Wednesday, October 9, 2013

PEMILIHAN PAS!!! PAS Kuala Pilah berwajah baru


KUALA PILAH: Kepimpinan PAS Kuala Pilah kini berwajah baru apabila tiga jawatan utama dalam PAS Kawasan Kuala Pilah kini dipegang oleh muka baru.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kuala Pilah tahun ini, jawatan Yang Dipertua (YDP) PAS Kuala Pilah yang disandang oleh Zaharudin Othman selama dua penggal, dimenangi oleh Abdul Karim Shahimi Abdul Razak.

Jawatan Timbalan YDP pula dimenangi oleh Ustaz Norazman Mohamad menewaskan Ir Mohamad Noor Abdul Rahman. Rafiei Mustapha pula merupakan Naib YDP yang baru.

Ketua Pemuda PAS Kuala Pilah juga menonjolkan muka baru iaitu Anizar Abdul Rahman. Ketua Urusan Ulama yang baru pula ialah Ustaz Walid Ahmad.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! PAS Balik Pulau, Permatang Pauh kekal pemimpin


GEORGETOWN: Ustaz Fauzi Mohd Yusof dan  Omar Hasan masing-masing kekal sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Balik Pulau dan Permatang Pauh apabila dipilih semula menerajui PAS kawasan dalam mesyuarat agung pemilihan, baru- baru ini.

Perwakilan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Balik Pulau turut memilih Jamaludin Said sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Borhan Omar sebagai Naib  Yang Dipertua.

Dalam Mesyuarat Agung sayap parti, Fahmi Ahmad dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS  Balik Pulau; Ketua Urusan Ulamak PAS kawasan disandang Ustaz Zainal Abidin Othman dan Ketua Muslimat pula disandang Mariah Maarof.

Read more ...

Tuesday, October 8, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Kecoh di Putrajaya, Batu : Sekumpulan anak muda cuba menafikan pimpinan lama - Ishak Surin

Kamaruzaman Mohamad 
 Kamaruzaman Mohamad - Perlantikannya dikatakan tidak sah?

Mesyuarat agung dua kawasan PAS di Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya dan Batu kecoh apabila terdapat gerakan untuk menjatuhkan penyandang jawatan berkenaan.

Gerakan itu berjaya menukar kepimpinan di Putrajaya, tetapi gagal di Batu apabila pemimpin kawasan itu berjaya kekal dalam jawatannya.


Bekas Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya, Nazir Zakaria, dalam sidang medianya hari ini, berkata pada 3 April lalu, beliau “direhatkan” daripada jawatannya melalui satu surat yang dikeluarkan oleh Pemangku Timbalan Yang Dipertua PAS Putrajaya, Kamaruzaman Mohamad dan dua lagi pemimpin PAS kawasan.


 Katanya, menjelang mesyuarat agung iaitu pada 12 September, Nazir menerima satu lagi surat dari orang yang sama memaklumkan 'Penamatan tempoh berehat Yang Dipertua PAS kawasan Putrajaya' dan pada hari sama, notis mesyuarat agung Putrajaya dikeluarkan tanpa pengetahuannya.


Sehubungan itu, katanya, dalam mesyuarat agung PAS kawasan Putrajaya 22 September lalu,  Kamaruzaman yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Putrajaya baru menggantikan Nazir.


"Pada hari mesyuarat agung berkenaan, saya tidak ada kerana ke Bangkok atas urusan korban untuk umat Islam di sana.


"Samentara ada di sana, saya turut berkunjung ke majlis berkabung untuk Chin Peng bersama calon kita dari Pendang untuk melihat sejarah yang diselewengkan oleh Umno," katanya kepada The Malaysian Insider.


Nazir berkata, tindakan terhadap beliau bermula apabila beliau melaksanakan keputusan mesyuarat AJK PAS kawasan yang mahukan Datuk Husam Musa sebagai calon PAS di Putrajaya.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! PAS Kawasan Batu calonkan Haji Muhammad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS


Photo: DISEBALIK MESYUARAT AGUNG PAS BATU TERTANGGUH, YDP, TYDP DAN NYDP DIISYTIHAR MENANG TANPA BERTANDING PADA AHAD 6 OKT LALU

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu kali ke28 telah mengesahkan jawatan Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua menang tanpa bertanding buat sesi kedua berturut-turut dalam mesyuarat agungnya yang dismbung pada Ahad, 6 Okt lalu di dewan Masyarakat Taman Gombak, Kuala Lumpur.

Mereka ialah Chegu Ishak Surin, Dato' Suhaimi A Rahman dan  Dato'Tarmizi Mohd Jam II. Pada 29 Sept lalu, mesyuarat ini ditangguhkan berikutan bantahan PAS Kawasan terhadap lantikan Jawatankuasa Pemilih oleh Badan Perhubungan PAS Wilayah yang disaftkan bias, tidak profesional dan hilang integriti. 

Ekoran itu PAS Kawasan batu telah membentangkan laporan punca penangguhan mesyarat berkenaan dalam Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Wilayah pada 30 Sept dan mendapat reaksi positif daripada Pesuruhjaya, Mohamad Noor Mohamad.

PAS Kawasan Batu juga memanjangkan aduan kepada Dato' Setiausaha Agung PAS dan kemudiannya dikendalikan oleh Penolong Setiausaha Agung, Dato' Takiyuddin Hassan. Juga mendapat respon positif dengan tindakan pantas PAS Kawasan Batu menangguhkan mesyuarat agung.

Seramai 16 AJK dipilih pada pemilihan yang dikendalikan oleh wakil Perhubungan PAS Wilayah - YDP PAS Cheras, Drs Ustaz Mohd Ali Jamil dan Penolong Setiausaha PAS Wilayah, Kamaluddin. Ustaz Azhar Yahya kekal sebagai penyandang Ketua Urusan Ulama.

Menurut Ishak Surin, pemilihan kali ini dilihat paling sengit dengan pelbagai karenah yang ditimbulkan oleh pihak tertentu dan ia terpaksa dihadapi berikutan kempen meluas di seluruh negara menggunakan modus operandi yang sama.KUALA LUMPUR:
Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu kali ke28 yang disambung pada Ahad 6 Okt lalu mencalonkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS. Sementara itu Mohamad Sabu kekal di kerusi Timbalan Presiden. Tiga Naib PresidenSalahuddin Ayub, Dato Dato' Mahfuz Bin Omar dan Dato' Husam Musa diminta mempertahankan jawatan berkenaan dalam pemilihan Muktamar PAS Pusat November depan.

Keputusan ini dicapai setelah berdepan dengan dua cadangan perwakilan. Satu untuk mengekalkal kepimpinan PAS Pusat yang ada sekarang dan satu lagi menamakan lima jawatan tertinggi parti untuk dipertandingkan. 

Setelah diundi, mesyuarat bersetuju mengekalkan kepimpinan PAS Pusat yang sedia ada bagi meneruskan kelangsungkan parti berjuang untuk dua tahun akan datang. Sokongan ini dipercayai kepimpinan yang ada telah menunjukkan preatasi sangat baik dalam mengendalikan parti sehingga menang besar dalam PRU13 lalu disamping berjaya meyakinkan bukan Islam terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Read more ...

Monday, October 7, 2013

PEMILIHAN PAS!!! 4 PAS kawasan di T'ganu dapat YDP baru


KUALA TERENGGANU: Kesemua lapan PAS kawasan di negeri Terengganu telah selesai bermesyuarat agung yang menyaksikan empat kawasan masing-masing menerima Yang Dipertua PAS (YDP) baru.

Antaranya, PAS Kawasan Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Kemaman pada pemilihan yang dibuat oleh para perwakilan di kawasan masing-masing.

Manakala, empat kawasan lagi iaitu Besut, Marang, Kuala Nerus dan Dungun mengekalkan YDP sedia ada pada pemilihan tersebut.

Di Kuala Terengganu, Ketua Jabatan Penerangan PAS negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dipilih oleh perwakilan sebagai YDP baru bagi menggantikan Mohd Abdul Wahid Endut.

Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam pernah menerajui PAS Kuala Terengganu selama dua penggal sebelum ini.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Ust. Sidek Noor tewaskan Ust. Azli Musa dan Ust. Ismi Mat Taib


Beh Heng Kim turut berucap pada muktamar berkenaan.

TAIPING: Mantan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Kamaruddin Awang Basir telah dipilih sebulat suara sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Perak bagi sesi 2013-2015.

Beliau menang tanpa bertanding dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Perak kali ke-37 yang diadakan di Markas Tarbiyyah PAS Air Kuning, dekat sini kelmarin.

Ustaz Kamaruddin sebelum ini memangku jawatan itu apabila Ustaz Shuaid Din meletak jawatan atas faktor kesihatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua disandang bekas tahanan ISA, Ustaz Ibrahim Zakaria yang menang tanpa bertanding.

Jawatan Naib ketua Dewan Ulamak menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara Ustaz Sidek Noor, Ustaz Norazli Musa dan Ustaz Ismi Mat Taib.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Yohanis, YDP paling muda di Pahang


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
JERANTUT: PAS Kawasan ini mencipta rekod dalam mesyuarat agungnya semalam apabila perwakilan memilih Yohanis Ahmad, 35, sebagai Yang Dipertua Kawasan (YDP) yang baru paling muda di Pahang.

Yohanis, mantan Ketua Pemuda PAS Jerantut sesi lalu menang menggantikan Dr Hamzah Jaafar yang mengundurkan diri.

Bagi jawatan TYDP dan NYDP pula dimenangi tanpa bertanding masing-masing oleh Yousliyddy Desa dan Rahman Teh.

Jawatan-jawatan lain yang dimenangi tanpa bertanding ialah Ketua Urusan Ulama Alias Mahmud, Ketua Pemuda Zakhwan Ahmad Badardin dan Ketua Muslimat Roskhainuazmani Razab.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Majoriti PAS kawasan di Selangor kekal pemimpin


SHAH ALAM: PAS Kawasan Serdang,  Gombak,  Kota Raja dan Kelana Jaya mengekalkan pemimpin tanpa sebarang pertandingan dalam mesyuarat agung kawasan masing-masing.

Dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kelana Jaya,  perwakilan mengekalkan Yang Dipertua (YDP),  Ir Izham Hashim (atas);  Timbalan YDP,  Mohd Ghazali Daud dan Naib YDP,  Muzammil Hafiz.

Perwakilan PAS Kawasan Serdang turut mengekalkan YDP PAS Kawasan,  Shafie Ngah; Timbalan YDP,  Mazwan Johar dan Naib YDP,  Ustaz Syukor Atan.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Gombak pula mengekalkan penyandang YDP, Ustaz Salehuddin Nasir; Timbalan YDP,  Ustaz Hasbullah Ridzwan dan Naib YDP, Ustaz Farhan Humaizi Abdul Halim.

Read more ...

Thursday, October 3, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Lima PAS kawasan di Perak pilih YDP baru


IPOH: Lima daripada 25 PAS kawasan di Perak telah membuat perubahan Yang Dipertua dalam mesyuarat agung masing-masing bagi sesi 2013-2015 tahun ini yang diadakan baru-baru ini.

Kawasan tersebut ialah Batu Gajah, Larut, Tapah, Padang Rengas dan Sungai Siput.

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin menang tanpa bertanding YDP Kawasan Batu Gajah.

YDP sebelum ini, Ismail Ariffin menang jawatan Timbalan YDP manakala Rosdy Abdullah kekal sebagai Naib YDP setelah mendapat undi tertinggi dalam pertembungan tiga penjuru.

'Orang lama', Osman Maseri pula diberikan amanah kembali menerajui kepimpinan PAS Tapah apabila menang untuk jawatan YDP dalam pertandingan dua penjuru.

Dzulbahrain Jalun menang tanpa bertanding Timbalan YDP manakala Ustaz Malek Mohamad diamanahkan Naib YDP dan Ustaz Muhaimin Abdul Malik pula Ketua Urusan Ulamak.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Semua PAS kawasan di Perlis dapat YDP baru


KANGAR: Semua PAS kawasan di Perlis sudah menyelesaikan mesyuarat agung tahunan masing-masing dengan menyaksikan semuanya mendapat teraju baru bagi sesi 2013-2015.

PAS Arau yang mengadakan mesyuarat agung kali ke-39 pada 16 September lalu menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang, Mohd Shukri Ramli dipilih selaku Yang Dipertua.

Sementara itu, penyandang jawatan Yang Dipertua, Rus'sele Eizan pula sebagai Timbalan Yang Dipertua dan muka baru Zulmi Sabri dipilih sebagai Naib Yang Dipertua.

Read more ...

Wednesday, October 2, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Tinggal 50 hari lagi, Husam Musa masih di depan

Tinggal 50 hari sebelum ditutup poll untuk jawatan Timbalan Presiden PAS, Dato' Husam Musa masih di depan dengan memprolehi 51% daripada jumlah undian.

Walaupun di depan , peratus undian terhadap Dato' Husam semakin menurun berikutan peningkatan undian untuk Datuk Tuan Ibrahim dan Muhamad Sabu. 

Datuk Tuan mendapat 25% undian , manakala Muhammad Sabu mendapat 19% undian. Datuk Nik Amar pula masih di belakang , hanya mendapat 2% undian.

Read more ...

Tuesday, October 1, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Ust. Akmal Kamaruddin menang berganda Ketua Pemuda dan Timbalan YDP PAS Larut



LARUT : Ust. Akmal Kamaruddin mencatat kemenangan berganda apabila dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Larut dan Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Larut.

Anak kepada tokoh ulama PAS Larut Ust. Kamaruddin Awang Basir itu dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Larut dalam mesyuarat agung Dewan Pemuda PAS Larut. 

Beliau kemudiannya bertanding menentang penyandang jawatan TYDP PAS kawasan Larut semasa mesyuarat agung PAS kawasan Larut dan memenangi jawatan itu.

Kemenangan ini menandakan penerimaan perwakilan terhadap seorang tokoh ulama muda haraki untuk membawa PAS Larut dan Dewan Pemuda PAS Larut memacu kemenangan dalam PRU 14 nanti.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! PAS Batu Gajah buat perubahan, Dr Ahmad Nuri kini YDP


Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau sebelum ini memenang jawatan Timbalan YDP.

YDP sebelum ini, Ismail Ariffin menang jawatan Timbalan YDP manakala Rosdy Abdullah kekal sebagai Naib YDP setelah mendapat undi tertinggi dalam pertembungan tiga penjuru.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Dilarang salahguna program anjuran PAS termasuk ijtimak, liqa', usrah - Asmuni Awi

Muktamar: Pas perkenal garis panduan berkempen
KUALA LUMPUR - Pas hari ini memperkenalkan etika dan garis panduan kepada calon yang akan bertanding pada Muktamar Pas bermula 21 November depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi berkata, walaupun calon dibenarkan berkempen namun mereka tertakluk kepada enam peraturan pada pemilihan kali ini.

"Kelainan muktamar kali ini kita benarkan semua calon untuk mempromosikan diri mereka (kempen) sama ada secara bersendirian ataupun pasukan.

"Namun kempen tertakluk kepada sekatan dan larangan seperti bahagian enam peraturan pemilihan," katanya kepada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Pada pemilihan sebelum ini, Pas tidak menggazetkan sebarang garis panduan dan etika berkempen untuk calon yang bertanding bagi membolehkan tindakan tatatertib diambil kepada mereka yang bertanding.

Walapun calon dibenarkan berkempen, namun mereka dilarang sama sekali untuk menyerang serta memburuk-burukkan pesaing jawatan yang ditandingi.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! MK Ibrahim kekal Yang Dipertua PAS Seremban




KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Seremban yang bermesyuarat semalam mengekalkan Mk Ibrahim sebagai Yang Dipertua PAS kawasan tersebut bagi sesi 2013 -2015.

Manakala, Zakaria Sheikh Othman yang dulunya sebagai Naib Yang Dipertua (NYDP) kawasan dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua kawasan.

Mesyuarat agung tahunan itu turut mengemukakan usul menuntut kerusi Dun Ampangan dikembalikan kepada PAS, yang sebelum ini diberikan kepada PKR.

Sementara itu, mesyuarat yang dihadiri 123 perwakilan itu memilih Fadli Che Me sebagai NYDP, Ustaz Khairi Zainuddin sebagai Ketua Urusan Ulamak, Abu Zarim Abd Rahman sebagai ketua pemuda.

Read more ...