Friday, March 6, 2015

MESYUARAT AGUNG PAS KOTA BHARU : Dato' Wan Rahim kekal YDP, Dr Rosli Allani kini Timbalan YDP



PAS memulakan mesyuarat agung tahunan peringkat kawasannya hari ini, kawasan Kota Bharu merupakan PAS Kawasan awal mengadakan mesyuarat agung

Yang Dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengekalkan jawatan YDP tanpa bertanding . Begitu juga bagi jawatan TYDP yang dimenangi tanpa bertanding oleh bekas Ketua Pemuda PAS Kota Bharu Dr Rosli Allani.


Sebelum ini jawatan TYDP dipegang oleh Dato' Takiyuddin Hassan yang merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu. Jawatan NYDP pula kekal dimenangi Dato' Anuar Tan tanpa bertanding. 


Sebelum ini, ura-ura menyatakan  Dato' Takiyuddin Hassan yang mewakili kumpulan Konservatif dalam PAS akan mencabar Datuk Wan Abdul Rahim yang mewakili kumpulan progresif dalam PAS.




Bagaimanapun , ura-ura berkenaan terjawab apabila tiada pencabar untuk jawatan YDP PAS Kota Bharu.

Mesyuarat agung berkenaan dirasmikan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dr Hatta Ramli.

Sementara itu, perwakilan mesyuarat agung memberi mandat kepada Jawatankuasa PAS Kota Bharu sesi 2015-2017 untuk mencalonkan jawatan Presiden dan semua jawatan AJK PAS Pusat yang lain.

Munurut sumber, pencalonan jawatan tertinggi PAS itu akan diputuskan pda 9 Mac ini.

3 comments:

Anonymous said...

1 - 0?

Anonymous said...

Pas for all

Anonymous said...

Datuk husam musa
Anda layak jadi PM malaysia
Ada karisma...