Tuesday, July 3, 2012

UNDANG-UNDANG 'GILA BABI'!!! (Video) Belok Salah, Tak Belok Salah….. Salah Tak Salah bayar RM 300


KUALA TERENGGANU – Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan kerajaan yang memperkenalkan peraturan baru undang-undang jalan raya melibatkan pemanduan di hadapan lampu isyarat.

Katanya, peraturan itu memberikan laluan untuk pemandu untuk membelok ke kiri, walaupun lampu isyarat merah sedang menyala.


Namun katanya, sekiranya seseorang pemandu itu tidak membelok, ia menjadi satu kesalahan yang boleh didenda.

Beliau berkata, peraturan baru itu akan menyebabkan para pemandu kenderaan berhadapan dilemma, samada mahu membelok ke kiri atau pun sebaliknya.

“Nak belok salah tak belok salah, belok ke kiri sekiranya selamat, tetapi lampu merah sedang menyala, kalau langgar lampu merah salah dan kalau tak belok ke kiri juga salah,

“ni peraturan apa…peraturan gila babi…. Bukan sahaja gila babi….babi pun jadi gila dengan peraturan macam tu,”tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen pokok Sena berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pra program PAS Ganti Umno Kali Ke empat (PGU04) dan Himpunan Hijau Terengganu yang diadakan di Kampung Padang Mengkuang, Marang pada 29 Jun.

Beliau turut membantah perlaksanaan sistem baru lalu lintas yang memasang kamera di lokasi tertentu bagi menggantikan tindakan saman ekor.

Katanya, peerkara tersebut dibawa ke Parlimen setelah Kempen Anti saman Ekor (KASE) yang dipimpin beliau berjaya menyedarkan masyarakat.

Menurutnya, tindakan membantah saman ekor dan sistem baru yang diperkenalkan bukanlah bertujuan menggalakkan rakyat melanggar peraturan jalan raya.

Namun katanya, sebarang  tindakan kerajaan mestilah memberikan keadilan kepada rakyat dan bukannya menzalimi rakyat.BO

Read more ...

UMNO JANGAN TIPU!!!Rakyat sudah tahu

KUALA TERENGGANU - Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) diberi ingatan, mereka tidak selamanya boleh melakukan pembohongan serta menipu rakyat, kerana rakyat telah mula sedar akan kepincangan serta kegagalan Umno-BN mentadbir urus negara selama lebih 50 tahun lalu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, memilih pemimpin adalah amanah dan pilihan raya merupakan hak bagi rakyat untuk memilih kepimpinan serta kerajaannya.


“Memilih pemimpin adalah amanah. Pilihan raya adalah hak bagi rakyat untuk mereka memilih pemimpin dan kerajaannya.

“Umno jangan tipu rakyat, jangan tipu orang ramai kerana tidak selamanya rakyat boleh dibohongi oleh pemimpin khianat,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Himpunan Hijau ke Putrajaya dan PAS Ganti Umno 4.0 Peringkat Negeri Terengganu di Batu 10, Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong, Marang pada 30 Jun lalu.

Katanya, Umno-BN sudah tidak mampu lagi memikul amanah dan tanggungjawab mentadbir negara dengan baik.

Oleh itu, kata Dato’ Seri Abdul Hadi, orang Melayu Islam mesti menyokong PAS serta memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan PAS akan bertanding lebih 70 kerusi Parlimen dari 222 kerusi yang dipertandingkan.

“Pada pilihan raya (PRU13), lebih 70 kerusi parlimen PAS akan bertanding dan mungkin hingga 80 kerusi.

“PAS ada jentera yang ramai dan PAS diakui boleh jadi tulang belakang kepada tampuk pemerintahan negara menggantikan Umno, Insya’Allah,” tegasnya disambut laungan takbir para hadirin.

Menurutnya, sudah tiba masa rakyat melakukan perubahan dan orang Melayu juga perlu bertindak menolak kepimpinan Umno-BN.

Tambah Presiden PAS lagi, Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman juga meninggalkan Umno dan tidak bersama parti itu akhirnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Presiden KERABAT, Lt. Kol.(B) Mohd Nazari Mokhtar dan pelakon filem ‘Leftenan Adnan’, Hairie Othman yang baru menyertai PAS.BO

Read more ...

BN AKAN KALAH!!!Punca Najib tak berani nak bubar


MELAKA: Pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekarang berkeadaan ‘mati kutu’ untuk membubarkan parlimen kerana rakyat semakin menolak BN.

"Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya ‘mati kutu’ untuk membubarkan parlimen kerana mereka tahu bahawa sokongan rakyat kepada BN semakin teruk, Najib tidak yakin BN akan menang sebab dia takut untuk bubar Parlimen.


"Segala perancangan dan tindakan Umno BN selama ini tidak dapat mengubah persepsi negatif terhadap Umno BN, walaupun pelbagai bantuan, sogokan dan projek pembangunan dilakukan tetapi rakyat tetap menolak BN," ujar Abdul Aziz yang sekarang menjadi ahli politik sepenuh masa.


Justeru, beliau berkata rakyat mesti bekerja kuat untuk memastikan negara ini diselamatkan dari pentadbiran BN yang jelas korup, mengamalkan nepotisme, membazir dan membelakangkan undang-undang demokrasi.


"Kita yakin walaupun mereka mendaftarkan puluhan malah ratusan ribu pengundi luar yang bukan warganegara, Umno BN tetap tumbang dengan kuasa rakyat," katanya dalam majlis ceramah di Taman Indah dekat sini malam tadi.


Menyentuh tentang keengganan Najib untuk berdebat dengan Anwar, beliau berkata ia sudah menjadi sifat dan lumrah pemimpin Umno BN yang sememangnya takut untuk berhadapan secara anak jantan dengan lawan politk dan rakyat sendiri.


"Sampai bila pun Najib takkan berani berdebat dengan Anwar dan Najib akan sentiasa mencari alasan dan helah untuk tidak berdenat dengan Anwar.


"Anwar kata dia cakap 20 minit, Najib bercakap 40 minit pun tak apa asalkan Najib berani untuk berdebat dalam apa juga tajuk," katanya.

Read more ...

ALI RUSTAM 'CABUT' KE PUSAT!!! Tinggal hutang RM 865 Juta



Dalam temubual bersama akhbar berbahasa Inggeris The New Sunday Times Ahad lalu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyatakan beliau berhasrat untuk berallih angin menyertai Kerajaan Pusat sekiranya diizinkan Perdana Menteri.

Maksudnya beliau akan bertanding kerusi Parlimen bukan lagi kerusi Dun. 


Setelah menimbunkan hutang kerajaan negeri menjadi RM865juta dan meninggalkan rezab kerajaan negeri sebanyak RM8juta, Ali Rustan ingin 'cabut' ke pusat. Orang yang menggantikan beliau samada dari BN atau PR akan pening memikirkan bagaimana hendak membayar hutang tersebut. 


Itulah hebatnya Ali Rustam ...berhutang pandai tetapi bayar hutang jauh sekali. Projek-projek besar yang tidak berdaya maju dan bangkrap seperti Eye On, Kincir air, Lapangan Terbang, Litar Go-Kart, Kapal Selam semuanya dibuat dengan menggunakan duit hutang dari kerajaan pusat. Akhirnya hutang keliling pinggang.

Memang sudah lama desas-desus beliau akan cabut lari ke pusat kerana beliau bernafsu besar untuk menduduki kerusi nombor dua dalam Umno dan kerajaan pusat. Perkembangan ini menyebabkan ramai pemimpin Umno negeri Melaka mula 'pasang badan' untuk menggantikan Ali sebagai Ketua Menteri. 


Tidak salah untuk mereka 'pasang badan' dan perasan, itu hak mereka. Tetapi mereka kena ingat bahawa itupun jika BN menang lagi di Melaka. Jika BN kalah silap-silap mereka jadi Ketua Pembangkang sahaja.


Memang nampak mustahil untuk Pakatan Rakyat menang, tetapi itu semua kuasa Allah. Dahulu sebelum PRU 12 siapa sangka Selangor akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. 


Malah 'Taukeh' gigi Khir Toyo dengan bongkak berkata bahawa Selangor akan sifar pembangkang selepas PRU 12. Tetapi hakikat yang sebenar, Khir Toyo yang 'ghuyub' dari politik Selangor sekarang.

Jika PR menang maka putihlah mata Idris Haron, Abu Seman dan Ghafar (Atan) untuk menjadi YAB.  Perkara ini tidak mustahil kerana dari congakan kita DAP hampir pasti akan menang 7 atau 8 kerusi Dun. 


Jadi PR hanya memerlukan 8 kerusi sahaja lagi untuk memerintah Melaka.....apakah ianya mustahil??? Semuanya tidak mustahil kan ....MUTALIGAT

Read more ...

GANTUNG 5 ADUN!!! UMNO/BN akan tumbang di Melaka pada PRU 13

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri dari DAP digantung 6 bulan oleh DUN Melaka hari ini. Selepas mereka digantung Speaker DUN Melaka, Othman Muhammad menangguhkan Sidang DUN tersebut.

Semua Adun terbabit ialah Adun Kesidang yang juga Ketua Pembangkang, Goh Leong San; Adun Kota Laksamana, Betty Chew; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Semalam DAP tersebut bertindak keluar dewan kerana membantah keputusan Speaker DUN Melaka membenarkan media tertentu merakam ucapan wakil rakyat MCA yang didakwa memburuk-burukkan keluarga ADUN Kota Laksamana Betty Chew ketika persidangan semalam.

Mereka bertindak keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan Speaker Datuk Othman Muhamad.

Dalam persidangan semalam, Othman menjelaskan bahawa beliau memberi kebenaran berkenaan kerana percaya dengan etika serta kredibiliti pihak media yang membuat liputan.

Wakil rakyat berkenaan bagaimanapun enggan menerima penjelasan tersebut dan menyifatkan Othman bersubahat dengan media berkenaan mencemarkan nama Chew dan suami wakil rakyat tersebut, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

“Kamera itu memfokuskan kepada Chew, terutama apabila ucapan Gan untuk memburuk-burukkan Chew, Lim dan kerajaan Pulau Pinang dalam siaran berita 8 malam tadi dan muka depan Utusan Malaysia hari ini," kata wakil rakyat berkenaan dalam satu kenyataan bersama semalam.

Dalam sidang medianya di Melaka semalam, Chew berkata, tindakan berkenaan adalah taktik yang menjijikkan oleh pihak BN untuk memburuk-burukkan keluarganya.

"Sejak saya menyertai sidang DUN di Melaka sudah tiga penggal, tidak pernah ada rakaman video di dalam dewan oleh pihak media, kecuali prosiding yang ada Tuan Yang Terutama atau pembentangan bajet.

"Kita lihat mereka memberikan satu rakaman penuh dan sudah terbukti apabila kita melihat berita tersiar di stesyen Media Prima pada jam 8 di TV3, sudah jelas ini adalah satu konspirasi untuk cuba membangkitkan suatu isu yang tidak pernah berlaku.

"Saya percaya ini adalah satu konspirasi oleh BN dengan MCA untuk membunuh imej saya dengan suami saya menggunakan fitnah dan saya rasa ini adalah satu perbuatan yang jahat dan tidak boleh dimaafkanlah," katanya.

Beliau sekali lagi mencabar Gan untuk mengulangi dakwaan tersebut di luar dewan.

"Saya rasa kalau pemimpin terbabit ada moral, beliau harus ulangi tuduhan itu di luar dewan dan jangan berselindung dalam dewan dan jangan jadi pengecut.

"Saya nak tanya kepada Gan Tian Loo, you adalah seorang bapa dan you ada anak, boleh buat fitnah ini semata-mata untuk kepentingan parti," katanya lagi.

Ulasan GB

Tindakan Speaker DUN Melaka Othman Muhammad menggantung kelima-lima ADUN DAP memberikan signal jelas bahawa kerajaan Melaka akan tumbang.

Belia terlupa kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khir Toyo tumbang kerana menggantung ADUN Sg. Pinang, Teng Chang Khim. Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan mengangkat Teng Chang Khim sebagai Speaker apabila kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa dan Khir Toyo pula terpaksa merasai kezalimannya sendiri - beliau digantung dari persidangan DUN Selangor. Itulah reciprocal law - anda akan perolehi kembali apa yang anda beri.

Read more ...

KERIS UMNO LEMAH!! Nampak hebat, tapi takut kepada 'Pelakon Porno' rupa-rupanya..!!!


 P

KOTA BHARU: Pemuda Umno bolehlah dianggap sebagai dayus jika terus berdiam diri ekoran ejekan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar) kepada seorang Adunnya di Johor.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadli Shaari berpandangan, Umnokhususnya pergerakan pemudanya tidak wajar berdiam diri sahaja apabila tuduhan sebegini dilontarkan kepada ADUN Umno hanya kerana mencadangkan hukum hudud di Johor.

"Di manakah maruah pemimpin Umno yang sanggup melihat sebegini hina label yang diberikan kepada pemimpin mereka?" kata Ahmad Fadli dalam kenyataannya hari ini.

Menurut beliau, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menggesa Umno khususnya kepimpinan pemudanya agar tidak menjadi dayus dengan berdiam diri terhadap label yang dilontarkan oleh Presiden MCA itu.

Ini ekoran kenyataan Chua Soi Lek kepada salah seorang ADUN Umno Johor sebagai out of his mind  atau hilang akal.
Ia berikutan cadangan ADUN tersebut, Datuk Ayub Rahmat yang disuarakan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor minggu lalu agar Johor menjadi negeri yang pertama melaksanakan hudud mendahului Kelantan.

Perkataan hilang akal, katanya, juga boleh diertikan sebagai gila dan kurang siuman itu merupakan satu perkataan yang sangat serius dan ia dilontarkan oleh presiden sebuah parti secara terbuka dan disiarkan di dalam akhbar The Star melalui laman webnya pada 3 Julai 2012.

Bahkan di dalam masa yang sama Chua Soi Lek menyebut dengan tegas bahawa 'MCA will definitely object' (MCA dengan pastinya akan membantah).

Fadli (gambar) bertanya, di mana pula NGO-NGO pro Umno yang selama ini mendakwa kuat menyokong perjuangan memartabatkan Melayu, Islam dan Raja?
"Kenapa tidak diadakan perarakan dan tunjuk perasaan besar-besaran membantah kenyataan Chua Soi Lek ini?" soal beliau.

Bagi pihak PAS, katanya, kenyataan-kenyataan telah dikeluarkan oleh pemipin utama PAS menyokong cadangan ADUN Umno Johor ini.

"Namun di pihak Umno, kelihatan pemimpin-pemimpin utama diam menikus 'dijerkah' oleh Presiden MCA," sindir Fadli yang juga Setiausaha Akhbar MB Kelantan.

Beliau seterusnya bertanya, di mana keris tajam Umno yang sering dijulang ke udara dengan penuh semangat perwira mempertahankan maruah Melayu itu?

"Sudah tumpul berkarat atau hilang kudrat untuk dijulang lagi?" terjah beliau.

Jika Umno khususnya pergerakan pemudanya terus berdiam diri dalam isu ini, DPPNK berpandangan amat sesuai Umno dan seluruh kepimpinannya disifatkan sebagai dayus dan tidak bermaruah.

Read more ...

RAHMAT EKAMATRA!!!Sudah berubah, adakah bakal jejaki artis sertai PAS...?

Pusara Dilebuh Raya nyanyian Rahmat dari kumpulan rock tanahair amat popular suatu masa dahulu. Kini penyanyi kumpulan tersebut telah berubah konsep penampilan diri dari seorang rockers kepada seorang penyanyi berwajahkan dakwah bercirikan islam,dengan mengenakan jubah dan berkopiah Rahmat mengakui terpaut hati dengan keperibadian Rasullullah setelah terbaca sebuah buku serta dipelawa menyertai kuliah ugama oleh beberapa orang rakan.

Beliau akan teruskan bidang nyanyian namun konsepnya berubah kepada yang berunsur dakwah dan kerohanian Islam ujar beliau ketika muncul dalam sebuah rancangan dikaca TV pada 4 July 2012.


Sejak kebelakangan ini dilihat seperti suatu fenomena baru dalam dunia artis tanahair yang mana penghijrahan artis menyertai perjuangan parti politik seperti PAS semakin menjadi pilihan. 


Nama-nama seperti Iwan,Bob Lokman,Abby Abadi,Sham kamikaze,Aishah,Man Rajalawak dan banyak lagi serta yang terbaru pelakon terkenal Hairie Othman. Adakah Rahmat Ekamatra juga bakal bersama rakan artis menyertai PAS bagi mengimarahkan lagi perjuangan Islam ditanahair ini? 

Sama-samalah kita doakan semoga Rahmat Ekamatra dapat membuat keputusan terbaik untuk perjuangan islam ditanahair ini.orang ni

Read more ...

TERKINI!!!!UMNO/BN rejim paling korup di Asia dengan wang haram terbanyak mengalir keluar


Najib mahupun Mahathir boleh berhenti mendesak pengundi untuk setia pada BN. Apabila kerajaan tidak bertanggungjawab, korup, tidak kompeten ataupun menipu dan berboros, rakyat akan mencari alternatif lain untuk memastikan kestabilan bagi negara.

Najib boleh merayu kepada rakyat untuk menyelamatkan BN (Barisan Nasional) dari tersungkur dalam pilihan raya umum yang akan datang. Namun, dia tidak sedar bahawa kemantapan politik dan kestabilan ekonomi kekal sebagai idea sahaja apabila rasuah berleluasa dalam kerajaan. Rasuah atau penyalahgunaan kuasa awam adalah sinonim dengan urus tadbir yang buruk bagi sesebuah negara


"UMNO dan BN bergelumang dengan skandal dan rasuah, ekonomi yang parah dan akhir-akhir ini yang mendedahkan bahawa pihak berkuasa asing sedang meneliti akaun bank rakyat Malaysia yang terkenal termasuklah ahli politik," komen seorang ahli parlimen yang senior. "Tiada apa yang memberi petanda baik bagi kerajaan sebelum pilihan raya umum yang akan datang," katanya lagi.


IPR (Indeks Persepsi Rasuah) Malaysia pada tahun 2011 seperti yang diterbitkan dalam TI (Transparency International) adalah 4.3 - skor terburuk dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Angka ini terus merosot apabila lebih banyak kes-kes rasuah dibongkar oleh pihak pembangkang yang kuat di negara ini sekarang.


Ini akan meletakkan negara setanding dengan kebanyakkan negara membangun yang lain yang sedang menghadapi masalah yang sama - rasuah, ketidaktentuan politik dan ekonomi yang tidak stabil.


Kestabilan politik adalah penting bagi pelabur dan pembangunan. Kestabilan ini hanya boleh ditambah apabila terdapat sistem dua-parti. Menyemak dan memberi imbangan adalah penting dalam memastikan bahawa terdapat demokrasi yang sihat, akauntabiliti dan tiada penyalahgunaan kuasa awam untuk kepentingan peribadi. Menindas pembangkang dengan pembohongan dan kebencian akan menampakkan kerajaan yang sedang memerintah kurang bijak.


"Untuk memastikan kemantapan politik hanya ahli politik yang mempunyai integriti, cekap dan tidak rasuah dipilih untuk menerajui negara," komen seorang pensyarah universiti.


Bukti pentadbiran yang cekap


Sistem dua-parti di negara ini telah merintis jalan bagi kedua-dua BN dan PR bersungguh dalam menjaga kepentingan negeri-negeri di negara ini.


Bukti tadbir urus yang baik boleh dicontohi dari empat negeri di bawah kerajaan PR (Pakatan) - Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan - yang merintis jalan bagi ketelusan untuk semua negeri-negeri lain contohi.


Kejayaan negeri-negeri di bawah PR adalah bukti bahawa negara tidak akan berada dalam bahaya atau terjerumus dalam bankrupsi jika pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara.


Kepastian politik adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi. Selaras dengan ini, pelabur yakin bahawa Pulau Pinang dan Selangor adalah dua negeri yang paling berjaya dan stabil di negara ini. Kedua-dua negeri mencapai yang terbaik dari segi pertumbuhan ekonomi bagi empat tahun yang lalu.


Negri-negeri ini diuruskan dengan baik dari segi kewangan dan ekonomi. Kedah dan Kelantan juga telah ditadbir dengan baik.


Jumlah gabungan pertumbuhan ekonomi di empat negeri di bawah PR adalah yang tertinggi berbanding dengan jumlah gabungan semua negeri-negeri di bawah pemerintahan BN dalam tempoh empat tahun yang lalu. Sebabnya adalah mereka tahu bagaimana menjana pendapatan, tidak mengamalkan rasuah dan pembaziran. Selangor, misalnya, telah mencatatkan jumlah tertinggi dalam rizab, iaitu RM1.9 bilion bagi tahun lepas.

Tiada yang lebih nyata


Hutang Pulau Pinang kepada kerajaan persekutuan telah dikurangkan daripada RM630 juta kepada hanya RM30 juta. Oleh itu, tiada apa yang lebih membuktikan kejayaan daripada apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan sekarang.


Kecekapan dan bebas daripada rasuah telah memainkan peranan dalam kemakmuran ekonomi dari segi perbandingan yang dinikmati oleh negeri-negeri ini sejak kerajaan PR mengambil alih. Negeri-negeri ini telah menyaksikan kestabilan dan kemakmuran bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dalam aspek sosial dan agama juga.


Sama ada BN atau PR, akan sentiasa ada kemantapan politik di negara ini. Satu-satunya cara untuk memastikan keadaan ini berlaku adalah untuk memberi imbangan untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dengan mempunyai pihak pembangkang yang kuat. Dalam konteks tempatan, pihak pembangkang kini boleh jadi sama ada BN atau PR - terima kasih kepada kemunculan sistem dua parti di negara ini yang telah memberi manfaat kepada rakyat.


Negara ini kini mempunyai empat negeri yang berjaya di bawah PR di mana BN adalah pembangkang. Di semua negeri-negeri lain PR merupakan pembangkang.


Kejatuhan rejim


Rasuah dalam semua bentuk menghalang kepastian politik bagi BN untuk terus berkuasa. Dengan PR membuat jalan masuk utama di kebanyakan negara pilihan raya umum akan datang dapat melihat perubahan dalam persamaan politik di negara ini. Ideal, tiada satu parti politik atau gabungan harus menerajui kuasa selama beberapa dekad sebagai hal makan Rasuah baka ini akan.


Sejarah telah membuktikan bahawa rejim-rejim ramai yang telah runtuh pada masa lalu apabila ahli-ahli politik menyalahgunakan kuasa awam untuk kepentingan peribadi mereka. Rasuah dalam semua bentuk telah membawa perubahan kepada kerajaan di seluruh dunia.

Sejarah telah menyaksikan bagaimana negara-negara di masa kini dan masa lampau yang telah berada di bawah kuasa berwibawa tunggal selama beberapa dekad tetapi akhirnya runtuh dengan cara berdenyut. Dekad kuasa tidak dicabar atau penindasan rakyat seperti 'bom masa' menunggu untuk meledak dan bagi rejim di negara-negara ini ke gua
.

Apabila pemimpin, keluarga dan kroni-kroni mereka memperkayakan diri dengan wang rakyat dan golongan miskin, krisis bermula. Selepas atau sebelum kejatuhan mereka, kumpulan-kumpulan yang mementingkan diri sendiri akan mencari jalan untuk meninggalkan negara ini berserta kekayaan secara haram yang dikumpul mereka yang berada di luar negara dan di bank-bank asing. Ahli keluarga terdekat mereka menjadi jutawan dan mempunyai harta dan rumah mewah di negara-negara maju.


Banyak negara yang mempunyai pemimpin seperti Ferdinand Marcos di Filipina dan Hosni Mubarak Mesir menghadapi nasib yang sama sebagai contoh.


‘Isteri mahal’


Ferdinand Marcos adalah seorang ahli politik Filipina yang memegang gelaran Presiden Filipina selama lebih daripada dua dekad (1965-1986). Pentadbirannya kemudian dicemari oleh kezaliman autoritarian, politik, dan pencabulan hak asasi manusia.


Tahun 1986 menyaksikan penyingkirannya dari kuasa dan akhirnya hidup dalam buangan di Hawaii.

Ia kemudiannya didapati pula, dalam tempoh 20 tahun dia berkuasa, dia dan isteri 'mahalnya’, Imelda Marcos telah memindahkan berbilion-bilion dolar yang digelapkan dari dana awam ke akaun dan melabur di Amerika Syarikat, Switzerland, dan juga negara-negara lain.

Kerosakan yang dilakukan begitu teruk sekali walaupun selepas rejim Marcos telah lama berlalu IPR negara itu masih berada pada 2.8-3.4 untuk 10 tahun yang lalu.


Korupsi dan penyalahgunaan kuasa


IPR bagi Mesir ialah 2.8 ke 3.4 untuk 10 tahun yang lalu. Hosni Mubarak berkhidmat sebagai Presiden keempat Mesir selama lebih kurang 3 dekad dari 1981 ke 2011.


Mubarak digulingkan setelah 18 hari demonstrasi revolusi Mesir 2011. Mubarak dan kedua-dua anaknya telah ditahan dan disoal mengenai dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Keluarga ini dikatakan telah menjadi antara orang terkaya di dunia.


Ia telah dilaporkan bahawa keadaan rasuah semasa pemerintahan presiden Mubarak tidak terkawal. Kerajaan Mesir di bawahnya dilengkapi peraturan-peraturan birokrasi, keperluan pendaftaran, dan kawalan lain yang sering memerlukan rasuah. Rasuah masih menjadi masalah utama di bawah Mubarak, yang telah berjanji untuk melakukan banyak perubahan, tetapi sebenarnya tidak melakukan apa-apa pun untuk menanganinya dengan lebih berkesan.


Pada tahun 2010, laporan TI mengenai IPR Mesir menunjukkan skor CPI sebanyak 3.1, berdasarkan persepsi tahap rasuah daripada ahli perniagaan dan penganalisis negara.


Banyak negara telah menghadapi ketidaktentuan politik bukan disebabkan rakyat atau pembangkang tetapi ahli politik yang sibuk mencari harta dalam kerajaan yang diperintahnya dan mencuri melalui cara yang licik.


Lebih menjejaskan UMNO


Kemantapan atau kestabilan politik sekali lagi fungsi banyak faktor lain, termasuk kerajaan sedia ada yang sanggup melepaskan pentadbiran jika mendapati pentadbirannya tidak cukup baik dan tidak berkesan. Hanya apabila rejim enggan melepaskan kuasa apabila kehilangan dalam pilihan raya akan menyebabkan ketidaktentuan politik. "Menukar kerajaan secara demokratik akan sentiasa dipastikan kestabilan politik dan ekonomi," kata seorang pemerhati politik tempatan. "Hanya apabila kerajaan yang sedia ada enggan menerima kekalahan dan melepaskan kuasa akan mendatangkan masalah," katanya lagi.


Selagi demokrasi dihargai, negara akan maju tanpa gangguan walaupun pakatan lain mengambil alih pemerintahan.


Jika ada sekalipun ketidaktentuan politik di negara ini, ia akan memberi kesan kepada UMNO lebih daripada PAS - dua parti didominasi Melayu di negara ini. Menyemarakkan polarisasi kaum dan agama tidak baik untuk para pelabur. Apabila UMNO memainkan isu perkauman orang akan dapat meneka bahawa ini akan membawa kepada ketidaktentuan politik atau survival UMNO itu sendiri.


Hubungan antara kaum di negara ini mujurnya telah diredakan oleh PAS - parti yang telah menunjukkan tindakan munasabah apabila menyentuh kepada hubungan antara kaum.


Selain itu, perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini juga telah membuktikan kepada pelabur bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini boleh bersatu untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sebuah kerajaan yang tidak menghiraukan pilihanraya yang bebas dan adil.


Rakyat sekarang cukup bijak menilai sifat perkauman dalam cara politik UMNO. Mereka juga menganggap kerajaan sebagai korup dan tidak cekap dalam menguruskan dana negara.


"Perkauman, kerajaan yang tidak cekap dan rasuah bertanggungjawab untuk menyukarkan kehidupan rakyat," kata graduan universiti berusia 28 tahun. "Jika ini dibiarkan sahaja, ia akan menyebabkan ketidaktentuan politik di dalam negara. Ia sebenarnya akan menjejaskan UMNO daripada parti lain, "katanya.


Platform alternatif


Kepastian dan kestabilan politik akan hanya boleh dicapai apabila kerajaan yang dipilih tidak rasuah, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat.


Najib mahupun Mahathir boleh berhenti mendesak pengundi untuk setia pada BN. Apabila kerajaan tidak bertanggungjawab, korup, tidak kompeten ataupun menipu dan berboros, rakyat akan mencari alternatif lain untuk memastikan kestabilan bagi negara.


Tanpa persaingan dalam politik aka nada monopoli kuasa yang akan menjurus kepada korupsi, ketidak cekapan dan penyalahgunaan dana awam. BN tidak boleh dibenarkan untuk memonopoli kuasa.


“Merekalah sumber ketidaksatbilan kerana wang pembayar cukai dibazirkan dan menjadikan hidup sengsara bagi kebanyakkan rakyat Malaysia,” komen seorang usahawan di Kuala Lumpur. “ Amalan korupsi telah meletakkan BN dalam keadaan tidak baik dimata rakyat,” katanya lain.


Meraka yang mahukan perubahan bukanlah mahukan kekacauan tetapi ingin mendapatkan keadaan politk dan ekonomi yang stabil untuk negara. Najib terpaksa mencari apakah sebab berlakunya ketidakstabilan politik dalam kerajaan, bukan rakyat.


Ternyata, apa yang tidak pasti disini adalah masa depan politik UMNO apabila PAS sudah menjadi parti pilihan untuk menggantikan


Adakah UMNO dan BN sudah tidak relevan kepada negara ini?


-MC

Read more ...

ISU LRT AMPANG!!! Rakyat Malaysia kena singkirkan Najib pada PRU 13


Dakwaan campur tangan Najib dalam pemilihan kontraktor yang bukan pakar dalam projek LRT adalah satu yang bahaya kepada rakyat Malaysia kita lihat Pembinaan stadium di Terenganu yang runtuh kerana campur tangan ahli politik yang berkepentingan yang kemudian tidak diuruskan secara profesional maka projek RM280 juta bukan saja gagal tetapi memalukan Malaysia dimata dunia.

Sekiranya projek sambungan LRT yang bernilai RM1 billion ini terdapat penyelewengan ia memungkinkan berlakunya penyelewengan dalam projek lebih besar seperti MRT.Kos projek MRT telah melambung dari RM37 billion kepada RM100 billion dan ini akan menambah hutang negara dengan membandingkan dengan ratio Kadar Dalam Keluaran Kasar (KDNK).



PKR mahu gunakan isu LRT Ampang sebagai bahan kempen


PETALING JAYA 3 Jul — Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mahu menggunakan isu tender dalam bidaan projek tambahan LRT Ampang sebagai bahan kempen untuk pilihanraya akan datang walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa tender tersebut dilakukan secara teliti Jumaat lalu.


"Kami akan turun ke kawasan dan berkempen tentang isu ini, terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan yang terlibat dengan memberitahu maklumat-maklumat teknikal, supaya mereka tahu campurtangan Najib ini membahayakan penduduk setempat", kata Rafizi dalam sidang media pagi tadi.


Menurut Rafizi (gambar), laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan.

Berdasarkan keputusan penilaian yang dibuat oleh Halcrow, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB) Datuk Shahril Mokhtar melalui sepucuk surat bertarikh 12 Disember 2011 untuk memaklumkan hasil bidaan kepada Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusi oleh Najib sendiri.


Keputusan penilaian dari Halcrow juga menyatakan George Kent tidak ada kepakaran membina projek LRT sebaliknya membuat meter air.


Halcrow dalam laporan yang diberikan oleh Rafizi melaporkan bahawa George Kent juga sebelum ini hanya membuat projek bernilai RM40 juta tetapi projek ini bernilai RM 1 billion, dan diragui kemampuannya untuk menguruskan projek dengan baik.


"Bagaimana kita mahu percaya projek ini bakal berjalan dengan baik kalau syarikat ini tidak pernah menjalani projek besar sebelum ini?" Rafizi mempersoal kemampuan syarikat George Kent.

Menurut Rafizi, JPMK telah memilih syarikat Balfour-Beatty dalam bidaan, tetapi Najib telah memilih George Kent JV untuk projek tambahan LRT Ampang yang bernilai RM1 billion itu.


Rafizi memohon Najib untuk menjelaskan campurtangan beliau dalam bidaan tersebut.


Menurut Rafizi ini penting bagi memastikan rakyat mengetahui fakta sebenar memandangkan projek ini melibatkan keselamatan rakyat dan tidak mahu laluan asal LRT Ampang tidak terjejas dengan projek ini.


Beliau bimbang sekiranya projek sambungan LRT yang bernilai RM1 billion ini terdapat penyelewengan ia memungkinkan berlakunya penyelewengan dalam projek lebih besar seperti MRT.


Rafizi mendakwa projek MRT telah melambung dari RM37 billion kepada RM100 billion dan dia memantau hutang negara dengan membandingkan dengan ratio Kadar Dalam Keluaran Kasar (KDNK).

Read more ...

BAB MAKAN KENDURI PUN!!! Blogger UMNO nak berbohong, dah tak ada modal...

GABUNGAN PAS DAN UMNO DI BAGAN DATOH!!!! DAHSYAT!!!

Gambar di sebelah kanan DS Zahid adalah YDP PAS Bagan Datoh, Misbahulmunir. Beliau pun turut hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional Bagan Datoh hari ini untuk beri sokongan kepada DS Zahid katanya. Rambut sama hitam, hati lain-lain kan, so, JB tak suka nak buruk sangka ni. 
 
Bagus lah kalau dah ada momentum macam  ni. Ini bermakna DS Zahid berjaya merubah landskap politik kawasan luar bandar yang dapat menyatupadukan Melayu atas prinsip bangsa dan agama, bukan lagi berpaksikan politik dunia semata.
 
Tapi yang tak sedap didengar dari telinga informer JB kat sana YDP PAS ni seumpama memerli DS Zahid dengan bertanya kepada DS Zahid tak pergi ke kenduri Fakulrazi (calon pembangkang yang akan bertanding Parlimen Bagan Datoh)? 
 
"Kita kenduri tak kira parti politik, kita pergi semua kenduri..InsyaAllah kalau sempat singgah lah nanti," balas DS Zahid pada YDP PAS tersebut. 
 
Terus terdiam tak kata apa-apa si PAS tu. Kalau kena kat dorang confirm lah tak jenguknya pemimpin UMNO yang buat kenduri. Haram katanya.
 
DS Zahid memang berhati rakyat beb. JB tak nafikan. Sebab Bagan Datoh daerah jiran JB walaupun berlainan negeri. Solute DS Zahid!
 
Di atas adalah pembohongan blogger umno
 
Ulasan Saya :
 
Ini bukan hadir program anjuran BN, saya hadir khenduri kahwin rumah Hj Yusuf di Kg Sg. Betul. Bertembung dengan Zahid dan Sharaani, biasalah bila betembung bertegur sapa, bergurau senda dengan mesra, tak ada perli memerli, kalau betul saya bertanya tak hadir ke khenduri rumah Fakrurrazi, itu bukan perli bro, salah ke tanya macam itu. 
 
Saya tak pernah kata hadir rumah UMNO haram. Ramai orang UMNO jemput saya khenduri, saya hadir.Tapi kalau tak dijemput, barulah haram saya hadir. Zahid tak jawab pun macam itu, dia kata Insya allah akan hadir. Dia tak kata pun, macam yang kamu tulis. Nampak sangat bohong. 
 
Itu yang di belakang pakai songkok hitam tu anak tuan rumah. Tanyalah dia ini program BN ke khenduri rumah ayah dia. Dia pun kuat UMNO, ayahnya sokong PAS, saya  hadir khenduri  bukan kerana jemputan PAS atau UMNO, tapi kerana dapat jemputan. Insya Allah, kalau saya tidak berkeuzuran dan tidak ada aral lain yang melintang, khenduri siapa pun saya pergi,

Dua hari lepas saya khenduri di rumah orang UMNO dekat Sungai Tiang Tengah, berjumpa juga dengan Shaarani, biasalah bersalam-salaman dan bertegur sapa. Sebelum ini saya pernah hadir khenduri di Tebuk Che Agus, tuan rumah ajak saya makan sekali satu hidang bersama dengan pengantin dan juga Shaarni dan beberapa orang UMNO, tak ada hal pun, sembang macam biasa. Saya juga bertanya bertanding lagi ke datuk, dia pun jawab tak tahulah.

Buatlah cerita betul sikit ye. Jangan tipu pembaca yang lain.Misbahul Munir Masduki

Read more ...

Monday, July 2, 2012

NAH KO NOH OMAR!!! (Video) Unisel catat untung malah dah habis bayar hutang Unisel bawah BN sebanyak RM 246 Juta

DATUK Noh Omar yang sedang berangan untuk menjadi Menteri Besar Selangor jika BN menang semalam mendakwa kononnya ada bukti bahawa akaun kewangan Universiti Selangor, Unisel sedang nazak.

Beliau mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar Selangor untuk mendedahkan secara terperinci kedudukan kewangan Unisel [Utusan].



Namun tak sampai 24 jam keluar berita cabaran Noh Omar itu, Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad mendedahkan bodoh tadbir Barisan Nasional semasa memegang tampuk kuasa Negeri Selangor dahulu.

Beliau mendakwa segala hutang Unisel yang dibuat oleh kerajaan lama(BN) kini sudah dilangsaikan dengan bantuan kerajaan negeri sekarang(Pakatan Rakyat).

Beliau juga mendakwa kewangan Unisel kini sudah mencatatkan keuntungan. Anda boleh saksikan sendiri rakaman video kenyataan Profesor Dr Anuar Ahmad di bawah ini.


Sekarang kita cabar Noh Omar pulak, mana bukti yang mengatakan akaun kewangan Unisel dalam keadaan nazar tu? Tak mengapa kita bagi dia tempoh seminggu juga untuk dedahkan kah kah kah...

ReJaM© "Mimpilah kamu nak jadi meteri besar kah kah kah... "



Read more ...

BAS MUKA NAJIB!!! Kenapa tak cat satu bangunan dengan muka Najib?

Bas najib? Bas apa tue?

Sebenarnya baru2 neh di kelantan ada merasmikan satu majlis. Majlis tersebut ialah majlis pelancaran bas mesra alam. Sebenarnya bagi aku ini satu perkara yang bagus. Kerajaan menyediakan kemudahan bas kepada penduduk.

Dan yang lebih best, bas tue bas mesra alam. Mesra alam = bermaksud nak kurangkan pencemaran ke atas alam neh. 

Tahniah !!!

Bas2 macam neh perlu diperbanyakkan lagi di seluruh kawasan di malaysia. Kita takmo hidu asap kenderaan berat lagi. Dan lebih cantik kalau kereta2 pun ditukar menjadi kereta mesra alam. Tetapi harga jangan mahal pula. Setimpal dengan kualiti oke larh.

Tapi yang aku tak boleh blah tue kan.. apa ke hel ko buat bas dengan letak gambar macam neh ;


Seboleh2nya nak menajibkan bas tersebut pula. Kot ye pun nak berkempen bagai takyah larh dalam bas pun SEMAK letak muka PM beb. Tak cukup lagi ke dengan pelbagai media yang menyajikan cerita NAJIB-ON-THE-GO and NAJIB-IS-EVERYWHERE-NOW-EVEN-IN-YOUR-DREAM-TOO?

Adoii.. aku ingat kalau dibiarkan silap2 bangunan pun depa najibkan juga. Mahathir pm paling lama pun tak pernah buat gini. Apa lah nak jadi dengan ko najib. Sampaikan gambar ko aminkan doa pun utusan promote dalam siri gambar2 menarik.

Menarik apa tah. Menarik ke gambar pm aminkan doa? Tatau pun..

kah kah kah

Dah, jangan nak banding dengan gambar2 tgna dan dsai yang tersebar. Sebab gambar2 tgna dan dsai, pengikut2 tegar dorang yang promote. Mostly larh but tak semestinya all is pengikut tegar. Some of them tue kekadang just impress rupa2nya tgna begitu dan begitu. Bukan dorang suruh sesiapa promote. Gambar ditangkap oleh orang2 biasa bukan oleh jurugambar akhbar pun. Berbanding dengan utusan.. beza memang berbeza..

kah kah kah

Ameno : Don't come to my dream najib. Please, i have enough you. Ekekeke..

Read more ...

KAUT DUIT RAKYAT!!!Pindaan Akta Pengangkutan Jalan terbaru, 1Saman RM300 duit rakyat, syarikat kroni untung

http://www.star-motoring.com/getattachment/News/2010/Saman-ekor-has-to-go-on/009264918.jpg.aspx?width=427&height=286Pada 25 Jun 2012 Kementerian Pengangkutan telah membentangkan pindaan Akta pengangkutan Jalan 1987 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat dan mula dibahaskan pada 27/06/2012 seterusnya pada 28/06/2012 di mana akhirnya pindaan tersebut diluluskan dengan suara majoriti Ahli Parlimen khususnya yang menyokong Kerajaan.

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) percaya bahawa rata-rata rakyat Malaysia tidak arif dan tidak mengetahui apakah intipati pindaan yang dicadangkan dan apakah alasan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) dipinda.

Untuk makluman, APJ 1987 ini kali terakhir dipinda ialah pada akhir tahun 2010 dengan tujuan memasukkan beberapa peruntukkan bagi melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System – AES). Sistem ini akan beroperasi dalam tiga (3) keadaan iaitu untuk kesalahan memandu melebihi had laju, memandu kenderaan selain bas di lorong bas dan melanggar isyarat lampu isyarat. 

Ini bermaksud kamera-kamera AES akan dipasang di lokasi-lokasi seperti di lebuhraya untuk mengesan had laju, di lampu isyarat untuk mengesan perlanggaran isyarat lampu isyarat dan di jalan-jalan tertentu yang dikuatkuasakan lorong bas bagi mengesan kesalahan memandu kenderaan lain selain bas di lorong bas.

Pada September 2009 sebelum APJ 1987 dipinda bagi melaksanakan AES, Kerajaan dan syarikat pelaksana AES telah bersetuju dengan suatu modul kewangan bagi melaksanakan sistem tersebut. Modul yang telah dipersetujui pada masa tersebut seperti berikut : -

JADUAL PERTAMA

Senario
Bil Saman
JangkaanSaman dibayar (60%)
Kutipan hasil (RM300)
Bayaran Kepada Syarikat

1
6 juta
3.6 juta
1,087,020,000
BT = 384,805,080
CC = 384,805,080

2
9 juta
5.4 juta
1,630,530,000
BT = 425,568,330
CC = 425,568,330

3
11.4 juta
6.84 juta
2,050,920,000
BT  = 457,355,160
CC = 457,355,330

4
12.5 juta
7.5 juta
2,256,012,000
BT = 473,762,520
CC = 473,762,520

5
14.2 juta
8.62 juta
2,563,650,000
BT = 494,784,450
CC = 494,784,450


Kutipan Hasil (RM300) semasa modul ini dirangka dan dipersetujui adalah berdasarkan kepada jumlah Kompaun iaitu RM300.00.

Apakah Pindaan Yang Dibuat Ke Atas APJ 1987

Secara amnya pindaan yang dicadangkan kali ini adalah untuk menyeragamkan kadar denda bagi kesalahan lalulintas.

Seksyen

Kadar Denda Asal
Pindaan
Seksyen 14(4) – Memperagakan Nombor Pendaftaran

Denda tidak lebih RM3,000
Tidak kurang RM300 dan tidak lebih daripada RM3,000
Seksyen 15(4) – Lesen Kenderaan Motor

Denda tidak lebih RM5,000
Tidak kurang RM300 dan tidak lebih daripada RM5,000
Seksyen 40 – Memandu Melebihi Had Laju

Denda tidak lebih RM1,000
Tidak kurang RM300 dan tidak lebih daripada RM2,000
Seksyen 66A – Perakuan Pemeriksaan Kenderaan

Denda tidak lebih RM5,000
Tidak kurang RM300 dan tidak lebih daripada RM5,000

KENAPA DITETAPKAN KADAR MINIMA DENDA KESALAHAN LALULINTAS?

Sejak digubal APJ 1987 ini, kesalahan-kesalahan lalulintas khasnya yang melibatkan kesalahan yang boleh dirakam melalui kamera tidak menetapkan kadar minima denda. Apabila APJ 1987 dipinda pada tahun 2012 untuk melaksanakan AES barulah kadar minima denda hendak dilakukan. Semasa penggulungan perbahasan di Dewan Rakyat pada 28/06/2012 Timbalan Menteri Pengangkutan memaklumkan bahawa pindaan ini dibuat sebagai suatu langkah memberi kesedaran kepada pengguna jalanraya sekaligus untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. 

Timbalan Menteri langsung tidak memberikan alasan kenapa kadar denda minima RM300 ditetapkan sebaliknya menjawap persoalan-persoalan remeh yang lain. Jawapan tersebut jelas mengelirukan dan tidak boleh diterima.

 Adakah dengan menetapkan denda minima RM300 bagi setiap kesalahan boleh mengurangkan kemalangan? Contohnya pindaan kepada Seksyen 14(4). Seksyen 14 (4) ialah kesalahan tidak memperagakan nombor pendaftaran mengikut ketetapan Akta dan dipinda denda minimanya kepada tidak kurang daripada RM300. 

Adakah menetapkan denda minima bagi kesalahan tidak memperagakan nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi boleh mengurangkan kemalangan? Adakah tidak memperagakan nombor pendaftaran kenderaan boleh mengurangkan kemalangan? Jawapan Timbalan Menteri tersebut jelas cuba berselindung atau menyembunyikan isu.

Apa isu sebenar? Besar kemungkinannya ialah kadar minima denda ditetapkan untuk memudahkan syarikat pengendali Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) membuat unjuran pendapatan. Rujuk kepada Jadual Pertama berkaitan Modul Kewangan dua (2) syarikat yang akan mengendalikan AES ini.

 Asalnya unjuran pendapatan dibuat berdasarkan jumlah kutipan kompaun bagi setiap kesalahan. Kompaun yang ditawarkan ialah maksimum RM300 justeru unjuran dibuat berdasarkan jumlah bayaran kompaun. Diunjurkan jika 6 juta saman dikeluarkan dan sebanyak 3.6 juta sahaja saman (kompaun) dijelaskan maka syarikat pengendali akan mendapat bayaran masing-masing sebanyak RM384,805,080 dan RM 384,805,080. 

Unjuran ini adalah berdasarkan jumlah kompaun RM300. Masalah timbul jika pesalah lalulintas tidak membayar kompaun sebaliknya hadir ke Mahkamah untuk samada mengaku salah atau meminta dibicarakan. Jika kesalahan diakui maka Mahkamah akan menetapkan jumlah denda yang sebelum pindaan APJ 1987 tidak menetapkan denda minima.

Mahkamah berkemungkinan memerintahkan jumlah denda di bawah RM300 mengikut kes yang dibicarakan dan mengambilkira pengakuan salah serta keadaan-keadaan rayuan hukuman oleh pesalah. Justeru syarikat pengendali besar kemungkinannya tidak akan memperolehi unjuran yang dibuat sebelum ini.

Jawatankuasa KASE percaya atas permasalahan inilah APJ 1987 dipinda bagi menetapkan denda minima kerana jika kes dibawa ke Mahkamah sekalipun, jumlah denda sudah ditetapkan tidak kurang RM300 dan dengan itu setiap saman yang dikeluarkan boleh diunjurkan dengan jumlah RM300. 

 Maka mudah dan senang kerajaan dan syarikat membahagikan pulangan daripada saman-saman kesalahan lalulintas. Inilah yang disebutkan di dalam perbahasan oleh Pengerusi KASE, YB Dato’ Haji Mahfuz Omar bahawa pindaan ini hanya melihat situasi “menang-menang” di antara kerajaan dan syarikat pengendali AES tetapi akhirnya rakyat dan pengguna jalanraya keseluruhannya yang akan menanggung beban.

Isu kedua ialah kenapa jumlah denda minima ditetapkan adalah sama dengan kadar tawaran kompaun? Kadar maksima tawaran kompaun ialah RM300. Kompaun ialah suatu tawaran denda kepada pesalah lalulintas jika mereka mengaku salah maka boleh membayar tawaran kompaun yang ditawarkan. 

Pada masa ini tawaran kompaun dibuat berperingkat iaitu jika kompaun dibayar dalam tempoh 1 hari hingga hari ke 15 maka jumlah kompaunnya ialah RM150, bagi hari ke-16 hingga hari ke-30 jumlah kompaunnya ialah RM200 dan jika melebihi 30 hari jumlahnya ialah maksimum RM300. 

Jumlah denda minima RM300 dan jumlah maksima RM300 bagi kompaun adalah suatu yang tidak wajar. Kadar denda dan kompaun yang sama hanya bersifat memaksa pesalah untuk membayar sedangkan prinsip asas undang-undang ialah “seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”.

Seseorang pengguna jalanraya walaupun menerima suatu notis atau saman berkaitan kesalahan yang dirakam melalui kamera seperti kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar isyarat lampu isyarat tetap dianggap tidak bersalah sehingga mereka dibuktikan bersalah. 

Walaupun gambar dikepilkan bersama notis, ia tidak membuktikan kesalahan sehinggalah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah. Sebelum pindaan APJ 1987 kesalahan memandu melebihi had laju dendanya ialah tidak melebihi RM1,000. Jika pemandu mengaku kesalahan, beliau boleh membayar kompaun yang ditawarkan samada RM150, RM200 atau RM300. 

Jika tidak mengaku kesalahan beliau akan dihadapkan di Mahkamah dan jika disabitkan kesalahan, Mahkamah mempunyai budibicara untuk mengenakan denda samada RM50, RM100, RM300 atau apa-apa jumlah yang tidak melebihi RM1,000. Apabila APJ 1987 dipinda menetapkan minima RM300 maka jika pemandu disabitkan kesalahan di Mahkamah, maka dendanya adalah RM300 dan tidak lebih RM2,000. 

Mahkamah sudah tiada budi bicara malah pesalah juga sudah ditetapkan jumlah dendanya. Situasi ini akan meletakkan pengguna dalam keadaan serba salah samada hendak menegakkan hak bahawa mereka tidak bersalah maka perlu ke Mahkamah dan mengambil masa yang lama dan jika disabitkan kesalahan akan didenda minima RM300, maka lebih baik mereka membayar kompaun RM300 sedangkan dalam diri mereka tidak mengakui mereka melakukan kesalahan. 

Situasi ini jelas menggambarkan bahawa penetapan kadar minima denda RM300 adalah bertujuan memudahkan kerja penguatkuasa dan syarikat pengendali supaya tidak perlu menunggu lama memperolehi hasil saman.

PERUNTUKAN BARU SEKSYEN 76A

“Belok kiri dibenarkan

76A. (1) Walau apa pun isyarat merah atau isyarat lalu lintas lain yang menunjukkan tempat di mana lalu lintas mesti berhenti di mana-mana simpang lalu lintas, mana-mana gorang yang memandu sesuatu kenderaan motor di jalan boleh membelok ke kiri di simpang lalu lintas itu mengikut manamana isyarat lalu lintas yang membenarkan belok kiri yang telah diletakkan dengan sah di sisi undang-undang di jalan itu setelah berhenti sebelum garisan berhenti yang ditandakan di atas jalan untuk memastikan bahawa adalah selamat untuk berbuat demikian.
(2) .................................................
(3) ................................................
(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini berhubung dengan belok kiri dibenarkan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada tiga ratus ringgit dan tidak lebih daripada dua ribu ringgit.”

Peruntukkan Seksyen 76A yang baru ini secara amnya bertujuan memberikan kelonggaran kepada pemandu kenderaan untuk membelok ke kiri di lampu isyarat yang menunjukkan warna merah jika terdapat papan tanda membenarkannya. Papan-papan tanda ini kebiasaannya terdapat di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur seperti di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Parlimen. 

Peruntukkan baru ini mempunyai masalahnya tersendiri yang boleh menyebabkan pengguna jalanraya khususnya yang tidak biasa dengan jalan-jalan tertentu berisiko disaman. Malah pengguna-pengguna jalanraya yang biasa juga akan menanggung risiko tersebut.

Situasi sebegini boleh berlaku. Mengikut AES kamera perangkap kesalahan akan juga dipasang di lampu isyarat untuk merakam perlanggaran isyarat lampu isyarat. Apabila seseorang pemandu tidak berhenti di lampu isyarat merah, maka kamera AES akan merakam gambar kenderaan dan menghantar ke pusat pemprosesan saman lalu saman dikeluarkan.

 Jika di persimpangan yang ada papan tanda boleh belok kiri mengikut Seksyen 76A ini, pemandu hendaklah membelok ke kiri walaupun lampu isyarat menunjukkan merah. Jika tidak belok, kamera akan merakam gambar dan saman dikeluarkan kerana tidak belok, tetapi jika belok, kamera akan merakam gambar kerana melanggar isyarat lampu merah.

 Akhirnya kedua-dua tindakan tersebut akan meletakkan pemandu dalam keadaan serba salah. “Belok salah tak belok pun salah, jadi semua serba salah”. Perlu diambil perhatian bahawa kesalahan di bawah peruntukan baru ini juga kadar denda minimanya ialah RM300.

KESIMPULAN

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) berpendapat bahawa pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang telah diluluskan oleh majoriti Ahli Dewan Rakyat pada 28/06/2012 yang lalu akan terus membebankan pengguna jalanraya tetapi sebaliknya menguntungkan syarikat pengendali Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

 Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa AES akan dilaksanakan selewat-lewatnya akhir tahun 2012 dan langkah meminda Akta pengangkutan Jalan 1987 ini adalah salah satu persedian kerajaan melaksanakan sistem tersebut. 

KASE mengajak seluruh pengguna jalanraya supaya menolak pindaan ini dan dalam masa yang sama mematuhi setiap undang-undang dan peraturan lalu lintas agar tidak menjadi penumbang kepada statistik kemalangan dan juga penyumbang keuntungan syarikat pengendali AES.


Penulis ialah Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor.

Read more ...

BELASAH TANAH RAKYAT!!! Tanah harga 1juta UMNO beli dengan harga RM43 ribu sahaja

Umno bahagian dapat beli tanah - murah sangat!
 
Pemimpin Umno bahagian Tanjung Karang didakwa telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk membeli tanah daripada pentadbiran Umno negeri sebelumnya pada kadar yang terlalu murah.

selangor dap justice reform team 261110 ng suee limADUN Selangor, Ng Suee Lim menunjukkan dokumen dalam satu sidang akhbar hari ini, berhubung maklumat terperinci penjualan 0.437ha tanah kepada bahagian Umno pada kadar hanya satu ringgit bagi satu kaki persegi pada November 2001.

"Harga asal tanah tersebut adalah lebih daripada satu juta ringgit, tetapi ia akhirnya dijual pada harga hanya RM47,039.

"Harga sedemikian biasanya hanya untuk penempatan tradisional, bukan bagi tanah komersil." Ng berkata.

ADUN Sekinchan mencabar Menteri Pertanian Datuk Noh Omar sama ada memulangkan kembali tanah tersebut atau membayar pampasan kepada kerajaan negeri bagi kerugian dalam pendapatan.

Read more ...

BADI KEMATIAN ALTANTUYA!!! Kini menghantui Najib, tiada pengakhiran selagi tiada yang mahu bertanggungjawab

Razak Baginda yang saya tahu dan hantu Altantuya bahawa Najib mesti mengebumikannya.

Abdul Razak Baginda, seorang tokoh kontroversi dalam kematian Mongolia penterjemah Altantuya Shaaribu, adalah pengerusi Kelab Kendo di St John Institution pada tahun 1978, manakala Naib Pengerusi adalah tidak lain daripada saya.

Baginda adalah yang paling mesra bab kembali di sekolah hari-hari. Beliau adalah menyenangkan, berbudi bahasa dan suka berkawan. Beliau mempunyai ramai kawan kerana dia adalah seorang yang disukai. Terdapat tiada di sekolah yang boleh dikatakan menjadi musuh dengan dia.


Apabila meninggalkan St John, kami berpisah dan dia tidak pernah terlintas di fikiran saya, sehingga suatu pertemuan peluang di Bangsar MPH di Jalan Telawi membawa kami pulang ke kenalan. Maka dia adalah personaliti yang biasa di kalangan rakyat Malaysia sebagai hos rancangan bual bicara.


Dalam pertemuan itu ringkas, beliau menjemput saya untuk menjadi editor penyumbang dengan penerbitan beliau ialah kira-kira bermula dari kosong. Nama penerbitan ini adalah Editor Asia. Ini adalah pertengahan 1997 dan Baginda mempunyai pejabat perniagaan di Wisma Gas Asli di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang sering dikunjungi oleh saya dalam proses menulis cerita untuk mereka.


Apabila pelancaran rasmi majalah tersebut telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini, ia adalah tidak lain daripada Datuk Seri Najib Tun Razak, yang adalah untuk merasmikan majlis pelancaran tersebut. Malangnya, dan atas sebab-sebab tertentu, Najib tidak muncul. Ini adalah benar-benar rangkaian budak lelaki berusia St.John 'di tempat kerja kerana Najib sendiri adalah budak lelaki berusia St John, tetapi lebih kanan untuk kami berdua, Baginda sendiri dua tahun kanan saya.


Tetapi rancangan tersebut pergi dengan Baginda meminta maaf mengenai penampilan bukan Najib dan isu sulung Editor Asia yang telah diumumkan dengan Baginda memuji "kehebatan editorial" pasukan. Ia majalah bermakna diedarkan dan diedarkan di seluruh rantau Asia.


Malangnya, pada masa yang sama sebagai satu usaha yang boleh dibanggakan, majalah dilipat tiba-tiba selepas setahun setengah penerbitan. Tiada alasan yang diberikan, tetapi semua kakitangan yang bekerja di majalah telah dibayar dius mereka sebelum perpisahan cara dengan Baginda.


Semasa di tempat kerja di Editor Asia, hampir tidak ada apa-apa yang tidak kena di pejabat. Baginda adalah kerana beliau sentiasa, seolah-olah kita berada di sekolah. Beliau adalah biasa ceria, yakin diri, tetapi kebanyakan daripada kita merasakan beliau mempunyai kepintaran perniagaan yang sangat sedikit terutamanya dari segi untuk penerbitan. Ia juga kelihatan seolah-olah dia mempunyai faedah sebenar yang sangat sedikit dalam penerbitan, meninggalkan operasi sehari-hari kepada kami.


Bayangkan cara dan cara di mana kita terkejut kecerdasan kami untuk mengetahui bahawa seorang penganalisis politik adalah dikenakan bayaran dengan pembunuhan seorang warganegara Mongolia dan bahawa ia adalah tidak lain daripada Abdul Razak Baginda.


Apakah motif mereka


Dalam kemarahan awal sekitar tangkapan dan reman seterusnya untuk tempoh 22 bulan, kami semua berharap bahawa ini adalah beberapa kekasaran yang besar dan bahawa Baginda akan terlepas hukuman gantung.



Tetapi liku ingin tahu dan lilitan semasa perbicaraan meninggalkan ramai di antara kita yang telah mengikuti prosiding yang sangat yang hairan dan kebingungan, dan apabila akhirnya dua anggota polis telah didakwa dengan pembunuhan Altantuya kita semua berasa lega pada satu tangan untuk Baginda, namun mempunyai lebih banyak soalan yang tidak dijawab pada minda kita.


Mungkin soalan yang paling jelas dan terbukti telah dikemukakan oleh Encik Karpal Singh, peguam untuk Sharibuu Setev, yang memegang sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga: "Apa motif mereka?"


Ini adalah tepat soalan yang menduduki tempat tertinggi dalam minda kebanyakan rakyat? Kenapa dua anggota polis yang tidak tahu Altantuya daripada Adam untuk epal, mengapa mereka mahu pergi ke setakat lelucon dan mengikat beliau dan meniup beliau dengan bahan letupan? Mengapa di bumi?


Ini adalah dua orang lelaki yang pastinya tidak gila dan selepas itu misteri kematian Altantuya bermula kafan negara Malaysia dengan lebih banyak soalan dan lebih dan ranjau dan liku.


Ia telah masuk ke saga yang tidak pernah berakhir dengan saksi yang menghilang dan dan testimoni yang diberi menjadi versi yang hampir bertentangan dan bahkan suatu akuan berkanun dibatalkan.


Tiada penutupan sehingga kebenaran keluar

Sejak berita itu berlaku pembunuhan kejam Altantuya, rakyat Malaysia telah dicengkam oleh implikasi di antara yang luas yang telah dicipta oleh ini wanita muda Mongolia apabila hati dan minda rakyat Malaysia.

Manakala Altantuya tidak pernah menjadi sebahagian daripada senario tempatan, yang lain yang terbabit dan dikaitkan dengan pembunuhan dan skandal rasuah sekitar perolehan kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia dicatatkan orang di negara ini yang telah bermula untuk memberi rakyat Malaysia angsa lebam dan mungkin tidur.

Kematian Altantuya mula mula untuk mendapatkan mengerikan dan menyeramkan bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Ia seolah-olah ia menghantui kita, bahawa negara ini telah menimpa kutuk oleh meninggal dunia dan misteri.

Ia bukan hanya isu bahawa masalah minda dan hati rakyat Malaysia tetapi mula meningkat sehingga barisan hadapan masyarakat antarabangsa.


Jawapan yang ada dan ia seharusnya bahawa pihak yang berkaitan dari pelbagai negara yang terlibat, Malaysia, Perancis, Mongolia dan juga Interpol bekerjasama untuk membawa penutupan sekali dan untuk semua untuk minda dan hati yang diletakkan di memudahkan semua orang.





Ia adalah masa untuk penutupan dan juga merupakan masa untuk mengebumikan hantu Altantuya dan bagi rakyat Malaysia untuk bergerak dengan kehidupan mereka. Hanya sekali dan untuk penyelesaian semua yang appeases di semua pihak dengan kepentingan terletak hak dalam kematiannya akan mengebumikan hantu Altantuya selama-lamanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil utama dalam memastikan akan kebenarannya.


Ditulis oleh Christopher Fernandez, Malaysia Chronicle

Read more ...