera pembancuh simen.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua warga prihatin yang menyumbang dan bergotong royong melebarkan jalan berkenaan.
 

 “Jalan ini adalah laluan yang penting kepada penduduk ke Taman Kerian Permai, Taman Seri Tenggara, Taman Semarak dan Taman Wawasan


“ Malah, lebih utama jalan ini turut digunakan oleh pelajar dan guru untuk berulang-alik setiap hari di mana terdapat beberapa sekolah terletak di kawasan berhampiran” katanya 


Hadir sama Pesuruhjaya Pas Perak Ust. Abu Bakar Husin dan pimpinan PAS Parit Buntar bagi memberi sokongan moral kepada penduduk. 
 
 Sekitar gotong Royong lebar jalan rakyat
 
 
 
 
Pesuruhjaya Pas Perak turut hadir beri sokongan moral

No comments: