Wednesday, March 17, 2010

Bayaran hutang Talam bukti kepintaran MB Selangor

SHAH ALAM, 17 Mac : Talam Corporation sudah menetapkan komitmen kepada kerajaan Selangor untuk menjelaskan hutangnya seecepat mungkin, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Talam Corporation sudah berjanji untuk menjelaskan hutang berjumlah 290 juta ringgit dalam tempoh terdekat, dengan RM50 juta dibayar sebagai permulaan.

"Talam akan menjelaskan RM290 juta dengan cepat tapi buat masa sekarang yang saya dapat confirm ialah melebihi 50 juta tapi belum sampai 200 juta, katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco Negeri hari ini.

Menteri Besar itu berkatam Talam Corporation akan menjelaskan hutang sebanyak RM290 juta itu akan dilunaskan dalam masa setahun.

Sebelum ini, tindakan TKhalid membeli hutang talam mendapat kritikan banyak pihak sebaliknya komitmen Talam Corporation itu membuktikan kepintaran Menteri Besar Selangor itu.

Sebaliknya Khalid dengan keatif menggunakan bayaran hutang itu sebagai dana permulaan skim mikro kredit yang membantu golongan berpendapatan rendah membangunkan perniagaan.

"Kita sudah kata yang 2010 ialah tahun kutipan. Kita sudah umum RM50 juta sudah jelas, yang RM290 juta masih perbincangan. RM390 juta adalah jumlah yang perlu dibayar," katanya.TVS

No comments:

Post a Comment