Wednesday, March 31, 2010

700 Keluar PKR , tipu lagi

IPOH, 31 Mac : Kenyataan media arus perdana yang mengatakan seramai 700 ahli Angkatan Muda KEADILAN Ipoh Barat keluar parti hanya propoganda Umno yang sudah kehabisan modal politik.

Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Anwar Zakaria menegaskan kenyataan tersebut adalah pembohongan dan hanya mainan Umno ketika pilihan raya diadakan.

"Saya ingin menyatakan pada hari ini, apa yang telah dikeluarkan oleh media sebelum ini berkenaan dakwaan 700 ahli Ipoh Barat keluar parti adalah tidak benar sama sekali. Saya sebelum ini adalah bekas Ketua AMK Perak dan saya tahu aktiviti AMK kawasan di situ tidak begitu aktif. Macam mana pula keahlian AMK Ipoh Barat boleh mencecah sebegitu ramai?

"Saya ingin mencabar Subramaniam (Ketua AMK Ipoh Barat) memberikan kepada saya senarai nama mereka yang keluar parti itu kerana kita nak kepastian tentang dakwaan tersebut, selain mempermudahkan kita mengemaskini nama ahli.

"Ini adalah kerja agen Umno yang diketuai oleh Ezam Mohd Nor dan beberapa pengikutnya. Kenyataan yang dikeluarkan itu dilakukan sewaktu program yang diadakan di Ipoh. Dari gambar yang kita ada hanya beberapa sahaja ahli yang keluar tetapi kerana ingin menampakkan ramai, mereka telah meletakkan warga negara Nepal yang bekerja di situ.

"Saya berpesan kepada Ezam jika ingin menjadi pencacai Umno jangan sampai menggunakan warga asing, ini nampak sangat taktik kotor mereka," jelas Zainal dalam satu sidang media.

Beliau menjelaskan tujuan sebenar Subramaniam ingin keluar parti adalah kerana masalah peribadinya.

"Semalam saya telah menelefon Subramanian dan beliau juga merupakan Ketua AMK Ipoh Barat, tindakan beliau keluar parti kerana tidak puashati dengan Ketua Cabang di sana bukan pasal kepimpinan KEADILAN sekarang," kata beliau lagi.

Sebelum ini AMK Muar juga menafikan laporan media arus perdana berhubung tindakan keluar parti oleh 50 anggota AMK cbang itu.

Pemangku Ketua AMK Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail berkata hanya tiga ahli yang melompat dan bukannya 50 seperti yang digembar-gemburkan sambil menyifatkan laporan tersebut sebagai tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional.

"Perkara ini merupakan satu bentuk fitnah jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan kekuatan AMK Muar yang semakin hari semakin mantap dan dipercayai oleh rakyat Muar untuk memimpin harapan mereka.

"Ini merupakan usaha terdesak Umno-Barisan Nasional Muar yang semakin hari semakin ditolak rakyat," kata Asyraf.

Beliau mencabar supaya pihak membuat dakwaan tersebut tampil menunjukkan bukti bahawa 50 yang melompat tersebut adalah anggota berdaftar AMK Muar. suara keadilan

No comments:

Post a Comment