KUALA
LUMPUR 15 FEB: Naib Presiden KEADILAN, N Suerendran mengesyaki tindakan
MPH memutuskan tidak menjual buku biografi Anwar Ibrahim kerana
rangkaian kedai buku itu dimiliki Syed Mokhtar Albukhary, kroni Umno-BN.
“Ada kemungkinan tindakan ini disebabkan arahan daripada orang atasan. Syarikat MPH ini dimiliki oleh Syed Mukhtar Albukhary.
“Jika disebabkan desakan politik orang atasan, itu tidak wajar.
Sepatutnya semua buku dijual (tanpa ada sekatan politik), ” kata
Surendran kepada Keadilandaily.
Himpunan protes bantah Video Klip Onederful Malaysia oleh tidak sampai 7 orang berlaku di perkarangan Masjid Umar Bin Aktab, Bayan Baru, Pulau Pinang selepas selesai bacaan doa solat Jumaat .
Seperti biasa mesti ada muka Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang dan 2-3 orang kuat Persatuan Mukabuku Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR 14 FEB: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik
Ahmad kesal dengan sekatan terhadap kebebasan berekspresi di Malaysia,
yang kini melibatkan karya seni.
Beliau
merujuk laporan media bahawa dua karya seni yang merupakan sebahagian
daripada pertandingan seni perdana di Balai Seni Visual Negara di Kuala
Lumpur yang ditarik balik, kelmarin.
Satu daripadanya ialah catan oleh Cheng Yen Pheng yang mengandungi
perkataan “ABU=ASHES” manakala satu lagi baju-T yang dicetak dengan
huruf Arab ‘Fa’ dan ‘Qof’, oleh artis Izat Arif Saiful Bahri.
“Jika hasil karya ini menyinggung, kenapa mereka mempamerkannya sejak
Oktober tahun lalu? Seni adalah medium untuk menceritakan atau luahan
yang menggambarkan kebimbangan dan isu-isu lazim dalam masyarakat,” kata
Nazmi dalam kenyataan.
Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia yang sebelum ini menawarkan ganjaran
wang untuk menampar MP Seputeh Teresa Kok, hari ini menjelaskan yang ia
hanya satu tawaran untuk "tampar-tampar sayang" dan bukannya arahan
untuk "mencederakan orang".
Jurucakap gabungan itu Zulkifli
Shariff berkata, tawaran RM500 – dan kemudian dinaikkan kepada RM1200
itu juga bukan ugutan jenayah, sama seperti dinyatakan Menteri Dalam
Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.
"Bila kita keluar tawaran kita akan beri ganjaran, kita bersedia hadapi (tindakan undang-undang).
"Tamparan
itu pun bukan mencederakan orang , tampar amaran, orang kata
tampar-tampar sayang," kata Zulkifli pada sidang media petang ini.
Peguam
mewakili gabungan itu, Khairul Azam Aziz menjelaskan yang tawaran itu
bukan ancaman kerana ia bukan satu arahan daripada satu pihak kepada
pihak lain.
"Tiada sebarang ugutan yang jelas berlaku, melainkan dinyatakan dengan jelas untuk 'menampar kamu'.
ALOR SETAR - Seorang Adun yang juga orang lama Umno dikatakan sedang
dalam perancangan untuk mengambil tindakan perundangan terhadap timbalan
ketua bahagian di kawasannya, dalam masa terdekat.
Sumber berkata, tindakan itu dibuat berikutan Adun berkenaan mendakwa
dirinya difitnah ketika pemilihan Umno Kedah, Oktober lalu.
“Ketika kempen pemilihan lalu, calon bagi timbalan ketua bahagian ini
berkempen bagi memenangkan proksinya, yang bertanding jawatan ketua
bahagian menentang Adun berkenaan. Pada pemilihan itu, Adun berkenaan
tewas,” katanya.
Menurutnya, dalam kerancakan berkempen itu, timbalan ketua bahagian itu
secara terang-terangan menyebut nama Adun berkenaan yang didakwa
terlibat dalam penyelewengan dan salah guna kuasa.
Bagaimanapun, difahamkan rakaman dakwaan itu diperoleh Adun berkenaan
dan akan dijadikan bukti untuk mengheret individu terbabit ke muka
pengadilan, dalam usaha menjernihkan nama baik beliau yang tercalar.
ANALISIS Pengumuman Tan Sri Adenan
Satem sebagai pengganti Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud secara
tiba-tiba semalam dilihat sebagai pencegahan awal daripada sebarang
tekanan Umno untuk pengganti jawatan itu.
Sebelum ini pengumuman itu dikatakan hanya akan dibuat pada Sabtu.
Taib bertemu Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhamad Salahuddin Abang
Barieng petang semalam untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya yang
berkuat kuasa pada 28 Februari.
Nama Adenan sebagai penggantinya juga dimaklumkan dimaklumkan pada pertemuan pada jam 3 petang itu.
PETALING JAYA: Wartawan veteran, Datuk Kadir Jasin hairan
kenapa tuduhan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud bahawa Umno
adalah parti rasis tidak dijawab oleh para pemimpin Umno. Dalam posting terbarunya dalam blognya The Scribe, Kadir menulis apa
yang dilaporkan mengenai kenyataan Abdul Taib Mahmud berkenaan Umno,
maka ia adalah satu tamparan dan penghinaan yang sangat dahsyat dan
tidak patut.
Katanya, media atas talian memetik Abdul Taib sebagai memberi amaran
kepada pengganti beliau agar “memastikan politik rasis Umno tidak masuk
ke Sarawak”.
Katanya lagi, ada dua perkara pokok di sini. Pertama tidak
membenarkan Umno masuk ke Sarawak dan kedua tidak membenarkan “politik
rasis” Umno berkembang di Sarawak.
Tambahnya, Umno mungkin tidak berhasrat mengembangkan sayapnya ke
Sarawak. Setidak-tidaknya buat masa ini. Jadi kepemimpinan Barisan
Nasional (BN) Sarawak tidak perlu khuatir.
“Yang nyata menghina Umno adalah tuduhan Abdul Taib bahawa parti
induk BN itu mengamalkan politik perkauman (racist politics),” katanya
lagi.
Beliau menambah apakah ini benar dan adakah kepemimpinan Umno di
bawah Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak akan berdiam diri menghadapi
tuduhan yang sangat berat itu?
Polis telah mengenalpasti dua individu yang didakwa membuat ancaman jenayah terhadap MP DAP Seputeh, Teresa Kok.
Mereka akan dipanggil tidak lama lagi untuk membantu siasatan, lapor theSunDaily hari ini.
Akhbar itu melaporkan di akaun Twitternya bahawa polis juga akan memanggil Teresa untuk disoal siasat esok.
Semalam, polis telah menyoalsiasat tiga pelakon yang berlakon dalam video Tahun Baru Cina yang disiarkan Teresa di YouTube.
Kandungan video tidak disenangi oleh menteri-menteri Umno, dan beberapa NGO Melayu yang membuat laporan polis terhadap Teresa.
Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tampil menafikan mempunyai kaitan dengan
tawaran untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ketika
perhimpunan menyembelih ayam minggu lalu.
Sumpah politik dan sumpah bola telah melahirkan sesumpah di kalangan manusia, tulis Shahbudin Husin.
Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mengadakan majlis sumpah dengan Al-Quran untuk pemain dan jurulatih pasukan bolasepak T-Team berhubung kebenaran insiden dalam terowong yang melibatkan pasukan itu dengan pasukan Johor Darul Takzim atau JDT di Larkin, Johor Bahru pada 1 Feb lalu.
Menulis di dalam blognya semalam, menurut Shahbudin rupa-rupanya tindakan itu mengundang rasa kurang senang banyak pihak.
KUALA
LUMPUR 11 FEB: Sebuah pertemuan bekas pemimpin dan ahli parti Semangat
46 akan diadakan di ibu negara pada hari Ahad, 23 Februari ini bagi
membincangkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Keadilandaily difahamkan, pertemuan semula bekas pemimpin
dan ahli parti Semangat 46 itu akan turut dihadiri ahli parlimen Gua
Musang yang juga bekas Presiden parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.