Tuesday, May 6, 2014

UMNO IKHLAS ATAU TIDAK!!! Bukan pada Ahli Parlimen UMNO tapi pada Presiden UMNO, Najib kena nyatakan pendirian

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4wab90MxnRg72G0TSUmwv3ASuEjieg_DDOhlxghIPzuHrnKiwwyPJBTKun2a7X7WEPrjKjH_lvij91lffm5drBWztSxtGeKJGm9nDe_W48MZ3dORSMJPlfb7axUdeRYewPT_zAFlv-wpG/s400/Najib+Tolak+Perlaksanaan+hudud+Akibat+Takut+MCA&Gerakan.jpgSeorang lagi pemimpin PAS memberi amaran agar parti itu tidak terperangkap dengan isu hudud kononnya Umno akan menyokongnya sedangkan sehingga kini tidak ada jaminan ke arah itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam wawancaranya dengan akhbar PAS, Harakah berkata, sehingga kini hanya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom sahaja yang berkata akan menyokong.

“Bagi saya, belum ada jaminan Umno akan sokong sebab Jamil Khir sebagai menteri bertanggung jawab hal ehwal agama menyatakan akan sokong dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menunjukkan ke arah itu.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa juga memberikan amaran yang sama Umno tidak semestinya menyokong usul itu.

Sehubungan itu, beliau meminta perdana menteri menyatakan sikapnya terlebih dahulu sebelum PAS bergerak lebih jauh.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub berkata kerajaan negeri akan membawa satu rang undang-undang persendirian ke Parlimen bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan dilaksanakan di negeri itu.

Ini susulan kenyataan Jamil Khir di Parlimen iaitu kerajaan pusat akan membantu mana-mana kerajaan negeri yang mahu melaksanakan undang-undang Islam itu.

Bagaimanapun, kini sesetengah pemimpin PAS mempertikaikan langkah membawa rang undang-undang persendirian itu kerana bagi mereka ia bukan cara yang sesuai.

Dalam wawancara itu, Mujahid berkata, apa yang menghalang undang-undang ini dilaksanakan adalah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang hanya memperuntukkan kuasanya kepada 356 sahaja iaitu tiga bulan penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

“Tetapi entah bagaimana perkara ini ditukar kepada Private Bill. Perkara ini masih di bawah perbincangan, dan bagaimana hendak dibawa dan ia diputuskan,” kata Mujahid dalam wawancara itu.

Isu rang undang-undang persendirian menimbulkan pelbagai kontroversi dan rakan PAS dalam Pakatan iaitu DAP membantahnya.


Dalam hal ini, Mujahid meminta semua ahli PAS berlapang dada dan menerima teguran secara terbuka dan bertindak dalam konteks demokrasi yang membolehkan perbezaan pendapat berlaku.

“Saya rasa ia menjadi asas panduan dan pada masa sama kita berbincang tentang hudud. Kita akan berdepan secara terbuka dengan kawan mahupun lawan untuk berbincang dan menjelaskannya. Perkara ini sudah termasuk dalam lingkungan demokrasi, maka kita bersedia untuk orang mengkritik,” katanya.

Beliau yakin Umno akan mengambil kesempatan dalam keadaan tegang untuk kepentingannya.

“Umno janganlah cuba memisahkan PAS dengan rakan-rakan dan pada masa sama Umno pun hendak menimbulkan yang dia pun Islamik sedangkan belum ada jaminan benda itu akan berlaku. Sudah cukup dia (Umno) gunakan ruang ini untuk belasah kita,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak kena kawal diri dalam keadaan tegang ini.

“Orang PAS sendiri jangan cepat melenting,” katanya. – 6 Mei 2014

1 comment:

bat8 said...

Tuan

Jamil khir bukanlah menteri kanan dalam kabinet Najib. Ini kita faham. Apapun jaminan Jamil khir ia masih tertaklok kepada keputusan Najib sorang. Panjang lebar manapun Nik Amar dok bincang dengan jamil khir, keputusan akhir ada pada najib.

Jamil khir ni dah dapat mandat penuh dari najib ke blum? Atau hanya sekadar persetujuan minta jamil khir bincang2 kosong je.

Tanda awal jika Najib setuju seperti yang didakwa oleh nik amar ialah apabila MKT UMNO bincang perkara ini dan najib keluarkan satu statemen yang jelas tentang niat umno serta rangka kasar perkara2 yang umno akan buat.

Kalau setakat statemen kosong yang blur kita tahu le apa maksud najib.

Dengan najib ni PAS kena berhati2 dengan statemen dan janji dia. Yang dah janji terang2 seperti menefesto bn pru 13 pun dia boleh kencing. Janji Br1m rm 1, 200 yang umno dok heboh 25 jam sehari semalam sebelum pru 13 pun najib kencing.

Ini statemen najib yang kabur ....tetapi puak PAS mempunyai kasyaf yang tinggi. Depa boleh percaya dengan semua auta najib dan kemudian kena kencing dengan najib. ...tapi yang bestnya tak serik2 dan tak reti nak ambil iktibar bila dah kena berkali2.