Thursday, October 17, 2013

PEMILIHAN PAS!!! YDP PAS Bukit Bintang kekal jawatan, Haji Muhammad Sabu dicalon Timbalan Presiden PAS

PAS Kawasan Bukit Bintang juga mengekalkan Yang DiPertuanya, Radzi Hashim (gambar) setelah berentap dengan seorang calon lain, Azmi Azman Johari dalam pertandingan terbuka pada Mesyuarat Agung Tahunan kawasan ini, 26 September lalu. 
Ia dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Zamri Asa'ad Khuzaimi di Dewan dato' Fadzil Mohd Noor, Kuizm, Taman Melewar.

Ketika menghubungi Sanggahtoksago, Radzi memberitahu, dalam mesyuarat berkenaan, Baidiuz Azmi dipilih Timbalan Yang DiPertua dan Noriah Ahmad selaku Naib Yang DiPertua. 

Sementara AJK PAS Kawasan yang lain kekal dengan kemasukan Azmi Azman Johari sebagai AJK yang baharu. 

Katanya lagi, pada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kawasan dua hari lepas, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dicalonkan semula sebagai Presiden PAS. 

Sementara Mohamad Sabu tidak berubah di kerusi Timbalan Presiden dan tiga lagi Naib Presiden, Dato' Husam Musa, Salahuddin Ayob dan Dato' Mahfuz Omar kekal pada kerusi yang sama untuk pemilihan Muktamar PAS ke-59, November ini.STS

1 comment:

PASPB said...

KUALA LUMPUR, 17 Okt.: Yang Dipertua PAS Bukit Bintang, Mohd Radzi Hashim, 50, meninggal dunia kira-kira jam 9.00 malam tadi di rumahnya berhampiran Masjid Sri Rampai, di sini.

Beliau menghadapi komplikasi penyakit buah pinggang dan kencing manis.

Jenazah allahyarham dimandikan sekitar jam 9.30 pagi ini di Masjid Taman Sri Rampai, Wangsa Maju dan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Samudera sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, lima orang anak, dua daripadanya perempuan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut menziarahi allahyarham.

Pada Mesyuarat Agung PAS kawasan yang diadakan 26 September lalu, beliau mengekalkan jawatan Yang Dipertua dalam pertandingan dua penjuru.AL FATIHAH