Semua kepimpinan utama PAS Kawasan Kepong kekal pada Mesyuarat Agung
Tahunan ke-33 kawasan itu yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Dato'
Mahfuz Omar, baru-baru ini.
Amran Abd Majid (gambar) terus diberi
kepercayaan sebagai Yang DiPertua, dibantu oleh Mohd Shafie Abdul
Rahman, Timbalan dan Mohd Kutty Mohideen selaku Naib Yang DiPertua,
sementara Hasnan Abu Bakar terus memimpin Jawatankuasa Urusan Ulama.
Terdahulu, Ahmad Nabeel Hashim dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Kepong
yang baharu dan mengekalkan Rosnah Abdullah sebagai Ketua Muslimat PAS
Kawasan, pada mesyuarat dewan masing-masing.





