BACHOK , 7 Mac : Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Rakyat Ke-12 pada 15 Mac hingga 15 April depan dijangka akan membincangkan beberapa isu yang sedang hangat melanda negara termasuk berkaitan tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Negeri. Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berkata, isu tuntutan royalti tersebut merupakan antara isu yang dijangka menjadi perbincangan selain usul berkaitan kepentingan rakyat. “Terdapat beberapa isu yang mungkin akan dibincangkan nanti dan antara lainnya ialah tentang royalti yang sedang diperkatakan kini. “Selain itu, antara yang yang bakal dirungkaikan juga mengenai Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kerana apa yang dilihat kini rakyat didahulukan dalam menerima bebanan," katanya ketika diminta mengulas mengenai usul yang akan dibawa ke Mesyuarat Pertama Penggal :Ketiga Dewan Rakyat Ke-12 nanti. Nasharuddin ditemui ketika menghadiri Program Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bachok yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bachok di sini, semalam. Menurutnya, selain itu, isu Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) yang dicadangkan Kerajaan Barisan Nasional dan dijangka dilaksana pertengahan 2011 bagi menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan sedia ada turut menjadi perkara pokok dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.SH |
No comments:
Post a Comment